Friday, April 22, 2011

Maka, ia bermula...


Assalamualaikum kawan-kawan semua...

Apabila kalian mula membaca post ini bertarikh 23 April 2011 pukul 11.30 pagi, maka selepas ini tidak kurang dari 13 jam...kita semua akan menghadapi satu hari yang agak tertekan..agak memeningkan kepala dan agak membingungkan..kerana apa...kerana PERANG AKAN BERMULA kawan-kawan sekalian!!

"THE WAR IS BEGIN" 

Pada keesokan harinya, kita akan menghadapi satu penilaian yang terakhir buat semester ini...sebuah peperiksaan sekan-akan PMR, SPM dan STPM mahupun STAM..ya, memang tidak dinafikan kita semua telah berjaya melepasi halangan itu seketika dahulu...tetapi yang ini lebih besar kawan! dan lebih menakutkan!

Bukan untuk menakutkan...bukan juga untuk buat kalian risau...cuma ingin bertanya..sejauh manakah persediaan kalian untuk menghadapi peperangan ini?..adakah pada anda sudah tersedia senapang, pedang, pisau, bom atau pistol? Atau...mungkinkah kalian berbekalkan hanya secebis kain putih yang sudah lusuh, menandakan yang kalian masih tidak bersedia? menunggu masa untuk diangkat menandakan kekalahan kalian...tu persoalan buat kalian...

Hey korang semua!! mahu ke kita tengok orang ketawa melihat kejatuhan diri kita ni? mahu ke? jangan kata tidak mahu jika hanya keluar dari mulut sahaja tetapi hati kita, tindakan kita menidakkannya...

Hey kawan!! bangunlah dari lena..bangkitlah dari medan peperanganmu yang lembut dan empuk itu..usah kalian bermimpi lagi, masa sudah tidak banyak ni kalian semua...beralih la ke medan peperangan yang sebenarnya...berkawanlah dengan ilmu...ajak mereka bersama berperang dengan kita!! ajak mereka bersama terus kekal dalam hati kita...kerana mereka itu CAHAYA kawan!! Apa yang mahu terangi kegelapan kalau tidak cahaya...

Baiklah kalian semua, sekarang terserah kepada kelian untuk menilainya sendiri...ini penentu kita..ini mungkin penilaian terakhir buat kita sebelum kita beralih ke cabaran yang lain...buatlah yang terbaik!! Hamba di sini doakan kalian..sama-sama kita berusaha untuk menang dalam pertempuran ini...bawalah askar ilmu yang secukupnya atau lebih dari jangkaan musuh...

Sekian...ALL THE BEST!!!

KHAS UNTUK MAHASISWA MAHASISWI UniSZA

Thursday, April 21, 2011

..::: Pelangi :::..

Menurut apa yang telah dikaji...pelangi akan muncul selepas hujan dek kerana terbiasnye wap-wap air oleh pancaran cahaya matahari..(waa...pandai la ko Naim) Ish..ko diam laa...aku bukan tau pun sebenonye...hehehe...eh Phoenix, ape yang ko tau pasal pelangi ek? (ko tanye aku ke Naim? hahaha...ape yang aku tau la kan..pelangi ni ade 7 warne...hehehe..tu je..) Ha ah..betul2..huhu ade 7 warna...


Naim suke tengok pelangi...pelangi ni merupakan satu fenomena yang unik..kalu kita kaitkan dengan hidup kite. Sebelum pelangi tercipta..pasti ade hujan yang akan jatuh ke bumi...sebelum hujan..pasti ade mendung dan sebelum mendung, pasti ade cuaca yang cerah dek kerana pancaran cahaya matahari yang begitu terang...

sama juga dengan kehidupan kita ni...ade masa kita akan cerah...penuh kegembiraan..kemudian awan mendung mula berarak menandakan ketenangan mula memunculkan diri...adakalanya kita seperti hujan...kita berada dalam kesedihan kerana begitu baanyak dugaan yang sering timbul dalam kehidupan kita...dan setelah kita bersusah payah tempuhi hujan itu...berbekalkan ketabahan dan kesabaran,kita hadapi semua dugaan itu..di akhirnya, akan muncul pelangi yang menandakan kemenangan, kegembiraan dan bercampur aduk dengan pelbagai perasaan...kerana apa? kerana Hikmah dariNya sudah mula menampakkan wajahnya..inilah kurniaan dari Tuhan kepada setiap hambaNya..


