Showing posts with label Zzzum Entertainment. Show all posts
Showing posts with label Zzzum Entertainment. Show all posts

Friday, February 10, 2012

Vacation with DAYANA AMERDA JUARA IDOLA KECIL 2 ( kali kdua )


Assalamualaikum kawan-kawanku para kembaca sekalian..
Eh..eh..ada Dayana Idola Kecil 2 la kat dalam entry kali ini. Haa..Januari 2012 yang lepas, D'Amerda. Production dengan kerjasama ZZZUM Entertainment dan Razman Production telah mengadakan satu percutian 3 hari 2 malam yang bertempat di Kempville, Kuantan Pahang.

Gambar kat bawah ini adalah sebahagian daripada perjalanan program yang telah diadakan.




 bersama Krew



Dan memandangkan percutian pertama berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peserta2 percutian tempoh hari, setelah berbincang, pihak kami D'Amerda. Production dgn usahasama Zzum Entertainment dan Razman production akan menganjurkan satu lagi percutian bersama Dayana pada 15,16 dan 17 mac ( cuti sekolah bulan 3 ), kali ni  bertempat di Duta Village beach resort Cherating..3 hari 2 malam..bayaran setiap seorang RM 270.00.. Makan minum selama 3 hari termasuk Malam Dinner launching Tudung jenama Dayana Amerda dan pengangkutan..

Sesiapa yg berminat boleh lah mengetahui dengan lebih lanjut di Facebook 

  
Bayaran selewat lewat pertengahan bulan 2 nanti..Banyak aktiviti2 lg menarik di susun, tempat yg cantik dan makanan yg pastinya sedapp..yg penting boleh bermesra dengan Amerda's family..Apa lgi cepat sebelum penuh..tempat terhad.

Sahkan kehadiran anda dngan membuat pembayaran pada AC Maybank pihak pengurusan D'Amerda.Production atas nama Puan Che rohaida che Daud..simpan resit..Mana2 yg dah bank in tidak boleh meminta wang di pulangkan 2 minggu sebelum tarikh vacation berlansung...Pihak penganjur akan melanjutkan pembayarannya selewat lewat hujung bulan Feb...Sapa cepat dia dapat..SO jom..

KEPADA YANG BERMINAT UNTUK DATANG KE MALAM DINNER (Tidak Termasuk Percutian)

Sapa yg nak join Makan Malam bersama Dayana bertempat di Duta Village beach resort cherating pahang pada 16 mac ini..Bayaran rm 70 seorang di kenakan..Pada fans2 yg berada di sekitar Kuantan dan sewaktu dengannya bolehla datang pada malam ini untuk memeriahkan majlis.

Ini hanya untuk makan malam sahaja..Tema pada malam tersebut adalah Masquarade Party..banyak hadiah2 yg bakal di menangi iaitu Pakaian tercantik lelaki/perempuan kategori dewasa dan remaja+kanak2..Cabutan bertuah dan Hadiah Misteri..Hanya yg btul2 berminat sahaja...Cepat tempat terhad..

Sapa yg Join Vacation n Malam dinner nanti..Jgn lupe theme malam itu adalah Masquarade Party..Get your costume n Mask..Ade hadiah pakaian terbaik nanti..Kali ni kita buat 4 kategori, ( kanak2/teenager ) n dewasa lelaki dan perempuan..Pergh...Peserta juga akn bergambar di back drop yg ade gambar Dayana, dan boleh beli gambar tersebut dari photographer buat kenangan..Bila lg kan..So put on your fancy dress n join in the club....ngeee

Kepada yg ingin join Makan Malam sahaja boleh la membayar sebanyak RM 70 sahaja..tempah lah meja anda sekarang..Meja terhad..

Sebarang pertanyaan boleh sms ke no 0196531464..SMS sahaja...


Wednesday, January 25, 2012

Untuk Pemancing Tegar (Kawasan Pekan Pahang & Berdekatan)

Assalamualaikum kawan-kawanku Blogger sekalian...

Ini ada satu pengumuman yang nak Naim buat, khususnya untuk mereka yang tinggal di kawasan Pekan & Kuantan Pahang serta area yang berdekatan. Kepada sesiapa yang gemar memancing atau ayah dia, atau sedara-mara dia atau kawan-kawan dia yang suka sangat memancing, jom sertai :

PERTANDINGAN MEMANCING 1MALAYSIA 1 JORAN 1 JUARA PEKAN 2012


Tarikh : 5 Febuari 2012 (Ahad)
Masa : 8.00 Pagi - 3.00 Ptg
Tempat : Pekan River Front, Pekan Pahang.

Moh warga PEKAN...memancing sambil MENDERMA & Pelbagai Aktiviti MENARIK !!!

Pendaftaran : RM 50.00 (Satu Joran)
Anjuran : ZR JORAN MANAGEMENT, RAZMAN PRODUCTION & ZZZUM ENT.

Aktiviti :
-Pertandingan memancing
-Persembahan Pentas & Artis Jemputan
-Penampilan KHAS JUARA IDOLA KECIL 2 (DAYANA)

Dapatkan borang Pertandingan & Menyewa Tapak Jualan hubungi :
EN RAZMAN - 017-9141046
ZACK ZINIE - 012 -9496406
EN ZABIDI - 019-9002072

Haaa...apa lagi, jom pakat ramai-ramai kita daftar masuk pertandingan ini!!
 

Wednesday, July 20, 2011

My Song "Kekasih". Kasi dengar sikit

Assalamualaikum...


Fuhh...setelah sekian lama Naim cuba untuk siapkan lagu ni...akhirnya... siap!!
huhuh...terimalah untuk korang..KEKASIH..
Lagu ni irama dia ala-ala tradisional sikit...memang skang ni dah susah nak dengar lagu yang berirama camni...jadi harap korang puas hati k...hehehe




yang ni versi minus one..saje wat mendayu-dayu

Haa..yang ni pulak adalah KEKASIH versi 'LIVE'..hehe...lain kan?sebab lagu ni dimainkan dengan percussion (aku la tu) masa majlis perkahwinan. Jadi kena bawa lagu yang rancak sikit la. Hehe..


live punyee...hehe


Kalau ade apa-apa komen, korang leh la komen kat sini ye. Naim pon baru lagi dalam wat-wat lagu ni. Maklumlah, Naim takde basic semua tu. Main alat musik pun xpandai sangt sebab tak belajar (tidak ada yang mengajar). Hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...