Friday, December 30, 2011

Menjelang 2012

Assalamualaikum kawan-kawan semua..


Dalam tidak sedar, sudah setahun Naim berblog. Post pertama Naim adalah pada Disember 2010. Dalam tidak sedar juga Naim sudah meningkat dewasa (dah dikatakan boleh kahwin dah, hahaha). Sepanjang tahun 2011, bermacam-macam ragam orang yang Naim dah jumpa. Ramai orang yang Naim kenal dan pelbagai dugaan yang telah Naim tempuh.

Namun persoalan yang sering timbul dalam kepala Naim, "adakah apa yang aku hajati pada tahun ini berjaya aku miliki?". Satu persoalan yang masih Naim tidak dapat jawapannya meskipun Naim bertanyakan soalan ini pada diri sendiri. Dalam kita tidak sedar, bermacam-macam permintaan yang kita inginkan pada satu-satu masa. Pelbagai perubahan yang kita mahukan untuk membaiki diri menjadi lebih baik. Naim rasa, dalam banyak permintaan tu Naim hanya mampu untuk tunaikan beberapa sahaja. 2012 mula menjelang tiba. Akan ada lagi azam baru dari diri kita sedangkan azam yang lama masih terkapai-kapai untuk dicapai. Apa pun, SELAMAT DATANG 2012


Dalam tahun 2011, bermacam-macam orang yang telah Naim jumpa. Naim sekadar memerhati mereka dan ada kalanya Naim berhubung dengan mereka, tidak kiralah dalam laman sosial ataupun persiekitaran sosial naim (sekeliling daa..). Ada yang Naim jumpa mereka yang tidak setia dalam percintaan. Bukan putus ditengah jalan, tapi tidak cukup dengan seorang pasangan. Ada yang berkahwin tidak sampai setahun tapi bercerai. Dan yang terbaru, Naim mula berkenalan dengan seorang NOVELIS yang baru menceburkan diri dalam bidang tersebut dengan 2 hasil karyanya, kak ERIN ZEHANA. Walaupun Naim belum lagi membaca novelnya, namun dia tidak kedekut dalam berkongsi pandangan dan tips untuk menulis. Thanks kak, akan kuguna apa yang kak ajarkan itu menjelang 2012 nanti.

hasil karyanya

Apa pun, segala transformasi akan Naim lakukan sedikit demi sedikit terutama dalam penulisan Blog. Hehe, macam lawak pula bila difikirkan. Semoga anda semua pembaca doakan kejayaan bersama untuk kita berjaya capai apa yang kita impikan menjelang 2012 tidak lama lagi.

Kredit untuk mereka yang mengajar Naim bagaimana cara untuk berblog. Terima kasih untuk segala tunjuk ajar.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...