Showing posts with label Lagu ciptaan bersama. Show all posts
Showing posts with label Lagu ciptaan bersama. Show all posts

Sunday, July 15, 2012

Aku Rindu Dia Covered by Naim Amin


Kali ni aku letak suara...hehe...suara siapa? Of course la suara aku...hoho. Ape? Ok, fine..suara aku memang xsedap pon..hehe..ape pun..Enjoy ngan lagu aku buat ni


Hehe..kalau korang nak dengar muzik je..klik SINI

ENJOYY!!

Wednesday, July 4, 2012

Lagu baru Dah Siap!! (Aku Rindu Dia)


Assalamualaikum kawan-kawan semua. 

Hahaha...fuhh, akhirnya setelah berhempas pulas memikirkan idea. Siap jugak lagu ni. Takde sore aku sebab aku sedar sore aku ni bukan macam EN. MIMPI...hahaha.

Cuma melodi dan lagu je. Tengok la nanti kalau aku dah ade penyanyi, aku masukkan suara okeyh!! Terimalah daripada Naim....

AKU RINDU DIA


Memandangkan aku ni amateur dalam bidang ni...jadi segala komen korang amatlah aku hargai...


Monday, July 2, 2012

Aku Rindu Dia


Assalamualaikum semua, orang kata ilham akan datang bila kita ade inspirasi. Dengan erti kata yang lain kalaulah kita ada sesuatu yang boleh memberikan kita inspirasi untuk membuatkan ilham itu datang dengan mudah, dengan izin Tuhan Ilham akan datang. 


"KU RINDU DIA"


saat kerinduan mula menyapa,
angin malam membawakan khabarnya,
apakah gerangan engkau disana, 

dan hatiku kini tertanya-tanya, 
adakah kau sedang bergembira, 
kerana.....kau tiada di depan mata

dan rindu mula berbicara, 
menyusun kata-kata indah tuk kita berdua..
oh oh.

dan tercipta lagu untukmu, 
yang bertemakan rindu, 
di hatiku sering terbayang kamu,

oh angin bawakan rinduku, 
mendekati dirinya,
kerana ku mahu dia tahu,
kurindu dia....

Kalau ada korang nak komen ke silalah ye, hehehe. Sebab komen yang membina akan meningkatkan produktiviti. Hohoho....dadaaa


Wednesday, August 31, 2011

Lagu Hari Raya Untuk Anda!!

Assalamualaikum korang sume...huh....akhirnye siap jugak lagu raya ni...agak lame la jugak nak siapkan lagu ni...sehari suntuk..terimalah ye...Salam Aidilfitri dari Naim dan Keluarga..lagu baru dari Naim....



Harap korang enjoy k..!!


Friday, July 15, 2011

Ape pendapat korang tentang lagu baru ni?

Assalamualaikum...


Naim nak tanye pendapat korang la tengtang lagu baru yang Naim wat ni...just music je...ala-ala irama Malaysia...


Ok x? korang dengar ye...x siap lagi sebenarnye...hehe..ENJOOYY



Wednesday, July 13, 2011

Selamat Hari Lahir ( lagu cipta sendiri )

(Lagu ni Naim buat untuk someone..hehehe...lagunye dah ade...penyanyi plak xde..hahaha..nanti Naim upload lagu plak k)

di sini bermula segala cerita...
kelahiran membawa sinar bahagia..
suara tangisanmu memecah kesepian..
suasana keluarga diterangi cahaya..

sayu kedengaran azan dilaungkan..
ditelingamu semerdu buluh perindu..
menandakan kelahiran insan yang baru..
moga dirimu drahmati Tuhan...

selamat hari lahir..
aku ucapkan kepada dirimu..
semoga panjang umur dimurahkan rezeki..
aku di sini mendoakan kesejahteraanmu...

hari ini hari yg indah..
hari lahirmu mencipta berjuta kenangan..
iringan doa kukirim bersama 
agar dirimu dilindungi..Tuhan yg Esa..

selamat hari lahir..buat dirimu

Wednesday, April 6, 2011

..:: Antara kau dan aku ::..

Di bawah sinar harapan
kita betemu bersua muka
saat itu kita sedarr
kite bersatu menggapai impian..

satu persatu kita tempuh
mehnah ujian dan ragam manusia
walau terkadang aku mengaduh
kau bersamaku

susah senangh kita bersama
segala rintangan kita harunginya
kerana sentiasa di sisi

kini kita hampir kesitu
semakin hampir ke mercu impian
yang kita impikan..yang kita harapkan
pertemuan yang tak diduga
memberi seribu makna
dan dijadikan sebagai kenangan...
antara KAU DAN AKU
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...