Tetapi itu semua bergantung pada pentafsiran akal kita sendiri..bagaimana kita mahu menafsirkan setiap warna yang terdapat pada pelangi itu melambangkan sesuatu perasaan yang sedang kita hadapi...

MERAH, JINGGA, KUNING, HIJAU, BIRU, INDIGO dan UNGU...

semua warna-warna itu melambangkan sesuatu..

Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya...setiap dugaan yang amat perit dan sukar untuk kita lalui pasti akan ada kenikmatan yang amat manis sehingga kita lupa akan keperitan sewaktu kita menghadapinya...hujan pun ada hikmahnya...dalam kehidupan ini penuh dengan kejutan..kadang-kala kita tidak menyangka perkara itu berlaku...apabila kita sedar, ianya sudah pun berlaku...

Macam pelangi...dalam tidak sedar..sedang kita memerhatikannya..tiba-tiba ia hilang dari pandangan mata...tetapi..walaupun sementara...nilai itu yang kita mahu cari..kegembiraan itu yang kita mahu amati...

Cume satu yang perlu kita ingat...pelangi tidak akan muncul jika tiada hujan yang turn membasahi bumi..Hikmah Tuhan tidak akan ada tanpa dugaan yang mendahuluinya terlebih dahulu..begitulah jika kita adaptasikan kejadian alam dengan kehidupan seharian kita...pasti kita akan dapat lihat apa yang terdapat disebaliknya....

Sekian saja...maaf la..mengarut sikit..huhu...



P/S : buat seseorang yang sedang menantikan pelangi muncul di N9..moga hajat anda tercapai ye TEMAN..huhu..moga dapat melihat pelangi..

Wednesday, April 20, 2011

"People Will Forget What U Said
People Will Forget What U Did
But People Will Never Forget How U Made Them Feel "

Tuesday, April 19, 2011

Bukan Sekadar Gambar

Assalamualaikum semua...huhu
haaa...Hari ni nak cite ckit laaa pasal gamboo..huhuhu..gamboo ape?semua gambo laa. Pada pendapat Naim la kan..gambar ni merupakan satu medium yang penting untuk mencerminkan emosi seseorang..kalau dalam mood sedih dan terluka..pasti kita akan pilih gambar yang seakan-akan sayu je bile tengok..Ros yang layu ke..Badut yang sedang menangis ke...tu la die kuasa gambar..kadang-kala kita jarang untuk sedar akan semua ni. Kita hanya tengok gambar tu cume sekadar gambar sahaja..

Hmmm...gambar jugak boleh menaikkan motivasi orang tau..(betol ke ko ni Naim?)
eh eh..bila mase ko muncul ni Phoenix?dah la xbagi salam..ish3..(hahaha..okok assalamualaikum Naim..hee) haa..wa'alaikumussalam..camni laaa baru betol..huhuhu..ok, baiklah kite sambung semula...kat bawah ni nanti korang nilai sendiri gambar yang mencerminkan ape...haaa....sebab tu la adenye jurugambar..mcm kat bawah ni haa...



ni kawan Naim punye kawan..seorang yang pandai dalam bidang fotografi nii..pandai kan..?dari gambar biasa jadi camni..huuu..(alah ko ni Naim...dah memang die ambik kos ni kat universiti...memang la pandai...kalau ko ambik kos ni pun mesti ko pun da pandai cam die laaa...) masalahnyee,,aku ni Sains Sosial la Phoenix..tp pandai laaa jugak ckit2..huhu...

ok ok...Kat bawah ni ade contoh gambar tau..mcm2 yang kite boleh gambarkan..ade yang sedih..ade yang gembira..tapi tu semua berdasarkan pada pandangan mata dan penilaian hati kita sendiri..

hmm...bunga ros yang layu...ape la maksudnye..


sedih kan?

hahahaha..gelak plak orang tue ni

???????????

Ade jugak dalam kalangan kita yang tidak pandai untuk berkata-kata...macam Naim..Naim memang xpandai nak bercakap sesuatu yang manis, nk bagi semangat kat orang pun Naim xpandai...tp Naim suka mencari gambar untuk pemerkan ape yang Naim nak sampaikan...mcm gambar yang disertakan dengan kata-kata motivasi...Naim pandai menulis jek..tp lau nak sampaikan dengan kata-kata..Naim belum mampu..tapi Naim akan terus mencuba..

