Assalamualaikum kawan-kawan semua...
Apabila kalian mula membaca post ini bertarikh 23 April 2011 pukul 11.30 pagi, maka selepas ini tidak kurang dari 13 jam...kita semua akan menghadapi satu hari yang agak tertekan..agak memeningkan kepala dan agak membingungkan..kerana apa...kerana PERANG AKAN BERMULA kawan-kawan sekalian!!
"THE WAR IS BEGIN"
Pada keesokan harinya, kita akan menghadapi satu penilaian yang terakhir buat semester ini...sebuah peperiksaan sekan-akan PMR, SPM dan STPM mahupun STAM..ya, memang tidak dinafikan kita semua telah berjaya melepasi halangan itu seketika dahulu...tetapi yang ini lebih besar kawan! dan lebih menakutkan!
Bukan untuk menakutkan...bukan juga untuk buat kalian risau...cuma ingin bertanya..sejauh manakah persediaan kalian untuk menghadapi peperangan ini?..adakah pada anda sudah tersedia senapang, pedang, pisau, bom atau pistol? Atau...mungkinkah kalian berbekalkan hanya secebis kain putih yang sudah lusuh, menandakan yang kalian masih tidak bersedia? menunggu masa untuk diangkat menandakan kekalahan kalian...tu persoalan buat kalian...
Hey korang semua!! mahu ke kita tengok orang ketawa melihat kejatuhan diri kita ni? mahu ke? jangan kata tidak mahu jika hanya keluar dari mulut sahaja tetapi hati kita, tindakan kita menidakkannya...
Hey kawan!! bangunlah dari lena..bangkitlah dari medan peperanganmu yang lembut dan empuk itu..usah kalian bermimpi lagi, masa sudah tidak banyak ni kalian semua...beralih la ke medan peperangan yang sebenarnya...berkawanlah dengan ilmu...ajak mereka bersama berperang dengan kita!! ajak mereka bersama terus kekal dalam hati kita...kerana mereka itu CAHAYA kawan!! Apa yang mahu terangi kegelapan kalau tidak cahaya...
Baiklah kalian semua, sekarang terserah kepada kelian untuk menilainya sendiri...ini penentu kita..ini mungkin penilaian terakhir buat kita sebelum kita beralih ke cabaran yang lain...buatlah yang terbaik!! Hamba di sini doakan kalian..sama-sama kita berusaha untuk menang dalam pertempuran ini...bawalah askar ilmu yang secukupnya atau lebih dari jangkaan musuh...
Sekian...ALL THE BEST!!!
KHAS UNTUK MAHASISWA MAHASISWI UniSZA
No comments:
Post a Comment