Tuesday, November 22, 2011

Jom, Pupuk Budaya Membaca

Assalamualaikum....


haaa...naik giler semalam dengar kawan2 semua menjerit GOOOOOOOOOOOOLLLL....bila pasukan Malaysia berjaya menjaringkan gol semalam....yang yang paling nak luruh jantung ni asenye bile dapat tau yang Malaysia menang lawan Indonesia...perghhhh...memang riuh la kat kawasan ni...yang laki wat cara laki...yang pompuan pun ade yang mengilai macam PONTIANAK!!hahaha...
MAKAN BUDAAKK!!


dah dah...lupekan bola...now we go to the main point of this post...eleh BI konon....hehe..ape salahnye kan, skali skala...huhu..


Baru-baru ni Naim ade beli buku...ntah, aku pun xpaham kenapa tiba-tiba je ade rasa minat nak membaca...selama nii...buku ngan Naim ni memang susah la nk bertemu...haha..analoginye camtu la nak tunjukkan yang kite ni punye la malas nak membaca...tapi kali ni lain..perasaan nak membaca tu tibe2 je datang korang tau x??fuhh...memang dasyat laa...




Dalam Al-Quran sendiri dah ajak kita supaya membaca. Seperti dalam surah al-A'laq yang bermaksud "bacalah"...perkataan tu pun dah jelas menuntut supaya orang Islam khususnya untuk membaca...


Jadi pa lagii..jom kite pakat ramai-ramai membaca k...

Wednesday, November 16, 2011

Sekolah Pun Nak Ambil Kesempatan Ke??

Assalamualaikum kawan-kawan...


Waa...mesti ramai adik-adik yang gembira sebab dapat keputusan cemerlang UPSR kan?? bagus laa...adik Naim pun Alhamdulillah, keputusannya memuaskan...tapi pada sape-sape yang keputusannya xmemuaskan, jangan risau la...xmo sedih-sedih tau..ini beru permulaan korang semua...ade banyak ag peperiksaan besar selain UPSR ni..kita ade PMR, SPM dam lain2 kan??





Baik, nak dimulakan cerita Naim ade dengar pasal Bajet 2012 yang dikeluarkan oleh kerajaan yang ingan memberikan wang bantuan sebanyak RM100 kepada pelajar sekolah. Memang, perkara itu memang sedang dilakukan..tidak ada masalah disitu..
Tetapi masalahnya pada pihak sekolah itu sendiri..ada sekolah yang mengambil sebahagian daripada wang bantuan tersebut atau nama PIBG...perkara itu seharusnya tidak boleh berlaku sebab wang itu adalah wang bantuan untuk pelajar. Sekolah tidak dibenarkan untuk mengambil walaupun sebahagian daripada wang bantuan tersebut..itu salah.


Sekolah yang terlibat dalam kes ni sekolah dekat kawasan Keramat, KL..mereka mengambil RM50 daripada wang bantuan tersebut dan selebihnya diberikan kepada pelajar.


Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan Datuk Khairil Awang berkata beliau telah menghubungi guru besar sekolah itu semalam yang bersetuju untuk memansuhkan pemotongan dan akan segera mengembalikan wang itu.

“Apabila mengetahu hal itu yang dimaklumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, saya terus menghubungi pihak sekolah untuk segera mengembalikan wang bantuan itu,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

“Tidak boleh sesiapa pun, mahupun guru besar sekolah membuat potongan wang bantuan yang diperuntukkan oleh kerajaan untuk pelajar,” katanya.

Isu potongan itu dibangkitkan semalam oleh seorang bapa pelajar di sekolah terbabit ketika sesi soal jawab bersama Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, yang mendakwa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu memotong RM50 daripada RM100 bantuan itu.

Ni la yang akan berlaku apabila mereka yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan atas faedah yang diberikan...macam2 kan??

-SEKIAN-


Tuesday, November 1, 2011

Debat Itu Seni

Assalamualaikum kawan2...


Apabila kita nak bercerita tentang berdakwah. Debat merupakan salah satu daripada metodologi dakwah yang diperlukan untuk berdakwah. Dalam Islam, memang sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini untuk menyebarkan ajaran Islam kepada masyarakat. Seperti sabda Rasulullah "sebarkanlah dariku walau sepotong ayat".


Ahmed Deedad


Tokoh debat Islam seperti Arwah Ahmad Deedad meggunakan kaedah berdebat dengan orang Yahudi untuk menyatakan kebenaran Islam. Pelbagai kitab telah dikaji dan dibandingkan oleh beliau dengan kebenaran Al-Quran sebelum beliau berdebat dengan Paderi-paderi Kristian.


Itu debat dalam konteks Metodologi dakwah. Naim juga adalah seorang pendebat. Sebagai seorang pendebat amateur, banyak yang Naim perlu belajar tentang asas-asas debat. Debat ala-perlimen, itu debat yang sedang Naim pelajari bersama rakan-rakan yang lain. Tujuannya mudah, untuk memudahkan Naim untuk berhujah dan melontarkan pendapat dalam bentuk Ilmiah dan bukan sekadar retorik bahasa.


Bagi Naim, debat itu adalah seni. Seni untuk berkata-kata. Memang tidak dinafikan, semua orang boleh berkata-kata ( pengecualian kepada mereka yang bisu ), tetapi adakah setiap frasa yang kita keluarkan itu bermanfaat kepada pendengar ? setakat berborak kosong semua orang boleh. Tetapi untuk mengeluarkan kata-kata yang berilmu itu perlukan pembacaan. Senang cerita, DEBAT ADALAH SENI BERKATA-KATA YANG BERILMU. Setiap apa yang kita keluarkan adalah melalui pembacaan kita. Setiap hujah yang dikeluarkan oleh kerajaan mahupun pembangkang ( 2 pihak yang perlu ada dalam perdebatan ) dan segala pembuktian itu adalah berdasarkan apa yang kita baca.



Kawan, ramai orang kata berdebat ini senang. Tetapi realitinya kawan, jauh api dari panggang. Sungguh berbeza. Itulah debat. Tetapi bukan secara menyeluruh, tetapi sekadar pengenalan untuk anda yang ingin berdebat.


Jangan semata-mata fikirkan "KENAPA" tetapi fikirkan juga "BAGAIMANA".


SEKIAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...