Tengok gambar ni...gambar yang bercirikan motivasi..yang menguatkan lagi adalah apabila ditambahkan tulisan bersamanya..


If you want something you never had, do something you have never done…

Macam tu laa...kuasa sekeping gambar..bukan untuk diagung-agungkan..tapi buat perangsang motivasi diri..hidup tanpa gambaran yang jelas memang susah untuk mencari jalan keluar dalam kehidupan...kerana jalan itu akan terus berselirat dan mengelirukan..tu semua bergamtung pada kita untuk mentafsirkan semua itu...Hope korang enjoy ye...

GAMBAR BUKAN SEKADAR GAMBAR...

P/S : NAIM SEBENARNYE XPANDAI BERGAMBAR..HUHU

Sunday, April 17, 2011

Kasih dan sayang


Dalam hidup ada kasih dan sayang...ada perasaan cinta dan saling mencintai...bukan hanya manusia yang kenal erti kasih dan sayang serta cinta..bahkan makhluk yang lain juga turut merasakan perkara yang sama....Begitu hebat kuasa kasih dan sayang yang dianugerahkan oleh Tuhan kepada makhlukNya...



































Jika haiwan yang tidak mempunyai akal pun boleh menghargai antara satu sama lain...apatah lagi kita manusia yang berakal yang mampu membezakan benci dan Cinta...

Saturday, April 16, 2011

S T R O K E

Assalamualaikum...
haaa...pagi ni Naim ade sedikit perkongsian buat korang semua untuk kegunaan pada masa hadapan (mungkin) orang kate...ilmu ni kalau dikongsi bersama..manfaatnya lagi nampak dek kerana pengamalan terhadap ilmu yang kite pelajari ni...kan?kan?

Hari ni Naim dapat email daripada ude (Hazuwi Latif) merangkap adik ibu Naim..huhuhu...selaku bapak saudara Naim...dalam email die ade bercerita mengenai sejenis penyakit ni..orang panggil STROKE..haaa..korang sume mesti tau kan?
tapi sory laa...dalam bahasa inggeris..hehehe...malas plak nak translate...
Selamat membacaaaaaaaaaa!!

Ingat tiga huruf ini...S T dan R


STROKE IDENTIFICATION: 


My friend sent this to me and encouraged me to post it and spread the word, I agreed. 
If everyone can remember something this simple, we could save some folks. Seriously. Please read: 


During a BBQ, a friend stumbled and took a little fall - she assured everyone that she was fine 
(they offered to call paramedics) and just tripped over a brick because of her new shoes. 
They got her cleaned up and got her a new plate of food - while she appeared a bit shaken up, 
Ingrid went about enjoying herself the rest of the afternoon. 
Ingrid's husband called later saying that his wife had been taken to the hospital and passed away. 
She had suffered a stroke at the BBQ. Had they known how to identify the signs of a stroke, 
perhaps Ingrid would be with us today. Some stroke victims don't die, they end up in a helpless, hopeless condition instead. 


It only takes a minute to read this... 


A neurologist says that if he can get to a stroke victim within three hours he can totally reverse the effects of a stroke . . .
 Totally. He said the trick was having a stroke recognized, diagnosed and then getting the patient medically cared for within three hours, which is tough. 


RECOGNIZING A STROKE 


Thank God for the sense to remember the "3" steps. 


Read and Learn! 


Sometimes symptoms of a stroke are difficult to identify. Unfortunately, the lack of awareness spells disaster. 
The stroke victim may suffer severe brain damage when people nearby fail to recognize the symptoms of a stroke. 


Now doctors say a bystander can recognize a stroke by asking three simple questions: 


S *Ask the individual to SMILE . 


T *Ask the person to TALK,


To SPEAK A SIMPLE SENTENCE. (Coherently) (I.e. . . It is sunny out today) 


R *Ask him or her to RAISE BOTH ARMS. 


NOTE: Another 'sign' of a stroke is this: Ask the person to 'stick' out their tongue. If the tongue is 'crooked', 
if it goes to one side or the other, that is also an indication of a stroke. 


A cardiologist says if everyone who gets this e-mail sends it to ten people, you can bet at least one life will be saved. 



Senang je kan? jadii...selamat beramal...

