Thursday, April 21, 2011

..::: Pelangi :::..

Menurut apa yang telah dikaji...pelangi akan muncul selepas hujan dek kerana terbiasnye wap-wap air oleh pancaran cahaya matahari..(waa...pandai la ko Naim) Ish..ko diam laa...aku bukan tau pun sebenonye...hehehe...eh Phoenix, ape yang ko tau pasal pelangi ek? (ko tanye aku ke Naim? hahaha...ape yang aku tau la kan..pelangi ni ade 7 warne...hehehe..tu je..) Ha ah..betul2..huhu ade 7 warna...


Naim suke tengok pelangi...pelangi ni merupakan satu fenomena yang unik..kalu kita kaitkan dengan hidup kite. Sebelum pelangi tercipta..pasti ade hujan yang akan jatuh ke bumi...sebelum hujan..pasti ade mendung dan sebelum mendung, pasti ade cuaca yang cerah dek kerana pancaran cahaya matahari yang begitu terang...

sama juga dengan kehidupan kita ni...ade masa kita akan cerah...penuh kegembiraan..kemudian awan mendung mula berarak menandakan ketenangan mula memunculkan diri...adakalanya kita seperti hujan...kita berada dalam kesedihan kerana begitu baanyak dugaan yang sering timbul dalam kehidupan kita...dan setelah kita bersusah payah tempuhi hujan itu...berbekalkan ketabahan dan kesabaran,kita hadapi semua dugaan itu..di akhirnya, akan muncul pelangi yang menandakan kemenangan, kegembiraan dan bercampur aduk dengan pelbagai perasaan...kerana apa? kerana Hikmah dariNya sudah mula menampakkan wajahnya..inilah kurniaan dari Tuhan kepada setiap hambaNya..


Tetapi itu semua bergantung pada pentafsiran akal kita sendiri..bagaimana kita mahu menafsirkan setiap warna yang terdapat pada pelangi itu melambangkan sesuatu perasaan yang sedang kita hadapi...

MERAH, JINGGA, KUNING, HIJAU, BIRU, INDIGO dan UNGU...

semua warna-warna itu melambangkan sesuatu..

Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya...setiap dugaan yang amat perit dan sukar untuk kita lalui pasti akan ada kenikmatan yang amat manis sehingga kita lupa akan keperitan sewaktu kita menghadapinya...hujan pun ada hikmahnya...dalam kehidupan ini penuh dengan kejutan..kadang-kala kita tidak menyangka perkara itu berlaku...apabila kita sedar, ianya sudah pun berlaku...

Macam pelangi...dalam tidak sedar..sedang kita memerhatikannya..tiba-tiba ia hilang dari pandangan mata...tetapi..walaupun sementara...nilai itu yang kita mahu cari..kegembiraan itu yang kita mahu amati...

Cume satu yang perlu kita ingat...pelangi tidak akan muncul jika tiada hujan yang turn membasahi bumi..Hikmah Tuhan tidak akan ada tanpa dugaan yang mendahuluinya terlebih dahulu..begitulah jika kita adaptasikan kejadian alam dengan kehidupan seharian kita...pasti kita akan dapat lihat apa yang terdapat disebaliknya....

Sekian saja...maaf la..mengarut sikit..huhu...



P/S : buat seseorang yang sedang menantikan pelangi muncul di N9..moga hajat anda tercapai ye TEMAN..huhu..moga dapat melihat pelangi..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...