Sunday, January 1, 2012

Mythbusters (Sains VS Mitos)


Assalamualaikum,

Korang pernah tak dengar tentang sebuah rancangan daripada Discovery Channel kat Astro yang diberi nama MYTHBUSTERS? Naim suka sangat tengok rancangan ni sebab diorang mengkaji mitos dan tentukan sama ada mitos tu betul ataupun salah. Bila sebut pasal mitos, kita mesti fikir 

"Eh, betul ke boleh jadi macam tu? Macam tak percaya je."



Haa..kat sinilah kita semua akan temui jawapannya. Tapi siapa yang akan mengkaji semua ni? Mestilah saintis. Antaranya adalah Adam Savage, Jamy Hyneman, Kari Byron, Grant Imahara dan Tory Belleci. Mereka akan terima pelbagai email dari para peminat untuk mengkaji Mitos yang diceritakan oleh para penonton. Salah satunya adalah tentang LIPAS. OMG!! Lipas?! Eeeww..geli la sebut-sebut pasal lipas ni. Hahaha.

Mitosnya : LIPAS TIDAK LEMAS WALAUPUN DIRENDAM DALAM AIR LAMA-LAMA

Perkara ini akan dikaji oleh mereka menggunakan teori sains dan penerangan di akhir eksperimen. Korang tengok video kat bawah ni ye. Betul atau tidak mitos tersebut.



Haa...macam mana? setelah kajian dilakukan. Mereka akan buat kesimpulan dan keputusannya ada 3 : 

1) COMFIRMED (disahkan)
2) BUSTED (tidak benar)
3) PLAUSIBLE (munasabah)

Sama ada mitos itu benar atau tidak, SAINS akan buktikannya. Sekadar perkongsian untuk semua!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...