Assalamualaikum,
Teringat sebuah kisah yang pernah aku post dulu dalam blog ni. Sebuah kisah tentang seorang perempuan yang serba lengkap bertudung dan menutup aurat menegur seorang perempuan yang lain berpakaian seksi dengan cara yang amat tidak disukai oleh perempuan yang ingin ditegur tu. (Aku tak jumpe entry tu (T,T) wuwuww).
Secara kesimpulannya aku dapat simpulkan di sini bahawa dalam usaha untuk berdakwah, perlu aqda metod atau kaedah yang tertentu untuk mengenali golongan sasaran. Oleh sebab itu, ingin aku katakan pada kalian semua bahawa.
"Sekadar belajar dakwah tidak cukup untuk berdakwah".
Dah, aku tau korang nak cakap ape...'ape yang budak ni cakap?' 'gile ke ape cakap macam tu..takkan la belajar dakwah tu tak cukup lagi'...
Kawan, nak aku cakapkan kat sini, kita mahu apa yang kita sampaikan itu memberi kesan kepada golongan sasaran kan? So, tak salah kita belajar ilmu sampingan yang lain untuk memantapkan proses kita untuk berdakwah.
So kalau kita kena belajar ilmu sampingan, apa ilmu tu?
Kawan, kita sudah sedia maklum bahawa personaliti setiap manusia itu amatlah berbeza dengan yang lain. Macam orang kata la "Rambut sama hitam tapi hati lain-lain". Jadi, ilmu yang kita boleh belajar adalah ilmu dalam bidang PSIKOLOGI, ini adalah kerana psikologi merupakan satu ilmu untuk kita mengenali personaliti seseorang. Bila kita kenal seseorang itu dengan lebih dekat melalui pendekatan psikologi yang sesuai, maka amat mudahlah untuk kita menyampaikan dakwah kepada mereka.
Selain itu, belajar ilmu berkaitan dengan komuniukasi juga amat penting dalam usaha untuk berdakwah. Seorang pendakwah perlu ada daya tarikan dari aspek komunikasinya. Ini adalah kerana jika pendakwah itu pandai bermain dengan komunikasi, maka ianya akan menarik minat golongan sasaran untuk terus memberi perhatian kepadanya.
Dalam dunia ini ada banyak lagi ilmu yang boleh kita pelajari, apa yang aku katakan tadi adalah sebahagian kecil daripadanya.
Ilmu kalau digali, semakin cetek...semakin cetek maka semakin banyaklah perkara yang kita akan temui.
ReplyDeletekunjungan gan,bagi - bagi motivasi
semoga bisa jadi semangat
Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :)