Saturday, December 31, 2011

Final Exam

Assalamualaikum,

Aduh, tak sangka pulak 1 Januari 2012 aku dimulakan dengan FINAL EXAM untuk sem kali ini. Mantap tu, hahaha apa pun aku harap dapat buat yang terbaik untuk exam kali ni. Maklumlah aku sekarang ni dah semester 3 Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial kat UniSZA ni. Yang paling bestnye, balik-balik je aku dah melukis kartun untuk hari ni. Untuk korang jugak, haha. TADAAA!! 

hehe...simple je

Lukisan simple je, untuk tenangkan fikiran. Hehe, apa pun korang doakan aku ok!! CHOW DULU..

Masa Untuk Bermonolog (Idea 2012)


PHOENIX : Naim, apa azam ko menjelang 2012 ni? orang ramai semua dah ada azam baru tau. Ko camne plak? takkan takde azam tahun baru kot.


NAIM : Aku tak perlukan azam yang baru sedangkan azam aku selama 21 tahun ini ada yang masih belum tertunai. Aku tak mahu terus BERHUTANG AZAM dengan diri aku sendiri.

PHOENIX : Erk?!...ok ok fine..haha.




Haha, bila bermonolog dengan diri sendiri ni tiba-tiba pulak aku dapat idea untuk 2012. Apa dia? haa,aku nak buat satu entry setiap minggu (lebih kurang seminggu sekali la. Tu pun kalau rajin.) pasal MONOLOG aku dengan diri aku sendiri. Hmm, macam menarik je. Hahaha, sama-samalah kita nantikan ye perbualan antara aku dengan PHOENIX. Nak kenal sape PHOENIX? sila klik SINI

Aku akan namakan entry tu dengan nama yang special. Kalau korang ada WORDLESS WEDNESDAY, aku ada BILA AKU BERMONOLOG. Haha, ok tak? Apa pun, nantikan ok!


Friday, December 30, 2011

Menjelang 2012

Assalamualaikum kawan-kawan semua..


Dalam tidak sedar, sudah setahun Naim berblog. Post pertama Naim adalah pada Disember 2010. Dalam tidak sedar juga Naim sudah meningkat dewasa (dah dikatakan boleh kahwin dah, hahaha). Sepanjang tahun 2011, bermacam-macam ragam orang yang Naim dah jumpa. Ramai orang yang Naim kenal dan pelbagai dugaan yang telah Naim tempuh.

Namun persoalan yang sering timbul dalam kepala Naim, "adakah apa yang aku hajati pada tahun ini berjaya aku miliki?". Satu persoalan yang masih Naim tidak dapat jawapannya meskipun Naim bertanyakan soalan ini pada diri sendiri. Dalam kita tidak sedar, bermacam-macam permintaan yang kita inginkan pada satu-satu masa. Pelbagai perubahan yang kita mahukan untuk membaiki diri menjadi lebih baik. Naim rasa, dalam banyak permintaan tu Naim hanya mampu untuk tunaikan beberapa sahaja. 2012 mula menjelang tiba. Akan ada lagi azam baru dari diri kita sedangkan azam yang lama masih terkapai-kapai untuk dicapai. Apa pun, SELAMAT DATANG 2012


Dalam tahun 2011, bermacam-macam orang yang telah Naim jumpa. Naim sekadar memerhati mereka dan ada kalanya Naim berhubung dengan mereka, tidak kiralah dalam laman sosial ataupun persiekitaran sosial naim (sekeliling daa..). Ada yang Naim jumpa mereka yang tidak setia dalam percintaan. Bukan putus ditengah jalan, tapi tidak cukup dengan seorang pasangan. Ada yang berkahwin tidak sampai setahun tapi bercerai. Dan yang terbaru, Naim mula berkenalan dengan seorang NOVELIS yang baru menceburkan diri dalam bidang tersebut dengan 2 hasil karyanya, kak ERIN ZEHANA. Walaupun Naim belum lagi membaca novelnya, namun dia tidak kedekut dalam berkongsi pandangan dan tips untuk menulis. Thanks kak, akan kuguna apa yang kak ajarkan itu menjelang 2012 nanti.

hasil karyanya

Apa pun, segala transformasi akan Naim lakukan sedikit demi sedikit terutama dalam penulisan Blog. Hehe, macam lawak pula bila difikirkan. Semoga anda semua pembaca doakan kejayaan bersama untuk kita berjaya capai apa yang kita impikan menjelang 2012 tidak lama lagi.

Kredit untuk mereka yang mengajar Naim bagaimana cara untuk berblog. Terima kasih untuk segala tunjuk ajar.



Tuesday, December 27, 2011

Balas Jangan Tak Balas (Isu Panglima Ludah)

Assalamualaikum kawan2...
Haha, puas Naim cari, akhirnya jumpa jugak vidoe ni. Sebuah video respon daripada salah seorang yang prihatin (bagi sesetengah pihak) tentang isu mereka yang dikatakan PANGLIMA mahu ludah ADAM ADLI tu. Rasanya korang dah tengok mende ni kot.



Hmm..politik oh politik. Ape pun, segalanya di tangan anda semua. Video pasal panglima tu korang leh klik SINI

NI PANG, NI LIMA

Sunday, December 18, 2011

Apa? Nak Ludah Muka Mahasiswa?

Assalamualaikum...


Terus kepada sebuah video yang aku tengok kat You Tube...tentang mereka yang nak ludah Mahasiswa yang dikatakan menurunkan bendera YAB Datuk Seri Najib kat PWTC..korang tengok la ye video ni...dan korang tafsirkan sendiri...



Ambooii.....selamber korang je nak ludah mahasiswa ek?? Marah?? oooo..korang tau plak marah bile orang wat camtu...tapi cube korang fikir...nk ikut marah korang atau MARAH TUHAN?? bile hukum Tuhan tidak dilaksanakan ape korang buat? diam membisu? MANA PENGLIMA-PANGLIMA ni berada bila nak tegakkan Hukum Tuhan? Ammbooiii siap takbir lagi kat akhir....pastu diakhiri plak ngan perkataan UMNO..

Ini semua PERMAINAN POLITIK!!..tau marah bile pemimpin dihina mcm tu...tapi bila Tuhan dihina?? mana korang??...

bukan nk sebelahkan sape2.....fikirkanlah mende ni...ludah leh selesaikan masalah ke?

KORANG XLAYAK MELUDAH KALAU X SANGGUP DILUDAH!!

Friday, December 9, 2011

Ke Mana Si Kecil Ini Akan Pergi??

Assalamualaikum kawan-kawan.


Baru-baru ni, heboh satu FB pasal sorang budak yang suaranya memang MANTOP la...Aku pon meremang bulu roma dengar budak ni menyanyi. Aku malas nak cite banyak pasal budak ni..sebab korang lebih tau dan lebih arif lagi pasal budak ni...macam kat bawah ni kan? tengok la die...



Haa..kan?kan? Naim cakap korang x caye...yee...budak ni laa yang korang tengok tu..haha..tapi dalam post yang ni Naim xnak cite sal budak ni tapi nak cite pasal
KE MANA DIA AKAN PERGI NANTI...

Bermacam2 komen Naim bace tentang budak ni...Naim simpulkan kat sini ade 2 aspek komen yang besaaaaarrr..hahah yang pertama adalah KEAGAMAAN dan yang kedua plak adalah SEKULAR...ha? ape maksudnye Naim? xpaham ke? Keagamaan??Sekular??
haaa..meh sini nak terangkan...

KEAGAMAAN tu maksudnya mereka yang nak budak kecil ni bergiat dalam bidang2 keilmuan islam..contohnya Nasyid, Mengaji dan Bertarannum sebab suaranya memang tak dinafikan sedap..

SEKULAR plak bermaksud mereka yang akan target budak ni suatu hari nanti akan jadi seorang artis yang terkenal...klah YUNu ngan NAJWA LATIF (kononnye)...

