Saturday, March 3, 2012

Apa Yang Aku Nak Fokus Pada Blog Aku

Assalamualaikum semua,

Tengah online tadi bace blog-blog orang tiba-tiba pulak terfikir sesuatu. Lantas aku bertanyakan kepada diriku sendiri. Alaaa...bermonolog lagi. Uishh, mana ada bermonolog. Biasalah tu apabila terfikir sesuatu mesti la timbul persoalan. Persoalannya begini, "apa yang aku nak ceritakan dalam entry blog aku selepas ini." Tak adalah, sebenarnya aku baru tersedar, setelah berpuluh-puluh blog aku jalan-jalan (kot) aku dapati ada beberapa blog yang berfokus. 



Hamboih, hang Naimmmmmm....ada yang berfokus pulak ye? Eh, mesti la. Sebab aku tengok ada beberapa blog yang berfokus macam blog Encik Mimpi yang fokusnya kepada bidang seni dan pembuatan lagu yang dikarang oleh beliau sendiri. Ada jugak blog yang berkaitan dengan diari. Malah, ada jugak blog yang berkaitan dengan seni lukisan seperti penghasilan komik dan sebagainya.

Jadi perkara ini mendorong aku untuk menimbulkan persoalan.

"Blog Aku ni Berfokus ke Tak?"

Dan akhirnya aku membuat keputusan untuk menjadikan blog aku ni bersifat kontemporari. Aku akan masukkan segalanya dalam entry blog ini. Lukisan, lagu ciptaan sendiri, diari aku, isu semasa dan macam-macam lagi. Haha, macam tu la kot. Hehe..namun siapalah aku tanpa sokongan daripada kalian semua.

1 comment:

  1. Goodluck dalam Memfokuskan diri anda (:

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...