Tinggal beberapa jam lagi, gelanggang Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2012 akan dibuka.
Tepat pukul 9 pagi (Isnin), 72 peserta dari 67 buah negara akan mula menunjukkan kehebatan dan kepetahan masing-masing dalam berpidato menggunakan bahasa kebangsaan ini.
Ia akan dimulakan dengan peringkat saringan bagi kategori antarabangsa. Mereka yang terlibat akan ‘bertarung’ di Dewan 7, PICC Putrajaya. Orang ramai dijemput hadir dan masuk adalah percuma. Untuk rekod, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadualkan merasmikan PABM yang ke-6 bertemakan “Pengantarabangsaan Bahasa Melayu” pada 8 Mac ini.
PABM yang diilhamkan dalam usaha untuk memberi penekanan untuk memperkukuhkan kedudukan dan martabat Bahasa Melayu di peringkat antarabangsa. Pertandingan itu dibahagikan kepada dua kategori iaitu Kategori Nusantara dan Kategori Antarabangsa dan seramai lapan peserta akan bertanding di peringkat akhir PABM 2012.
Johan setiap kategori PABM akan menerima hadiah wang tunai AS$5,000, Piala Pusingan, Piala Perdana Menteri, piala iringan serta kamus dan buku-buku dalam Bahasa Melayu.
Naib johan pula akan menerima wang tunai AS$3,000 dan piala iringan manakala pemenang tempat ketiga pula akan membawa pulang wang tunai AS$2,000 dan piala iringan.
Di bawah Kategori Nusantara, negara-negara yang digolongkan sebagai pengamal Bahasa Melayu sebagai bahasa utama atau bahasa ibunda, antaranya adalah Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan Thailand.
Bagi Kategori Antarabangsa, seramai enam peserta mewakili 62 negara dari enam benua. Mereka ini terdiri daripada para pelajar institusi pengajian tinggi yang mengambil jurusan Bahasa Melayu sebagai kursus elektif.
Orang ramai boleh menonton siaran langsung pertandingan akhir PABM 2012 di TV1 pada pukul 8.45 malam, 8 Mac. Acara kemuncak itu juga disiarkan ke seluruh dunia di 1Malaysia 1TV (http://www.1malaysiaiptv.com.my) dan juga Utusan Online (http://utusan.com.my)
Selamat Maju Jaya ye junior abg syamsul salleh. Btau, ramai yg senang menunggu macam mana gaya pemidato Malaysia utk PABM tahun ni. Sebab biasanya PABM akan jadi pusat rujukan membina idea dan konsep pidato.
ReplyDelete#orang2 tu termasuk juga lah saya#. Wish all the best for you. ok!
Yup..betol..tapi ramai juga yang ingin melihat bagaimana warga asing berbicara dalam bahasa kebangsaan...
ReplyDelete