Apabila kita nak bercerita tentang berdakwah. Debat merupakan salah satu daripada metodologi dakwah yang diperlukan untuk berdakwah. Dalam Islam, memang sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini untuk menyebarkan ajaran Islam kepada masyarakat. Seperti sabda Rasulullah "sebarkanlah dariku walau sepotong ayat".
Ahmed Deedad
Tokoh debat Islam seperti Arwah Ahmad Deedad meggunakan kaedah berdebat dengan orang Yahudi untuk menyatakan kebenaran Islam. Pelbagai kitab telah dikaji dan dibandingkan oleh beliau dengan kebenaran Al-Quran sebelum beliau berdebat dengan Paderi-paderi Kristian.
Itu debat dalam konteks Metodologi dakwah. Naim juga adalah seorang pendebat. Sebagai seorang pendebat amateur, banyak yang Naim perlu belajar tentang asas-asas debat. Debat ala-perlimen, itu debat yang sedang Naim pelajari bersama rakan-rakan yang lain. Tujuannya mudah, untuk memudahkan Naim untuk berhujah dan melontarkan pendapat dalam bentuk Ilmiah dan bukan sekadar retorik bahasa.
Bagi Naim, debat itu adalah seni. Seni untuk berkata-kata. Memang tidak dinafikan, semua orang boleh berkata-kata ( pengecualian kepada mereka yang bisu ), tetapi adakah setiap frasa yang kita keluarkan itu bermanfaat kepada pendengar ? setakat berborak kosong semua orang boleh. Tetapi untuk mengeluarkan kata-kata yang berilmu itu perlukan pembacaan. Senang cerita, DEBAT ADALAH SENI BERKATA-KATA YANG BERILMU. Setiap apa yang kita keluarkan adalah melalui pembacaan kita. Setiap hujah yang dikeluarkan oleh kerajaan mahupun pembangkang ( 2 pihak yang perlu ada dalam perdebatan ) dan segala pembuktian itu adalah berdasarkan apa yang kita baca.
Jangan semata-mata fikirkan "KENAPA" tetapi fikirkan juga "BAGAIMANA".
SEKIAN
No comments:
Post a Comment