Seperti hidup, cinta juga merupakan satu perjalanan yang panjang. Dan dalam setiap perjalanan pasti akan tiba suatu ketika, apabila cinta terhenti dipersimpangan dan pada ketika inilah pasangan yang bercinta itu harus membuat keputusan yang benar-benar mencerminkan kesucian cinta mereka. Keputusan untuk mengorbankan cinta demi kesempurnaan masa depan pencinta itu sendiri.
Ataupun pencinta itu memutuskan untuk terus hidup dalam ketidaksempurnaan dan mengharapakan keajaiban yang akan berlaku setelah sekian lama berusaha dan menunggu...
Seperti yang lainnya, aku belajar, bermain dan bersuka-suka untuk membawa diri jauh dari kesedihan yang melanda. Terkadang aku menilai sendiri sejauh mana tahap kestabilan emosiku..walaupun kadang-kala kestabilan itu sering tergugat dek kerana arus perubahan keadaan semasa, namun aku terus dan terus mencuba untuk membawa emosiku ini jauh dari api kemarahan yang membara dan jauh dari kejahilan berbicara..
Walaupun aku seperti yang lain..namun ada sesuatu yang berbeza. Perasaan cinta itu sendiri. Entahlah, kadang-kala aku keliru..kenapa aku masih tidak serik untuk bercinta sedangkan aku sering ditinggalkan? Kenapa aku masih ingin menyayangi sedangkan aku sedar bahawa aku tidak lagi disayangi? Kenapa aku sanggup mengambil risiko untuk terus mencintai dan terus menyayangi? Aku keliru dengan semua persoalan itu..persoalan yang sering bermain-main dalam benakku.
Akhirnya aku sedar...untuk selesaikan segala kekeliruan yang melanda ini. aku perlu bertindak. Bertindak untuk terus mencintai ataupun berhenti dari mimpi yang tak sudah ini. Memang tidak aku nafikan cinta ini adalah anugerah dari Tuhan..memang susah untuk kita menjauhkan diri dari cinta itu sendiri. Tetapi persoalannya bagaimana?
Akhirnya aku temui jalannya...aku harus kembali kepada Dia yang telah menganugerahkan cinta itu sendiri kepada hambaNya...sesungguhnya Dia telah tetapkan setiap kesulitan itu pasti ada jalan penyelesaiannya..
..::: ISTIKHARAH CINTA :::..
Ya..itulah jalan yang terbaik...moga-moga ditunjukkan jalan yang sepatutnya aku lalui, disusuli dengan usaha aku yang terus-menerus berusaha untuk disayangi..semoga membuahkan hasil..aku langsung tidak meminta balasan dari setiap apa yang aku lakukan...cukup sekadar dia tahu yang aku amat menyayanginya...
itu sudah cukup berbaloi...
Masing-masing ada pilihan sendiri..kekeliruan dalam membuat pilihan memang sering terjadi..jadi..BERISTIKHARAHLAH...seandainya itu yang terbaik buatmu..maka pilihlah yang itu...usah ragu-ragu..
No comments:
Post a Comment