Tapi Bro..Sis...tu cuma andaian korang je...andaian bersama harapan..."kalaulah..." mcm tu laa...kita kena sedar hakikat ni...nak ukur apa yang akan budak ni jadi bile besar nanti memang satu perkara yang subjektif..sukar untuk nak tafsir...Naim tak kate kalau budak ni jadi artis...xelok..bukan juga nak kate...kalau jadi ustazah pun tak elok...cuma kita fikir baik2...ini adalah DOA kita untuknya...sory tergantung...korang fikirkan la yek...apa yang kita kata..adalah doa untuk budak ni...

Thursday, December 8, 2011

Hendak Berdakwah, Ada Caranya.

Assalamualaikum kawan-kawan...Naim nak kongsi satu cerita ngan kawan-kawan semua...harap korang ambil pengajaran k..hehe :P


Di sebuah kawasan yang terdapat ramai orang. Kelihatan seorang wanita yang bertudung labuh, berjubah lengkap, berstokin dan berkasut. Sempurna auratnya, sedang duduk berhampiran sebuah kolam. Wanita itu sedang duduk membaca satu kitab yang bertulisan arab. Kadang-kadang wanita itu mengangguk-anggukkan kepalanya seakan faham apa yang tertulis dalam kitab arab itu.



Sedang wanita itu sedang membaca kitab, tiba-tiba lalu di hadapannya seorang perempuan yang kontra dengan penampilannya (korang tau kan kontra tu mcm mane...haha). Perempuan itu berpakaian ketat dan seksi, bertudung jarang dan memakai seluar jeans yang ketat. Perempuan itu duduk di sebelah wanita itu. Membuka tas tangannya lalu mengeluarkan sehelai tisu untuk mengelap kotoran yang berada di wajahnya.


"Awak ni KAFIR ke?"


Perempuan seksi itu tersentak. Terkejut dengan teguran sebegitu.


"Excuse me? awak kata saya siapa tadi?"


Tanya perempuan itu seakan-akan inginkan kepastian.


"Saya tanya, awak ni KAFIR ke?"


gambar disensorkan untuk elakkan kontroversi..hehe


Jawab wanita bertudung labuh itu selamba. Perempuan seksi itu lantas bangun dengan wajah yang kemerahan. Marah.


"Helloo...awak sedar tak awak bercakap dengan siapa? Awak nampak tak saya ni pakai tudung. Mesti la saya Islam. Awak ni apa hal? tiba-tiba je cakap macam tu?!"


"Orang yang tak tutup aurat macam awak ni memang patut pun digelar KAFIR."


"Hei perempuan, awak takde hak nak tentukan siapa saya dan awak juga takde hak untuk hukum orang yang macam saya ni yang berpakaian macam ni adalah ORANG KAFIR!!"


Perempuan seksi itu terus berlalu dengan marah. Semua mata tajam memandang wanita bertudung labuh tadi.


-END OF STORY_


Ya, memang kita digalakkan untuk menegur jika ada silap dan salah...Naim pun setuju pasal tu..cume kite perlu sedar yang kaedah untuk menegur itu harus la bertempat...ada method2 yang kita perlukan untuk berdakwah. Macam cerita tadi, wanita itu memang niatnya baik nak tegur perempuan seksi itu...cume biarlah dengan keadaan yang elok. Bukan hemtam keromo macam tu...Naim cukup pelik dengan orang kite bile seorang kawan Naim cerita pasal teguran ni...


Kita belajar ilmu agama, kita belajar cara2 dan keadaan yang sesuai untuk menegur orang..tetapi kenapa kita tidak aplikasikan semua yang kita pelajari tu?? Bukan nak mengutuk mereka yang belajar agama...tidak..Naim pun belajar agama...cuma cara yang digunakan tu biarlah bersesuaian...korang paham kan?? jadi tak elok buat mcm org tadi...sampai marah perempuan seksi tadi...akhirnya...dakwah entah ke mana...dosa kita dapat.....fikir-fikirkan..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...