Wednesday, April 13, 2011

Istikharah Cinta

Seperti hidup, cinta juga merupakan satu perjalanan yang panjang. Dan dalam setiap perjalanan pasti akan tiba suatu ketika, apabila cinta terhenti dipersimpangan dan pada ketika inilah pasangan yang bercinta itu harus membuat keputusan yang benar-benar mencerminkan kesucian cinta mereka. Keputusan untuk mengorbankan cinta demi kesempurnaan masa depan pencinta itu sendiri.

Ataupun pencinta itu memutuskan untuk terus hidup dalam ketidaksempurnaan dan mengharapakan keajaiban yang akan berlaku setelah sekian lama berusaha dan menunggu...

Seperti yang lainnya, aku belajar, bermain dan bersuka-suka untuk membawa diri jauh dari kesedihan yang melanda. Terkadang aku menilai sendiri sejauh mana tahap kestabilan emosiku..walaupun kadang-kala kestabilan itu sering tergugat dek kerana arus perubahan keadaan semasa, namun aku terus dan terus mencuba untuk membawa emosiku ini jauh dari api kemarahan yang membara dan jauh dari kejahilan berbicara..

Walaupun aku seperti yang lain..namun ada sesuatu yang berbeza. Perasaan cinta itu sendiri. Entahlah, kadang-kala aku keliru..kenapa aku masih tidak serik untuk bercinta sedangkan aku sering ditinggalkan? Kenapa aku masih ingin menyayangi sedangkan aku sedar bahawa aku tidak lagi disayangi? Kenapa aku sanggup mengambil risiko untuk terus mencintai dan terus menyayangi? Aku keliru dengan semua persoalan itu..persoalan yang sering bermain-main dalam benakku.

Akhirnya aku sedar...untuk selesaikan segala kekeliruan yang melanda ini. aku perlu bertindak. Bertindak untuk terus mencintai ataupun berhenti dari mimpi yang tak sudah ini. Memang tidak aku nafikan cinta ini adalah anugerah dari Tuhan..memang susah untuk kita menjauhkan diri dari cinta itu sendiri. Tetapi persoalannya bagaimana? 

Akhirnya aku temui jalannya...aku harus kembali kepada Dia yang telah menganugerahkan cinta itu sendiri kepada hambaNya...sesungguhnya Dia telah tetapkan setiap kesulitan itu pasti ada jalan penyelesaiannya..

..::: ISTIKHARAH CINTA :::..

Ya..itulah jalan yang terbaik...moga-moga ditunjukkan jalan yang sepatutnya aku lalui, disusuli dengan usaha aku yang terus-menerus berusaha untuk disayangi..semoga membuahkan hasil..aku langsung tidak meminta balasan dari setiap apa yang aku lakukan...cukup sekadar dia tahu yang aku amat menyayanginya...
itu sudah cukup berbaloi...

Masing-masing ada pilihan sendiri..kekeliruan dalam membuat pilihan memang sering terjadi..jadi..BERISTIKHARAHLAH...seandainya itu yang terbaik buatmu..maka pilihlah yang itu...usah ragu-ragu..

Thursday, April 7, 2011

Sedetik Lebih



Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan

Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu


memang tidak dinafikan...perasaan cinta sering menyelubungi hati kita....lumrah seorang manusia hidup...mencintai dan terus dicintai...walaupun terseksa...walaupun merana...kita tidak boleh elak daripada semua itu...itulah dugaan Tuhan buat kita...

Wednesday, April 6, 2011

..:: Antara kau dan aku ::..

Di bawah sinar harapan
kita betemu bersua muka
saat itu kita sedarr
kite bersatu menggapai impian..

satu persatu kita tempuh
mehnah ujian dan ragam manusia
walau terkadang aku mengaduh
kau bersamaku

susah senangh kita bersama
segala rintangan kita harunginya
kerana sentiasa di sisi

kini kita hampir kesitu
semakin hampir ke mercu impian
yang kita impikan..yang kita harapkan
pertemuan yang tak diduga
memberi seribu makna
dan dijadikan sebagai kenangan...
antara KAU DAN AKU

Aku Bukan Untukmu



Aku Bukan Untukmu


Dahulu kau mencintaiku 
Dahulu kau menginginkanku 
Meskipun tak pernah ada jawabku 
Tak berniat kau tinggalkan aku 

