Tuesday, February 21, 2012

Bila Aku Bermonolog #5


Naim : Weh, Phoenix! Kenapa ko murung-murung je macam ni? Ko ada masalah ke?

Phoenix : Aku sedih la Naim.

Naim : Laa..kenapa pulak ni? Cer cite kat aku ni Phoenix ooiii.

Phoenix : Yela, aku jeles la ngan ko. Ko dah ade yang punye tapi aku ni, masih lagi mencari-cari siapalah yang nak kat aku ni Naim.

Naim : Hahaha...apa la ko ni Phoenix. Setiap insan yang di lahirkan telah pun ditetapkan takdir untuk hidup dia. Jodoh, ajal maut dan macam-macam lagi telah pun Allah tetapkan. Jadi ko kena yakin dengan takdir yang telah Allah tentukan kat kite dan dalam masa yang sama, ko jugak perlu berusaha untuk mencari.

Phoenix : Erm, tapi kan Naim, mesti susah kan nak kekalkan satu-satu hubungan tu?

Naim : Yup, memang susah sebab tu la walaupun dah berkahwin tapi masih ada lagi mereka yang bercerai. Tetapi bukan masalah kewangan atau apa. Pensyarah aku bagitau sebab 'Communication Breakdown'. Sebab cara berkomunikasi pasangan tu tak ok. Aku ni bukan la doktor cinta sangat. Aku jugak bukan sorang yang kuat agama untuk cerita pasal agama. Tapi aku belajar dan aku kongsi.

Phoenix : Hahaha...bagus la ko ni. Thanks Naim!

Wednesday, February 15, 2012

Sharnaaz & Shila : Selesa Bila Ada Yang Menjaga

Assalamualaikum....

Sedikit perasaan lega dan gembira apabila melihat beberapa orang selebriti kita masih lagi menitikberatkan agama dalam kehidupan seharian mereka.
Teringat kata-kata Ustaz azhar Idrus dalam ceramahnya :

 " Halal seorang lelaki itu membonceng motosikal bersama kekasihnya dengan syarat ayah perempuan tersebut berada di tengah-tengah "

Macam tu la rasanya kata-kata dia..hehe. Aku pun ingat-ingat lupa jugak. Mungkin hal itu boleh dilihat pada hubungan antara Sharnaaz & Shila Hamzah tetapi pada keadaan yang berbeza. Bukan atas motor, hehe. Mereka apabila keluar berjumpa pasti akan membawa teman seperti maknya atau adik beradik yang lain supaya tidak mendatangkan fitnah. Mereka tidak keluar berdua-duaan, tetapi membawa teman bersama dan teman itu bukan sebarangan teman, ahli keluarga mereka juga.

Tahniah diucapkan kepada kedua pasangan ini kerana berjaya menjaga batas pergaulan mereka. Mungkin perkara yang lain boleh diperbaiki sedikit demi sedikit.


" Hok baik tu baik laa..hok BODO tu BODO jugok" - Us. Azhar Idrus.


Hahaha...apa pun. Kurangkan kontroversi.

Tuesday, February 14, 2012

Cuma Mahu Kaum Melayu Tahu (Isu Perkauman)

Assalamualaikum…
  
Kini tersebar luas di Internet tentang seruan dari segelintir kaum Cina yang menggesa bangsanya untuk tidak memberi sokongan kepada perniagaan melayu lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan persatuan Islam dan Melayu. Ada mereka yang menghantar email untuk menyeru agar memboikot roti Gardenia kerana dimiliki Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary(BERNAS) dan ramai orang Melayu mempunyai kepentingan dalam perniagaan tersebut.

Kebanyakkan kenyataan yang disebarkan bukan sahaja tidak berlandaskan fakta malahan ditokok tambah dengan kata-kata provokasi, antaranya menyatakan masyarakat Cina sering dianiyai oleh orang Melayu, perniagaan milik Raja Gula Robert Kuok disabotaj oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al- Bukhary.

IKLAN BOIKOT PRODUK MELAYU DAN SOKONG PRODUK CINA DILANCARKAN DI FORUM DAN BLOG MEREKA
 
Kerana rakus dengan keuntungan perniagaan, mereka mencetuskan propaganda dengan mengharapkan simpati dari kaum mereka!Kini mereka telah melampaui batasan denganmencetuskan sentimen perkauman,ada yang melontarkan kata-kata penghinaan seperti “PERGI MATI, MELAYU BABI”, “MELAYU BODOH” dan sebagainya.

Jika taktik kotor ini berterusan, dikhuatiri bukan sahaja akan memberikan kesan kepada perniagaan milik Bumiputera malahan bakal mencetuskan kebencian & perbalahan antara kaum. Kita lihat sendiri apa yang mereka katakan?
 
