Wednesday, February 20, 2013

Ulama'? Siapa Ulama'?


Apabila kita terdengar perkataan ' Ulama' ', terbayang dalam fikiran kita seorang lelaki yang memakai jubah dan serban sedang duduk membaca kitab yang berkaitan agama. Ya, memang itulah yang akan kita fikirkan. ( Tapi aku tak kata pon yang Ulama' tak boleh pakai baju T-Shirt =,='' ). Itu cuma hasil penafsiran otak yang menterjemahkan perkataan yang kita dengar kepada imej Ulama' itu  dalam kepala kita. Korang faham tak ni? Hahaha...baik, sekarang mari aku bawak korang semua kepada pengenalan apa itu Ulama' yang sebenarnya.



Dari segi perkataan ( literal ), Ulama' berasal daripada kata dasar 'ALIM dan setelah dijama'kan ia akan menjadi ULAMA'. Daripada perkataan ini menerangkan maksud sebenar perkataan Ulama' dari segi bahasa adalah orang yang tahu, berilmu dan berpengetahuan tentang sesuatu perkara. Secara mudahnya macam ni, Ulama' adalah semua orang yang berilmu dan berpengetahuan dan mereka akan dipanggil Ulama'. Maksudnya, kalau orang itu pakar dalam bidang perubatan mereka akan dipanggil Ulama' perubatan. Kalau pakar dalam bidang muzik, mereka akan dipanggil Ulama' Muzik. 

Akan tetapi, itu adalah pada bahasa je. Korang jangan cakap aku sesat pulak sebab cakap macam tu sebab itu adalah pendefinisian secara literal je. (Kang  tak pasal-pasal aku yang kena =,='). Haaa...tapi korang kena ingat, sekarang ni mereka yang pakar dalam sesuatu bidang dah ada gelarannya. Macam aku cakap tadi la, kalau orang tu pakar dalam bidang perubatan akan diberi gelaran DOKTOR. Manakala pakar dalam bidang muzik pulak akan dipanggil PEMUZIK atau KOMPOSER. Nampak tak perubahannya? Nampak kan? So, keliru lagi tak? Tak dah kan?hehe..macam tu laaa

Baik, sekarang ni kita pergi kepada definisi Ulama' yang sebenarnya. Dari segi ISTILAH . Macam yang kita bayangkan bila terdengar perkataan Ulama', itulah yang akan aku definisikan dalam definisi Ulama' dalam Islam.

Dalam Islam, Ulama' merupakan orang yang mempunyai ilmu dalam bidang Syariat iaitu ilmu-ilmu Islam dengan segala cabang-cabang Islam seperti TAFSIR, HADITH, FEQAH, KALAM, BAHASA ARAB termasuk alat-alatnya seperti Ilmu nahu, sorof, balagah, bayan, badi' & lain-lain. Secara ringkasnya, Ulama' perlu mahir dalam ilmu-ilmu seperti ini yang merangkumi ilmu AQIDAH, IBADAH, SYARIAH, MUAMALAH & AKHLAK.

Dah faham kan siapa itu Ulama'? Ilmu perlu dikongsi, untuk manfaat kita bersama. Ulama' adalah pewaris Nabi. sepatutnya Ulama' kedudukannya bersama pemerintah sebagai penasihat. Supaya setiap tindakan yang pemerintah lakukan selari dengan tuntutan agama. Jumpa lagi pada ENTRY yang berkaitan Ulama' pada masa akan datang. CHOW!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...