Sekarang kau pergi menjauh 
Sekarang kau tinggalkan aku 
Disaat ku mulai mengharapkanmu 
Dan kumohon maafkan aku 

Aku menyesal tlah membuatmu menangis 
Dan biarkan memilih yang lain 
Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu 
Pasti itu terbaik untukmu 

Janganlah lagi kau mengingatku kembali 
Aku bukanlah untukmu 
Meski ku memohon dan meminta hatimu 
Jangan pernah tinggalkan dirinya 
Untuk diriku 

Sekarang kau pergi menjauh 
Sekarang kau tinggalkan aku 
Disaat ku mulai mengharapkanmu 
Dan kumohon maafkan aku 

Aku menyesal tlah membuatmu menangis 
Dan biarkan memilih yang lain 
Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu 
Pasti itu terbaik untukmu 

Janganlah lagi kau mengingatku kembali 
Aku bukanlah untukmu 
Meski ku memohon dan meminta hatimu 
Jangan pernah tinggalkan dirinya 

Meski ku memohon dan meminta hatimu 
Jangan pernah tinggalkan dirinya 
Untuk diriku

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


Izinkan Selamanya Namamu Di Hati


Telah aku terima takdir dari Yang Esa
Tertusuk sembilu pedih hati terluka
Terkubur impian kita bina bersama
Terlerai sedah ikatan cinta

Baru aku sedari siapa diri ini
Sebalik suratan cahaya cinta yang sudah
Sedalam renungan terlihat dalam diri
Hakikat cinta yang sejati

Kuturutkan cahaya dihadapan berliku
Keyakinan di dada mengiring langkahku
Jalinan bahagia iringan doa restu
Di dalam jiwa cinta yang satu

Jalanan yang berduri tetap aku gagahi
Biar gunung yang tinggi pasti kan kudaki
Detik-detik kenangan segar buat pedoman
Sepanjang jalan taman impian... ohhh

Selamat sejatera kepada dirimu
Semoga berbahagia tanpa aku
Izinkan selamanya namamu di hati
Biarkan selamanya ku begini

Sudah lumrahnya insan tak lepas kesilapan
Maafkan dosaku lupakan detik hitam
Sejarah yang berlalu jadikan perngajaran
Menuju bahagia idaman

Kata ibu...carilah orang yang sayangkan kita..walaupun berat hati kita untuk terimanya...lambat laun kita pasti akan menyayanginya...kerana die akan sentiasa mencari jalan untuk tengok kita gembira...walaupun terpaksa bekorban...

..:: AKAN CUBA DAN TERUS MENCUBA ::..
harap segalanya seperti dahulu

Tuesday, April 5, 2011

Dari satu ke seratus dan semakin hampir..

Assalamualaikum kawan-kawan semua...

Hehe...(kenape ko gelak?)suke ati laa nak gelak ke xnak gelak ke..
(aku tanye jeeee...jangan la marah..)mane ade marah laa..cume Naim gembira je ari ni...(ha?)yela gembira dan ceria sebab hari ini cube untuk belajar untuk tidak keruhkan keadaan dan nak pastikan hari ni berada dalam keadaan ceriaaaaa je..
(haa...ni mesti ade sebab ni kan?kan?cer cite cer cite...)nak cite la ni..sabo yek PHOENIX..

Bila Naim bukak blog ni Naim tengok post pertama kat blog ni..."SATU PERMULAAN" disusuli pula dengan post seterusnya "ANTARA PEN, KERTAS, IDEA DAN SENI"...rase seronok bile dapat bercerita dan berkongsi dengan kawan-kawan semua..epy sangat...bila tengok bilangan jumlah mereka yang melawat blog Naim semakin hari semakin bertambah DARI SATU KE SERATUS...dan sekarang semakin hampir untuk mencapai SERIBU orang yang melawat kat sini...memang tidak dinafikan..setiap perkongsian itu jika dikongsi bersama..menfaatnya kita akan dapat bersama..

