Phoenix : Naim, aku tertanya-tanya kenapa syarikat Lynas nak bina kilang gas nadir kat Gebeng?
Naim : Sebab kerajaan Australia memang takkan benarkan kilang tu dibina di Australia. Jadi sebab tu diorang bina kat Malaysia ni.
Phoenix : Habis, apa yang rakyat dapat?
Naim : Kita tak dapat apa-apa yang berfeadah pun melainkan penyakit dek kerana gas yang bocor. Ko tunggu jela beberapa tahun lagi selepas kilang tu siap dan mula beroperasi. Ko lihat la sendiri berapa ramai orang Pahang akan menderita dan sengsara akibat risiko kebocoran gas Nadir tu.
Phoenix : Kenapa kerajaan tergamak nak lakukan perkara yang macam tu sedangkan ramai rakyat Pahang turun membantah pembinaa tersebut?
Naim : Tu la, mungkin sebab nak bina satu hubungan politik yang baik dengan negara luar. Rakyat menerima risiko perbuatan mereka. Mereka bukan tak tahu syarat kalau nak bina kilang tersebut.
Phoenix : Ha? Apa syaratnya?
Naim : Antara syarat yang penting ialah kilang ini hendaklah dibina dalam lingkungan 35km kawasan yang sekelilingnya tidak berpenghuni. Tapi ko tengok la, 2km pun dah ada kawasan penempatan penduduk berdekatan dengan kilang tu. Satu lagi ko tengok, pendapatan kilang tu mencecah berbillion ringgit tetapi kenapa kerajaan tidak kenakan cukai?
Phoenix : Kalau macam tu diorang duk bina kilang tu xpayah bayar cukai laa...sedapnye hidup kalau macam tu. Kita pun setiap bulan kena bayar cukai tanah la, cukai pintu laa, diorang? free nampak.
Naim : Tu laa phoenix, aku risaukan orang Pahang. Aku pun anak Pahang, aku dilahirkan di sana. Kenapa perlu untuk korbankan rakyat sendiri untuk kepentingan teknologi. Dah nampak sangat ke rakyat ni tak penting untuk kerajaan? Sampai sanggup nak lakukan tindakan yang merosakkan hidup rakyat.