Wednesday, February 15, 2012

Sharnaaz & Shila : Selesa Bila Ada Yang Menjaga

Assalamualaikum....

Sedikit perasaan lega dan gembira apabila melihat beberapa orang selebriti kita masih lagi menitikberatkan agama dalam kehidupan seharian mereka.
Teringat kata-kata Ustaz azhar Idrus dalam ceramahnya :

 " Halal seorang lelaki itu membonceng motosikal bersama kekasihnya dengan syarat ayah perempuan tersebut berada di tengah-tengah "

Macam tu la rasanya kata-kata dia..hehe. Aku pun ingat-ingat lupa jugak. Mungkin hal itu boleh dilihat pada hubungan antara Sharnaaz & Shila Hamzah tetapi pada keadaan yang berbeza. Bukan atas motor, hehe. Mereka apabila keluar berjumpa pasti akan membawa teman seperti maknya atau adik beradik yang lain supaya tidak mendatangkan fitnah. Mereka tidak keluar berdua-duaan, tetapi membawa teman bersama dan teman itu bukan sebarangan teman, ahli keluarga mereka juga.

Tahniah diucapkan kepada kedua pasangan ini kerana berjaya menjaga batas pergaulan mereka. Mungkin perkara yang lain boleh diperbaiki sedikit demi sedikit.


" Hok baik tu baik laa..hok BODO tu BODO jugok" - Us. Azhar Idrus.


Hahaha...apa pun. Kurangkan kontroversi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...