“ALL MALAYSIAN MUST KNOW THAT LAST TIME GARDENIA BUYS FLOUR FROM FEDERAL FLOUR MILL(FMM). RECENTLY GARDENIA WAS ACQUIRED BY BERNAS AND THE FIRST THING THEY DO IS THEY STOP BUYING FLOUR FROM FFM BECAUSE FFM BELONGS TO ROBERT KUOK. NOW, YOU ALL KNOW WHY ROBERT KUOK NEEDS TO LAUNCH THE MASSIMO BREAD. MALAYS IS TAKING OVER OUR (THE CHINESE BUSINESSMAN) PROPERTY. THIS BUMI, THEY CAN’T TAKE AWAY PEOPLE’S BUSINESS THEY WILL TAKE AWAY PEOPLE’S BIG CUSTOMER. DO THEY REALLY HATE THE CHINESE BUSINESSMEN SO MUCH? PLEASE FORWARD THIS MESSAGE TO ALL THE MALAYSIAN CHINESE. USE THE UNITED STRENGTH OF CHINESE TO SEND GARDENIA TO HOLLAND (MAKSUDNYA BOIKOT GARDENIA).”
 


 Kita tengok sendiri kenyataan dalam Facebook mereka

 
Terjemahan:

23 NOVEMBER 2011
11:28PM BUTTER LAU : MEREKA DENGKI DENGAN KEJAYAAN ORANG LAIN. APA BEZANYA ORANG MELAYU DENGAN PENCURI?

24 NOVEMBER 2011
1:37AM DESMOND TEE DESMOND : PERGI MATI MELAYU BABI! TAK ADA KELEBIHAN! JADI MEREKA MENCURI!! ORANG MELAYU LOWCLASS!!

2:49PM BECKY WONG : TANPA ORANG CINA YANG MEMBANTU ORANG MELAYU, BOLEH KE MEREKA HIDUP SAMPAI SEKARANG? AMBIL BALIK DUIT YANG PERNAH KITA BAGI, SEMUA BABI-BABI INI TAK KAN MAMPU BUAT APA-APA. TAK LAMA LAGI MEREKA AKAN TAHU AKIBATNYA. MANA ADA 1 MALAYSIA, SEMUANYA TIPU! MEREKA SURUH TOLAK DISKRIMINASI KAUM TAPI MEREKA YANG MENGAMALKANNYA?? 

5:14PM STEVEN LONG : MATILAH MELAYU BABI GEMUK MAK DIA!! 
 
Kawan-kawan sekalian, tidak kiralah yang membaca entry ini Melayu, Cina atau India. adakah ini yang dimaksudkan dengan perpaduan kaum? Adakah ini yang selama ini kita perjuangkan? Kita hidup dalam satu negara yang mempunyai pelbagai kaum dan bangsa. Kita ada pelbagai budaya. Cuma kita tidak mahu perkara seperti ini berlaku. Permusuhan antara kaum.
 
Harap entry ini tidak mendatangkan perpecahan antara kita. Pergaduhan bukan cara untuk menyelesaikan masalah. Matlamat tidak menghalalkan cara kawan-kawan. Berhentilah daripada mencaci dan memaki sesama sendiri.
 

Art This Week #4




Monday, February 13, 2012

Bila Aku Bermonolog #4 (Edisi Hari Valentines)

Phoenix : Weh, Naim. Apa pendapat ko tentang Valentines Day atau Hari Kekasih?

Naim : Haram DHO!!

Phoenix : Hahaha, kenapa kau cakap macam tu pulak? Kan elok kite ingat kat kekasih kite pada hari tu?

Naim : Elok ape kebendanya, kalau ko nak tau mereka yang sambut Valentines ni sebenarnye bukan nak ingt kat kekasih diorang pun. Pemikiran mereka sempit, mereka tak tau bagaimana sejarah terjadinya hari Valentines ni. Apa yang mereka tau, adalah menyambung norma masyarakat setempat yang dah diamalkan sejak dahulu lagi. Sebenarnya orang Melayu ni tak payah nak sambut hari macam ni.

Phoenix : Laa..kenapa pulak?

Naim : kalau ko nak tau, hari Valentines ni bukan untuk ingat kekasih (bagi mereka yang bercinta la). Tapi untuk ingat si Saint Valentino tu. Antara paderi yang paling kuat menentang ajaran Islam ko tau.

Phoenix : Astaghfirullah...weh Naim, mujur ko ingatkan aku. Tapi ko rase Islam ade tak hari yang macam ni "memperingati kekasih"

Naim : Eh, mesti la ade Phoenix. Kita ada Maulidul Rasul yang membawa kita untuk mengingati Kekasih kita..RASULULLAH. Juga Kekasih ALLAH. :)

Phoenix : Ha ah ek, hampir terlupa aku Naim. Hehehe.
 

Friday, February 10, 2012

Vacation with DAYANA AMERDA JUARA IDOLA KECIL 2 ( kali kdua )


Assalamualaikum kawan-kawanku para kembaca sekalian..
Eh..eh..ada Dayana Idola Kecil 2 la kat dalam entry kali ini. Haa..Januari 2012 yang lepas, D'Amerda. Production dengan kerjasama ZZZUM Entertainment dan Razman Production telah mengadakan satu percutian 3 hari 2 malam yang bertempat di Kempville, Kuantan Pahang.

