Friday, October 28, 2011

Mercedes-Benz bawa masuk smart fortwo






Assalamualaikum...

Baru2 ni dengar ura-ura dalam akhbar yang bgtau bahawa Sayarikat Mercedes-Benz nak bawak masuk sebuah kereta baru keluaran mereka "Smart Fortwo" namenye...ini adalah kerana permintaan dari kite sendiri yang mahukan kereta hybrid macam ni..hmm bagus jugak tu..at least kite dapat jimatkan minyak dan selamatkan alam sekitar daripada pencemaran udara...

Model smart fortwo dijana oleh penggunaan bateri khas dengan teknologi dibangunkan oleh Tesla Motors Inc yang menepati sistem Kitaran Pemanduan Baru Eropah.
Bateri kereta itu yang dicas penuh boleh bergerak sehingga 135 kilometer dan sesuai bagi kegunaan di bandar, khususnya di kawasan bandar raya yang padat berikutan reka bentuknya yang ergonomik. Secara purata, pengguna hanya perlu mengecasnya selama tiga atau empat jam mengambil kira penggunaan harian antara 30 hingga 40 kilometer sehari.

Kereta itu boleh dicas di punca kuasa biasa di rumah dan mengambil masa kira-kira lapan jam untuk dicas sepenuhnya. Model yang boleh menempatkan dua orang itu dilengkapi motor elektrik berkuasa 30 kilowatt yang diletakkan di bahagian belakang kereta. Ia sekali gus menyediakan daya pecutan yang baik serta keseimbangan tinggi dengan tork sehingga 120 Newton meter (Nm).

Smart fortwo boleh memecut dari 0 ke 60 kilometer sejam dalam tempoh 6.5 saat, hampir sama dengan keupayaan model serupa yang menggunakan petrol...hmm..boleh tahan kereta ni..

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...