Jam menunjukkan pukul 6 pagi. Penggera telefonku berbunyi menandakan aku harus bangun dan bersiap untuk solat Subuh. Lantas aku bangkit lalu aku menelefon seseorang, mengejutkannya untuk bangun solat. Setelah menunaikan solat Subuh, aku baring semula ( agak tidak elok ye tido semula lepas subuh...huhuhu ). Oh...aku terlupa kerana pagi ni aku kena pulang ke kampung, budak-budak nasyid S.K Lepar nak buat persembahan nasyid malam hari Sabtu sempena forum perdana Maulidul Rasul. Jadi aku perlu untuk segera pulang ke kampung.
10 a.m - Aku mengemas pakaian kemudian aku memohon izin Ibu untuk bertolak sekarang. Setelah bersalaman, aku keluar rumah, berjalan menuju ke stesen bas ( agak jauh stesen bas tu...). Sejurus aku tiba, memang rezeki kot sebab bas pun dari jauh dah nampak kelibatnye. Jadiii...ape lagi...naik bas leee....cian kat pemandu bas tu sebab konduktor tiket bas tu xde. Die la yang buat semuanya. Setelah tiba di kuantan aku singgah ke Kuantan Parade. Saje nak jalan-jalan...bosan ekpun..xtau nak buat ape. Xde ape nak beli aku terus ke benteng untuk tunggu bas ke kampung. Bas ke kampung ni kurang ataupun xbanyak la senang cerita. Kalau tertinggal bas pagi alamatnye tunggu bas petang la jawabnye...huhuhu..
benteng Kuantan
Apabila sampai di benteng, aku duduk atas bangku yang disediakan. Pandanganku menghala ke arah sungai. Aku berfikir sejenak...alangkah seronok jika hatiku ini sentiasa setenang air sungai ni...walaupun di dalamnya terdapat pelbagai jenis hidupan, objek...tetapi permukaannya sentiasa tenang...sentiasa mengalir..sama macam hidupku. Penuh dengan dugaan, dalam hati ni tiada siapa yang tahu pelbagai masalah yang aku hadapi.
bangku tempatku lepak..huhu
Memang...aku akui yang aku tidak pandai untuk bercerita. Kerana aku suka mendengar orang bercerita tentang masalah mereka. Kadangkala aku sendiri cemburu dengan mereka kerana mereka seringkali bercerita tentang masalah denganku. Aku ingin sekali ingin menjadi sebegitu rupa. Saat ini baru aku rasa betapa tersiksanya memendam masalah ini.yang seringkali hadir dalam hidup ini. Aku ingin meluahkan segala yang terbuku dalam hati ini, tetapi aku tidak tahu bagaimana untuk aku memulakan semua ini. setiap kali aku ingin bercerita..aku hampir menangis.Air mataku seakan-akan menunggu masa untuk mengalir keluar dari mataku. Kerana itulah aku seringkali menjadi pendengar semata-mata. Aku akan cuba juga untuk bercerita...AKU AKAN CUBA>>>
neenoo neenoo....ambulans mari!!
Setelah itu, kulihat jam tanganku hampir menunjukkan pukul 2 petang. Tandanya masa untuk aku ke pondok menunggu bas yang berhadapan dengan Hospital Tengku Ampuan Afzan. Apabila sampai...kedengaran bunyi siren ambulans memasuki perkarangan hospital...laju siot!! Kalau berlumba dengan F1 ni comfirm kalah F1...memang laju..demi untuk menyelamatkan nyawa. Salute laaa!! Aku bersyukur kepada Tuhan kerana tidak datangkan kepadaku bencana seperti itu...kemalangan..uihh..mintak dijauhkan la...
HTAA
Kemudian pandanganku beralih ke hospital...saat itu aku terbayangkan keadaanku ketika sakit suatu masa dahulu..memang memeritkan tetapi itulah saat paling bahagia bagiku kerana pada masa itu aku sedar bahawa sesungguhnya ramai yang menyayangiku..IBU...AYAH...SAHABAT..KAUM KELUARGA...aku rasa amat beruntung kerana mereka ambil berat tentang diriku....
Saat ini juga aku terfikir..bagaimanakah keadaan mereka bila aku sudah tiada lagi nanti?? Sedih bila timbulkan persoalan seperti itu...aku tidak mahu mereka bersedih..aku tidak mahu mereka mermuram muka...kerana aku juga sedih..menatap wajahku yang sudah tidak bernyawa...Ya ALLAH...KAU TENANGKANLAH JIWAKU INI...
eh eh..ade budak..
Tiba-tiba pendanganku tertumpu pada seorang budak yang berlari-lari di perkarangan taman sambil diperhatikan oleh ibu dan ayahnya. Begitu gembira kulihat budak tu....berlari sambil ketawa...perasaanku tenang melihat telatahnya..
Kemudian...sedang dia berlari...tiba-tiba budak kecil itu terjatuh...Raut wajahnya gembira bertukar sedih...sakit kerana jatuh..namun budak kecil itu bangun semula...dan kemudian terus berlari lagi...Begitulah kehidupan dunia..seringkali apabila kita berjalan menempuh cabaran dan dugaan, kita pasti akan jatuh...tetapi apa yang penting ialah apabila kita jatuh..kita mesti bangun semula..BANGUN DAN TERUS BANGUN NAIM!!! jangan mudah putus asa!!...terus bangkit dan tegak berdiri...kita aturkan semula langkah kita dan terus berjalan..kerana cita-cita kita berada di hadapan...
BEGITULAH PERJALANAN HIDUP SEORANG HAMBA...
TIDAK SUSAH UNTUK TERUS BERJALAN
JUGA TIDAK SUSAH UNTUK TERUS BANGKIT SEMULA APABILA JATUH!!!
bagus jalan cerita ni...
ReplyDelete=) . like .
ReplyDelete