Monday, December 31, 2012

Art This Week #11




Anak Sulung Tahun 2013


Assalamualaikum...

Hehe...memandangkan sekarang adalah 1 JANUARI 2013. Aku tengok kat blog, kat FB, kat TV dan kat Twitter ramai yang mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU. So, aku rase aku pon tak nak melepaskan peluang ni..ehehe.


SELAMAT TAHUN BARU KORANG!!!

Jadi memandangkan dah masuk tahun baru ni. Entry ni merupakan entry yang pertama untuk tahun 2013. BANGGA  beb! haha...so aku panggil entry ni 'Anak Sulung'
yang merujuk kepada entry sulung aku tahun 2013 ni.

Satu perkara yang korang kena ingat bile tulis tarikh nant jangn keliru pulak nak letak tahun 2013. Hehehe...biase kalau dah terbiase dengan tahun 2012 ni walaupun 2013, masih tulis 2012 lagi. Hahaha...macam-macam laa.

Ape pon aku harapkan korang tetapkan azam yang baru (azam yang lame pon tak tertunai lagi nak azam baru dah..haha). Pasang niat yang baru menjelang 2013 ni. Jadi someone yang lagi better daripada dulu, dan paling penting positifkan tindakan kita.

Aku sayang korang sume!!

Daa

Friday, December 28, 2012

Personaliti Mengikut Bulan Lahir


CIRI2 MENGIKUT BULAN KELAHIRAN (KAJIAN DR FAZILAH KAMSAH)

JANUARI
* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI
* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC
* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL
* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI
* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros

JUN
* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI
* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

OGOS
* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan

SEPTEMBER
* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik

OKTOBER
* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat

NOVEMBER
* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Saturday, December 22, 2012

Resepi Durian Crepe (Paling Simple)



Assalamualaikum,

Sebut je DURIAN CREPE, mesti semua orang tau kan ape mende tu?hehe...Durian Crepe ni dah jadi fenomena dah sekarang ni. Dengan isinya Krim + Durian, ditambah pulak dengan kulit crepenye yang lembut. Fuhhhh...memang cair dalam mulut woooo. Tapi, cara nak buatnye camne?

Haaa...kat sini Naim nak tunjukkan cara yang PALING SIMPLE untuk buat mende alah ni..hehe. Hope korang semua tryla yek. (Sebab aku pon tak cube lagi senanye resepi ni..huhu)

Baik! Langkah pertama sediakan bahan-bahannya.

Bahan-bahan ( untuk 30 bantal 'bijik' )

1) 250grm tepung gandum
2) 2 biji telur
3) 500ml santan
4) 1/2 sudu teh garam
5) Esen vanilla
5) Pewarna (ikut suka nak warna apa. Tapi biasanya hijau atau kuning)
Filling**
1) 1 cawan Non Dairy Whipping Creme yang sudah dipukul kental (Atau krim yang lain)
2) Isi Durian yg telah dilenyek.

Memandangkan resepi ni simple jek (laki suke la simple2 macam ni) caranya follow kat bawah.

Cara-cara

Campur semua bahan kemudian blender dan tapis.

1) Campurkan tepung gandum dengan sedikit garam @ gula (sikit jee...kalau suke  manis campur gula & sebaliknya)
2) Tuang santan dalam adunan tersebut (kalau ada susu cair lagi better)
3) Kacau adunan tersebut 
(bukan kacau anak dara orang..haha)
3) Masukkan telur yang telah dikacau terlebih dahulu dalam mangkuk yang berlainan
4) Kacau adunan dengan telur tersebut (jangankacau sampai kembang..ala-ala sebati mcm tu je)
5) Masuk esen vanilla pastu masuk air sikit.
6) Masukkan pewarna kegemaran korang


Biar sebati..then korang boleh tapis adunan tersebut untuk hasil crepe yang memuaskan.



Panaskan non-stik pan dengan api yang kecil (Kuali pon boleeee..).

Tuang 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe. (tak perlu terbalikkan dan biarkan permukaan atas kering. Angkat dan biarkan sejuk.



Bentangkan sekeping crepe dan letakkan whipping cream ditengah-tengah,lapis dengan isi durian, tutup semula dengan whipping cream. Akhir sekali lipat dan simpan didalam peti sejuk.

Lapisan pertama
Cream di bawah isi durian di atas


Seterusnya
( Letak cream kat atas isi durian tu )


Step last...korang lipat sesuke hati pastu boleh masukkan dalam peti sejuk untuk sejukkan..haha..simple kan? Korang boleh buat punye LoL

Daaaa..


Thursday, December 6, 2012

Dakwah Perlukan Ilmu Lain


Assalamualaikum,

Teringat sebuah kisah yang pernah aku post dulu dalam blog ni. Sebuah kisah tentang seorang perempuan yang serba lengkap bertudung dan menutup aurat menegur seorang perempuan yang lain berpakaian seksi dengan cara yang amat tidak disukai oleh perempuan yang ingin ditegur tu. (Aku tak jumpe entry tu (T,T) wuwuww).

Secara kesimpulannya aku dapat simpulkan di sini bahawa dalam usaha untuk berdakwah, perlu aqda metod atau kaedah yang tertentu untuk mengenali golongan sasaran. Oleh sebab itu, ingin aku katakan pada kalian semua bahawa. 

"Sekadar belajar dakwah tidak cukup untuk berdakwah".

Dah, aku tau korang nak cakap ape...'ape yang budak ni cakap?' 'gile ke ape cakap macam tu..takkan la belajar dakwah tu tak cukup lagi'...
Kawan, nak aku cakapkan kat sini, kita mahu apa yang kita sampaikan itu memberi kesan kepada golongan sasaran kan? So, tak salah kita belajar ilmu sampingan yang lain untuk memantapkan proses kita untuk berdakwah.

So kalau kita kena belajar ilmu sampingan, apa ilmu tu?

Kawan, kita sudah sedia maklum bahawa personaliti setiap manusia itu amatlah berbeza dengan yang lain. Macam orang kata la "Rambut sama hitam tapi hati lain-lain". Jadi, ilmu yang kita boleh belajar adalah ilmu dalam bidang PSIKOLOGI, ini adalah kerana psikologi merupakan satu ilmu untuk kita mengenali personaliti seseorang. Bila kita kenal seseorang itu dengan lebih dekat melalui pendekatan psikologi yang sesuai, maka amat mudahlah untuk kita menyampaikan dakwah kepada mereka.

Selain itu, belajar ilmu berkaitan dengan komuniukasi juga amat penting dalam usaha untuk berdakwah. Seorang pendakwah perlu ada daya tarikan dari aspek komunikasinya. Ini adalah kerana jika pendakwah itu pandai bermain dengan komunikasi, maka ianya akan menarik minat golongan sasaran untuk terus memberi perhatian kepadanya.

Dalam dunia ini ada banyak lagi ilmu yang boleh kita pelajari, apa yang aku katakan tadi adalah sebahagian kecil daripadanya.

Ilmu kalau digali, semakin cetek...semakin cetek maka semakin banyaklah perkara yang kita akan temui.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...