Tapi hari ini Naim gembira sebab Naim dah belajar sesuatu yang amat bermakna dari Teman...setiap peristiwa yang berlaku padanya...kehilangan, tekanan dan mcam-macam lagi..dan akhirnya dengan kesabaran yang ada pada dirinya..HIKMAH tuhan mula menampakkan diri dan akhirnya..hati menjadi lega...segala masalah dapat diselesaikan...suka bila keadaan mcm tu berlaku...

dari sinilah Naim belajar...dengan adanya ketabahan ditambah pula dengan kesabaran..tidak mustahil kita akan dapat menghadapi segala cabaan itu dan seterusnya..merasai HIKMAH disebaliknya...(ko kena banyak bersabar la Naim pasni ngan aku...hehehe)mesti laaaaaaaa...hahaha

Kat sini Naim nak ucapkan setinggi-tinggi penghargaan buat kawan-kawan yang sudi melawat kat blog phoenix-hidup seorang hamba nie...walaupun tidak sebarapa hasil nukilannya...harap segala perkongsian ini dapat dimanfaatkan...banyak dugaan yang Naim alami..bukan Naim sahaja...korang pun mesti banyak jugak kan?hmm
Saboo je laaaa...hahaha..ape pun terima kasih kat korang semua...yang jadi followers Naim...suke sangat..hehehe..dan terakhir..jutaan terima kasih buat Teman yang ajar Naim pasal blog ni...thanks sangat2..Jika ada kesilapan...maafkan Naim...hidup ni xpernah terlepas dari melakukan kesilapan...

OK..sekadar itu sahaja untuk hari ini...moga bertemu kembali dalam post akan  datang...ADIOS!!
..:: WASSALAM ::..

Monday, April 4, 2011

Jawapan bagi teke-teki yang lepas...

1) Paling banyak banyak binatang kat dalam hutan belantara... . Binatang ape yang pemalas ????


Singa Jantan...pasal dia malas nak cukur misai sampai tebal satu muka....




2) Kenapa Amerika takut kat Jepon..... dan Jepon pulak takut kat Amerika?????


Pasal Jepon ade Ultraman.... Amerika pulak kan ade Superman...? !




3) Dalam banyak banyak Pokok....Pokok ape yg paling tinggi ???


Pokok atas gunung ddahhhh..... ....




4) Kalau kamu pandai....Sila jawab soalan inie dalam bahasa Arab dah.
Soalan :
<a> Seorang Tua jatuh dari tingkat 40 lalu mati.......
<b> Siti Nurhaliza berlari keliling padang tanpa seurat benang....
<c> Bulan depan gaji Rahim naik $1 juta.......


Jawapan :
(A) Inna'lillah wa'inna'lillah hira'ji'unn. ....
(B) Astagh'firullah' hal'azimm. ......
(C) Al'hamdulillah. .........




5) Ade seorang budak , rumah tingkat 10 , tiap-tiap hari , dia naik lif sampai tingkat 8 , terus naik tangga lagi 2 tingkat....kenapa pulak?


Sebab budak nie pendek..tak sampai nak picit tingkat 10....




6) Paling banyak banyak Bangsa dalam alam inie...Bangsa yg mane satukah yang paling hebat dalam  dunia nie????????? 


Tak tahu ke???..... Bangsa Melayu dahh....pasal boleh makan UBI KAYU... JAMBU BATU, PUCUK PAKU....BELIMBING BESI....IKAN SELAR PAPAN...BUAH KERAS...CILI API dan lain lain lagi.....betul tak???




7) Aper dia ....naik cepat....turun lambat....?? ???? 


hingus lahhh.......




8) Banyak banyak surat ....... surat ape yg tak perlu di jawab?????


Suratan takdir illahi lahh...(siapa yg nak surat seperti ini?)




9) Apasal baju Superman Ketat??????? ? 


Kan kat depan baju dia tuu hurup " S " , Baju dia size S dahhh..




10) Buat Baik berpada-pada, Buat jahat ..........?? ?? 


JANGAN LAGI....bukan buat jahat jangan sekali kerana kalau inilah jawapannya maka kena buat jahat berkali kali sebab disuruh buat jahat jgn sekali....Faham ?!?




11) Siapakah orang yang paling layak digelar " keras kepala " ?


Penunggang motosikal yang tak pakai helmet...sebab mereka rasa "kepala mereka dah keras" tak payah pakai helmet...maknanya kalau moto mereka terbalek...terbabas ke...masok bawah lori ke... kepala mereka takkan
pecah....... .hehehehehe. .......


ok fine...hahaha...xusah la kalian geram..huhuhu..
ape pun...nantikan teka-teki yang lain bakal dipostkan..huhuhu...

INSAN CEMERLANG DATANG DARI??
ANDA ADA 60 SAAT..hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...