Assalamualaikum,
Keadaan sudah bertambah keliru kawan-kawan sekalian. Mana yang benar dan mana yang betul-betul salah sudah kabur daripada pandangan mata kasar kita. Polis salahkan mahasiswa, mahasiswa salahkan polis. Kes apa yang sedang aku bicarakan ini? Semestinya kes yang menjadi buah mulut masyarakat khususnya mahasiswa semenjak awal tahun 2012 lagi. Kes mahasiswa di UPSI, Adam Adli dan Safwan Anang. Kes demonstrasi di pintu pagar UPSI oleh mahasiswa-mahasiswi di sana sehinggkan menjadi tragedi berdarah pada malam Tahun Baru.
Orang seperti aku yang tidak tahu cerita sebenarnya hanya menanti jawapan yang benar-benar sahih untuk mengetahui siapa yang benar dan siapa yang salah. Namun malangnya, penantian itu mendorong aku untuk mencari jawapan itu sendiri. Membaca maklumat terkini berkaitan isu berkenaan di laman web yang berkenaan. Membaca respon sahabat-sahabat mahasiswa seperti aku berkenaan kes ini membuatkan aku lebih keliru. Persoalan yang timbul, siapakah yang sebenarnya salah dalam hal ini? Siapakah yang benar? Atau tidak ada yang benar?
Dan perkara ini membawa aku untuk menilai hal ini dengan pandanganku sendiri. Baik, berbalik kepada perkataan MAHASISWA. Apakah sebenarnya tugas seorang mahasiswa? Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, mahasiswa bermaksud : Pelajar (menuntut di university). Bila sebut tentang perkataan PELAJAR, apa yang anda faham dalam konteks itu? Cukup mudah untuk kita fahami, tugas seorang pelajar adalah untuk belajar. Kerana mahasiswa adalah pelapis kepada tampuk kepimpinan Negara. Dalam perkembangan dunia sekeliling, ilmu pengetahuan kini menjadi modal kehidupan yang amat berharga. Nilai ilmu itu sendiri adalah merupakan asas dalam mewujudkan suasana kehidupan yang lebih baik dan sempurna. Justeru, GENERASI MAHASISWA TIDAK BOLEH TERTINGGAL DAN TERPENGARUH DENGAN GEJALA YANG HANYA MENYEKAT KEMARAAN BAGI MENERUSKAN PENCARIAN ILMU.
Bukan nak kata mahasiswa tidak boleh melibatkan diri dalam hal-hal luar daripada perkara utama yang perlu untuk mereka laksanakan. Cuma perkara yang dilakukan itu janganlah sampai mengganggu tanggungjawab utama mereka untuk menuntut ilmu.
Seterusnya perkataan POLIS. Apakah yang sebenarnya yang kita faham tentang polis ini? Polis bermaksud : Pasukan yang menjaga keamanan Negara dan penguatkuasaan undang-undang. Jadi, kenapa perlu dipersoalkan apabila mereka turun untuk menyelesaikan sesuatu masalah? Turun apabila demonstrasi berlaku. Ini adalah tugas mereka kawan. Mereka akan turun apabila ada perkara yang akan menggangu-gugat persekitaran sosial. Jadi kenapa perlu dipersoalkan? Malah mereka disuruh balik pula. Selesai pemahaman kita tentang perkataan tersebut. Aku harap anda semua faham.
Seterusnya kita kembali kepada isu utama kita pada kali ini. Ada beberapa persoalan yang timbul. Kenapa polis bertindak sebegitu rupa (agresif)? Perlukah mahasiswa berdemonstrasi pada malam hari untuk menuntut kebebasan mereka berpolitik sedangkan perkara tersebut sedang DIPERTIMBANGKAN oleh kerajaan? Persoalan itu perlu untuk kita nilai. Dan jawapannya aku sendiri akan jawab (HARAP TIDAK MENDATANGKAN KONTROVERSI KEPADA MANA-MANA PIHAK).
