..::: Sebuah kisah untuk semua :::..
Ada seorang lelaki yang kudung tangannya telah berkenalan dengan seorang wanita yang kudung kakinya. Setelah beberapa lama mereka berkenalan, akhirnya mereka membuat keputusan untuk berkahwin. Suka, duka, segalanya mereka tempuhi bersama. Mereka percaya mereka tidak bersendirian kerana mereka ada antara satu sama lain.
Pada suatu hari, mereka berdua sedang minum petang di perkarangan rumah. Si isteri mengambil sekeping biskut lalu dicelup ke dalam air teh yang masih panas dan kemudiannya dia suapkan suaminya. Sungguh mesra mereka berdua. Si suami sentiasa memberikan senyuman yang manis buat isteri kesayangannya itu. Si suami merenung wajah isterinya lalu berkata.
" Awak, awak sayang saye tak? " tanya si suami.
Si isteri terkejut dengan pertanyaan suaminya itu. Lalu meletakkan kepingan biskut yang disuapkan tadi di atas piring.
" Abang...mestilah saye sayangkan abang. Abanglah pengubat rindu di hati saya. "
jawab si isteri kemudian mengusung kerusi roda yang dinaikinya semakin dekat dengan suaminya yang tercinta.
" Tetapi abang tidak sempurna...tangan abang kudung. Abang tak punya apa-apa. Abang tidak sempurna sayang, abang tak mampu nak bahagiakan sayang. "
Kata si suami yang memandang tepat ke arah isterinya. Matanya kian dipenuhi air yang menanti masa untuk mengalir.
Si isteri kemudiannya mengusap lembut pipi suaminya yang tercinta. Tanpa disedari, air matanya mengalir membasahi pipi, lebih awal dari suaminya.
" Abang...cuba lihat saye, apalah yang sempurna pada saye ni abang? Kaki saye dah tak boleh digunakan. Hanya bergantung pada kerusi roda ini sahaja abang. Tetapi saye amat berbangga kerana saye masih layak bergelar isteri. Saye bersyukur kepada Tuhan, kerana saye masih boleh melakukan tugas sebagai seorang isteri dengan baik, abang. Saye amat bersyukur. " jawab isteri dalam keadaan yang teresak-esak.
Si suami terdiam...memandang tepat ke arah isterinya yang tercinta dan kemudian mendongak ke arah langit yang membiru.
" Abang..."
Si suami menoleh ke arah isterinya....
" Kita memang tidak sempurna abang. Tetapi kita masih memerlukan antara satu sama lain. Tiap-tiap hari saye boleh suapkan abang dengan makanan, buatkan air untuk abang. Saya tidak akan jemu untuk melakukan semua itu abang...sesungguhnya kita saling melengkapi antara satu sama lain. Walaupun saye tiada kaki, saya masih ada abang untuk menjadi kaki saya. Dan..."
" Dan sayang boleh jadi tangan abang untuk sentiasa membantu abang kan? "
celah si suami tersenyum.
" Mana abang tahu ni? " kata si isteri.
" Abang kan suami sayang....mestilah abang tahu. Sekarang abang dah sedar. walaupun abang ada kekurangan, hadirnya sayang dalam diri abang akan menampung kekurangan ini. Juga untuk sayang, kita akan sentiasa melengkapi antara satu sama lain. "
Si suami mengesat air mata yang mengalir di pipi isterinya. Sesungguhnya dia terlalu sayang akan isterinya.
" Abang nak tahu tak? bukan kita berdua je tau. " jawab si isteri.
" Habis tu siapa lagi sayang? " tanya suami hairan.
" Tu...anak-anak kita. Mereka akan sentiasa menghiburkan kita. Walaupun kita seperti ini, tetapi tidak untuk mereka. Tuhan Maha adil abang." kata si isteri sambil menunjuk ke arah dua orang kanak-kanak kecil yang sedang bermain-main di kawasan rumah. Sempurna sifatnya. Sungguh besar kuasa Tuhan yang mencipta sekalian makhluk.
" Ohh...abang terlupa sayang. Kita masih ada anak-anak untuk temankan kita. Alhamdulillah..." kata suami.
Kemudian mereka ketawa bersama-sama. Alangkah bahagianya hati si suami pada masa itu kerana mempunyai seorang isteri yang amat menyayanginya. Begitu juga dengan si isteri, merasakan perasaan yang sama.
..:: END ::..
Begitulah kehidupan, kita manusia tiada yang sempurna. Kita manusia pasti ada kekurangan masing-masing. Tetapi ingatlah, walaupun kita ada banyak kekurangan, kita saling melengkapi antara satu sama lain dan apabila kita saling melengkapi, nescaya setiap kekurangan itu pasti akan hilang jika bersamanya. Satu analogi mudah buat semua untuk tunjukkan kekurangan yang ada pada diri seseorang seseorang. Kalau nak ambil analogi tentang perasaan, perkara itu terlalu subjektif untuk dibicarakan, lagipun perkara itu tidak dapat dilihat. Harap semua terhibur dengan kisah ini...sama-sama kita renungkan.
p/s : kalu hubungan sejenis tu lain cite...huhu dah comfirm memang xlengkap...huhu
Renungan bersama..."...Berlajarlah Bersyukur Dengan Jodoh Anugerah Tuhan Mu..
Usah Mendambakan Teman Secantik Balqis.. Andai Diri Mu Tidak Seindah
Sulaiman.. Mengapa Di Harap Teman Setampan Yusuf.. Andai Diri Mu Tidak Setulus
Zulaikha.. Tidak Perlu Mencari Seistimewa Khadijah.. Andai Diri Mu Tidak
Sesempurna Muhammad... Syukur Alhamdulillah..."
No comments:
Post a Comment