Gambar kat bawah ini adalah sebahagian daripada perjalanan program yang telah diadakan.




 bersama Krew



Dan memandangkan percutian pertama berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peserta2 percutian tempoh hari, setelah berbincang, pihak kami D'Amerda. Production dgn usahasama Zzum Entertainment dan Razman production akan menganjurkan satu lagi percutian bersama Dayana pada 15,16 dan 17 mac ( cuti sekolah bulan 3 ), kali ni  bertempat di Duta Village beach resort Cherating..3 hari 2 malam..bayaran setiap seorang RM 270.00.. Makan minum selama 3 hari termasuk Malam Dinner launching Tudung jenama Dayana Amerda dan pengangkutan..

Sesiapa yg berminat boleh lah mengetahui dengan lebih lanjut di Facebook 

  
Bayaran selewat lewat pertengahan bulan 2 nanti..Banyak aktiviti2 lg menarik di susun, tempat yg cantik dan makanan yg pastinya sedapp..yg penting boleh bermesra dengan Amerda's family..Apa lgi cepat sebelum penuh..tempat terhad.

Sahkan kehadiran anda dngan membuat pembayaran pada AC Maybank pihak pengurusan D'Amerda.Production atas nama Puan Che rohaida che Daud..simpan resit..Mana2 yg dah bank in tidak boleh meminta wang di pulangkan 2 minggu sebelum tarikh vacation berlansung...Pihak penganjur akan melanjutkan pembayarannya selewat lewat hujung bulan Feb...Sapa cepat dia dapat..SO jom..

KEPADA YANG BERMINAT UNTUK DATANG KE MALAM DINNER (Tidak Termasuk Percutian)

Sapa yg nak join Makan Malam bersama Dayana bertempat di Duta Village beach resort cherating pahang pada 16 mac ini..Bayaran rm 70 seorang di kenakan..Pada fans2 yg berada di sekitar Kuantan dan sewaktu dengannya bolehla datang pada malam ini untuk memeriahkan majlis.

Ini hanya untuk makan malam sahaja..Tema pada malam tersebut adalah Masquarade Party..banyak hadiah2 yg bakal di menangi iaitu Pakaian tercantik lelaki/perempuan kategori dewasa dan remaja+kanak2..Cabutan bertuah dan Hadiah Misteri..Hanya yg btul2 berminat sahaja...Cepat tempat terhad..

Sapa yg Join Vacation n Malam dinner nanti..Jgn lupe theme malam itu adalah Masquarade Party..Get your costume n Mask..Ade hadiah pakaian terbaik nanti..Kali ni kita buat 4 kategori, ( kanak2/teenager ) n dewasa lelaki dan perempuan..Pergh...Peserta juga akn bergambar di back drop yg ade gambar Dayana, dan boleh beli gambar tersebut dari photographer buat kenangan..Bila lg kan..So put on your fancy dress n join in the club....ngeee

Kepada yg ingin join Makan Malam sahaja boleh la membayar sebanyak RM 70 sahaja..tempah lah meja anda sekarang..Meja terhad..

Sebarang pertanyaan boleh sms ke no 0196531464..SMS sahaja...


Thursday, February 9, 2012

9 Mimpi Nabi Muhammad SAW


9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU
YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Art This Week #3


Bila Aku Bermonolog #3

Phoenix : Naim, Naim. Aku naktanye ko satu soalan ni, leh tak?

Naim : Ha, apa dia? Tanya la.

Phoenix : Kalau la ko diberi peluang untuk membuka kedai makan, ko nak konsep kedai ko yang macam mana?

Naim : Kalau aku? aku nak kedai makan tu berkonsepkan Melayu dan Islam.

Phoenix : Ha? macam mana tu?

Naim : Berkonsepkan Melayu tu bermaksud setiap hidangan adalah masakan Melayu. Makan pulak aku tak nak pelanggan aku makan guna sudu. Aku nak mereka semua makan guna tangan. Sebab kenikmatan sebenar masakan tu adalah dari tangan kita. Dan satu lagi, aku nak kat kedai makan aku tu semua orang makan bersila a.k.a makan atas lantai. Takde aku nak bagi kerusi, aku nak bagi mereka semua rasa bagaimana rasa rendah diri itu boleh dibina melalui perbuatan tu.

Phoenix : Oooo...Islam pulak macam mana konsepnya?

Naim : Dalam Islam, diajar kita bagaimana cara untuk kita bersopan santun dan berbudi pekerti mcm Rasulullah. Kalau la ada orang yang bukan Islam datang makan kat kedai aku tu, aku nak diorang rasa selesa dengan layanan yang digariskan oleh Islam itu sendiri. Macam tu la sebab menurut kata-kata senior aku, nilai itu dibentuk oleh agama.

Phoenix : Oooo...macam tu rupanya. Bru aku faham.
   
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...