Sunday, April 3, 2011

Tidak Pernah Sekalipun


Memang dulu aku kesepian...memang dulu aku kesorangan..memang dulu aku ditinggalkan.Tapi itu semua dulu, seringkali aku merasakan diri ini sudah sampai kepenghujungnya tapi aku hanya pandai meneka sahaja, yang lebih mengetahui adalah Dia...yang menciptakan aku dan sekalian makhluk di bumi..

Tidak aku sangka keadaan yang dulunya gembira, ceria menjadi kian hambar..lidahku kelu..tidak tahu untuk menutur kata seolah-olah aku baru belajar bahasa..Memori pahit yang lalu bagiku sudah hilang...aku biarkan ia melayang..aku biarkan ia pergi jauh dari hidupku kerana adanya tidak membawa apa-apa makna...yang ditinggalkan hanyalah luka-luka lama yang kian sembuh dengan munculnya memori yang indah.


Tidak pernah sekalipun aku berharap agar dia meninggalkan aku...tidak pernah sekalipun aku semai rasa benci aku padanya...tidak pernah sekalipun aku berniat untuk sakitkan hati dia. Langsung tidak pernah. Tetapi apa yang terjadi sekarang ini adalah persoalan yang sering timbul dalam benaknya..soal pilihan..soal hati dan perasaan.Dulu setelah yakin dengan pilihan itu, hatinya teramat gembira...keadaan yang ceria mula mengambil alih kedukan yang melanda.

Sekarang, kekeliruan itu datang lagi. Keliru untuk memilih antara dua. Mana satu yang patut dipilih? Dalam masa yang sama masih mencuba untuk mengambil perhatian seorang yang digelar abang. Teruskan berusaha andai itu yang terbaik. Namun aku masih mencuba untuk mencuri hatimu..walaupun aku tahu kebarangkalian peratusan untuk memiliki hatimu kurang dari 30 peratus...tapi aku masih mencuba. Terus dan terus mencuba.

Persoalannya dapatkah aku merubah kebarangkalian itu? Sedangkan pada masa yang sama dia sedang cuba untuk menarik perhatian seseorang selain aku? Ah sudah..aku pulak yang keliru...tetapi walaupun aku keliru..namun pilihanku tetap satu. KAMU.
ya..KAMU..


Katanya tidak mahu kecewakan aku..ketahuilah aku lebih kecewa jika seandainya dia terluka bila memilih aku semata-mata untuk tidak membiarkan aku kecewa...aku tidak mahu seperti itu...apa yang aku mahukan adalah sebuah jawapan yang boleh membahagiakan dirinya...walaupun aku tersiksa...tp itu sementara sahaja..usah risaukan aku Teman...buatlah pilihan yang tepat dan membahagiakan dirimu kelak..Aku tahu kamu boleh...aku tahu kamu mampu..

Apalah guna kehadiranku dalam dirinya jika perasaan sayang dan kasihnya pada orang lain? Siapa yang harus jawab persoalan itu...aku keliru...aku tidak mahu sebegitu rupa..aku mahukan keikhlasan dalam perhubungan..bukan atas dasar simpati wahai Teman...aku mahukan hubungan yang bahagia berpanjangan..bukan aku mahukan hubungan yang penuh penderitaan bagimu...cukup sekadar melihatmu bahagia dengan sesiapa sahaja membuatkan aku turut gembira...Aku teramat bersyukur kepada Tuhan jika kita berdua bersama dan dalam masa yang sama tidak ada dalam hatimu walau secebis penyesalan atas pilihanmu itu...itu sebenarnya yang aku mahukan...

Aku mahu sebuah hubungan yang di dalamnya penuh kasih sayang dari kedua-duanya...bukan satu pihak sahaja...aku juga turut mahukan kasih sayang darimu...walaupun kasih sayang Tuhan mengatasi segalanya..tapi aku tetap mahukan itu...tetapi aku tidak tahu..adakah kamu sepertiku sekarang...

Akhir kata...buatlah pilihan yang boleh membahagiakan dirimu...dalam kehidupan pasti ada pengorbanan...sesungguhnya aku tidak mahu engkau takut untuk mengecewakan aku seandainya itu yang boleh buatkan engkau bahagia...agar aku tidak lagi tertanya-tanya..aku lega...dan boleh pergi dengan tenang...

**TIDAK PERNAH SEKALIPUN AKU MELUPAKANMU**
KERNA KAU CUKUP INDAH



KEKASIH KERINDUAN DATANG LAGI,
MENGUSIK MENYENTUH HATI KECILKU,
DALAM DINGIN SUBUH HATIKU SAYU,
KERANA TERINGATKANMU.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...