Sunday, October 9, 2011

Masih Mau Makan Udang Geragau ke Kawan??

Naim pasti, bila ditanya tentang udang geragau. Pasti korang rasa teruja dengan rasanya. Udang geragau ini apabila dimasak dengan nasi goreng memang menyelerakan. Itu belum lagi di tambah dalam masakan-masakan lain dan ada sesetengah mereka menjadikannya bahan utama utama untuk resipi sambal dan kuah bagi mee.



Cite Ni dari kawan Ude Naim...jom kite dengar cite die

"Aku terjumpa secara tidak sengaja industri ini ketika hari terakhir selepas tiba  di jeti Kuala Gula, Kerian semalam. Aku lihat masyarakat Cina di sini yang merupakan nelayan kebanyakannya, menjadikan udang geragau sebagai hasil pendapatan mereka. Aku agak terkejut dengan penemuan ini. Lihat sajalah udang yang dijemur itu hanya diletakkan di atas kanvas di atas tanah. Selalunya bagi mereka yang arif, penjemuran seperti ini dibuat di atas pangkin khas."


Udang geragau yang basah dijemur. Kemudian pekerja Indonesia membalik-balikkan udang itu supaya ia cepat kering. Apa yang tidak sepatutnya berlaku ialah, pakaian pekerja berkenaan.


Lihatlah mereka hanya berpakaian seluar pendek sahaja. Rambut dan peluh bila-bila masa sahaja boleh tercampur sekali dengan geragau tersebut.


Lihat juga kasut yang mereka pakai. Kasut itulah juga digunakan untuk memijak tanah di luar kanvas. Sedap bukan udang geragau yang kita makan?


Anjing-anjing tersebut dengan selamba melalui kawasan kanvas jemuran. Manakala pekerja industri itu hanya membiarkan anjing-anjing itu tanpa dihalau. Lihatlah betapa enaknya geragau yang bakal tiba di rumah kita dikongsi bersama dengan anjing-anjing ini. Malah dapat dilihat anjing-anjing berkenaan memijak geragau yang sedang dijemur tersebut.


Gambar di atas menjadi finale kepada industri geragau yang aku lihat! Lihatlah kelibat sang anjing di kiri gambar yang sengaja kencing hanya beberapa sentimeter sahaja dari kanvas jemuran! Astagfirullah! Jadi kalian, masih mahu makan udang geragau lagi? Entah mengapa aku geleng kepala. Dalam keadaan kita gegak gempita dengan isu makanan halal di Malaysia, kita masih terlupa melihat perkara syubhah seperti ini. Aduhai!

Jadii...pasni kalau korang nak beli udang kering ni kat kedai..tengok dulu dari mana ia datang..kalau dari perak...xpayah la asenya korang nak beli..tapi kalau dari negeri lain..boleh dipertimbangkan..hee...renung-renung kan..

KITA KAN BLOGGER!!


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...