Wednesday, November 16, 2011

Sekolah Pun Nak Ambil Kesempatan Ke??

Assalamualaikum kawan-kawan...


Waa...mesti ramai adik-adik yang gembira sebab dapat keputusan cemerlang UPSR kan?? bagus laa...adik Naim pun Alhamdulillah, keputusannya memuaskan...tapi pada sape-sape yang keputusannya xmemuaskan, jangan risau la...xmo sedih-sedih tau..ini beru permulaan korang semua...ade banyak ag peperiksaan besar selain UPSR ni..kita ade PMR, SPM dam lain2 kan??





Baik, nak dimulakan cerita Naim ade dengar pasal Bajet 2012 yang dikeluarkan oleh kerajaan yang ingan memberikan wang bantuan sebanyak RM100 kepada pelajar sekolah. Memang, perkara itu memang sedang dilakukan..tidak ada masalah disitu..
Tetapi masalahnya pada pihak sekolah itu sendiri..ada sekolah yang mengambil sebahagian daripada wang bantuan tersebut atau nama PIBG...perkara itu seharusnya tidak boleh berlaku sebab wang itu adalah wang bantuan untuk pelajar. Sekolah tidak dibenarkan untuk mengambil walaupun sebahagian daripada wang bantuan tersebut..itu salah.


Sekolah yang terlibat dalam kes ni sekolah dekat kawasan Keramat, KL..mereka mengambil RM50 daripada wang bantuan tersebut dan selebihnya diberikan kepada pelajar.


Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan Datuk Khairil Awang berkata beliau telah menghubungi guru besar sekolah itu semalam yang bersetuju untuk memansuhkan pemotongan dan akan segera mengembalikan wang itu.

“Apabila mengetahu hal itu yang dimaklumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, saya terus menghubungi pihak sekolah untuk segera mengembalikan wang bantuan itu,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

“Tidak boleh sesiapa pun, mahupun guru besar sekolah membuat potongan wang bantuan yang diperuntukkan oleh kerajaan untuk pelajar,” katanya.

Isu potongan itu dibangkitkan semalam oleh seorang bapa pelajar di sekolah terbabit ketika sesi soal jawab bersama Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, yang mendakwa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu memotong RM50 daripada RM100 bantuan itu.

Ni la yang akan berlaku apabila mereka yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan atas faedah yang diberikan...macam2 kan??

-SEKIAN-


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...