Tentang mahasiswa tersebut, aku tidak mahu panggil tindakan yang mereka lakukan itu sebagai tindakan seorang mahasiswa. Tetapi adalah tindakan REMAJA. Memang sudah lumrah remaja hidup mereka memberontak. Kajian psikologi pun mengatakan sebegitu rupa. Remaja tidak kiralah mereka itu mahasiswa ataupun tidak, selagi mereka berada di bawah lingkungan remaja, begitulah jiwa mereka. Jiwa yang memberontak. Di awal kedatangan pihak polis, pihak polis telah pun berunding dengan ketua mereka secara baik. Pihak polis bagi masa untuk mereka redakan perhimpunan. Kembali ke tempat masing-masing dan teruskan pembelajaran. Tetapi adakah perkara itu diendahkan oleh mereka (mahasiswa)? Sehingga pihak polis terpaksa mengarahkan mereka untuk berbaring di atas jalan (baring salah satu cara meredakan kemarahan..hehe).
pihak polis berunding dengan cara baik
Kenapa agaknya pihak polis dikatakan bersikap agresif? Bila kita lihat keadaan, ada beberapa keadaan yang mendesak untuk mereka lakukan perkara tersebut. Contoh terdekat, perhimpunan Bersih 2.0. Tempias demonstrasi tempoh hari terkena kepada pihak polis. Belum pernah dalam sejarah kita rakyatnya dilihat memperlekeh pihak polis secara sistematik. Menggunakan Facebook, mereka bukan setakat mempertikai peranan polis menangani demonstrasi, malah menghina kira-kira 60,000 anggota keselamatan itu.
Memang betul seperti yang dipaparkan di You Tube tentang tindakan agresif polis yang bersifat fizikal menendang dan menumbuk peserta degil. Tapi jangan salahkan polis kerana pada awalnya mereka menerusi Ketua Polis Negara dan Timbalannya dan ketua-ketua polis yang lain telah mengambil sikap cukup berlembut melarang Bersih dari meneruskan perhimpunan. Tapi bila berdegil, itu sahaja cara mengajar.
Nasib baik polis tidak menggunakan akta lain seperti memberikan tafsiran penyertaan perhimpunan haram seperti itu adalah kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan perlu ditembak sahaja. Nasib baik juga polis tak membawa mereka yang ditangkap direman di dalam lokap sehingga tarikh perbicaraan. Kenalah ingat, polis (PDRM) bukannya parti politik. Mereka ada tugas dan tanggungjawab kepada rakyat dan negara. Siapa degil dan terang-terang langgar undang-undang, terimalah padahnya.
Aku nak Tanya korang semua, adakah tindakan mereka yang memecahkan pintu kaca klinik berhampiran itu boleh dikatakan sebagai AGRESIF? Semestinya boleh! Memecahkan harta benda awam. Memang kita tahu nak selamatkan kawan. Tapi rasional la sikit, dah tau kan klinik tutup maksudnya DOKTOR ADA KE TIDAK ADA? Korang jawab la sendiri. Pasti ada yang akan menjawab. “ KEADAAN TERDESAK LA BRO, TAK BOLEH NAK FIKIR APE DAH MASA TU.”
Ha ah, korang fikir keadaan POLIS masa nak layan karenah korang masa tu TERDESAK ATAU TIDAK?
Aku Cuma mahu korang semua berfikir, betul atau salah tidakan kita itu. Kerajaan dah pun maklumkan kepada semua yang perkara yang terkandung dalam AUKU yang menjadikan mereka semua mahasiswa ini jadi macam dalam gambar bertindak sebegini rupa akan dipertimbangkan. Perkataan AKAN DIPERTIMBANGKAN itu pun sudah cukup untuk tunjukkan komitmen kerajaan untuk bersedia melahirkan MAHASISWA YANG MEMPUNYAI KEBEBASAN AKADEMIK. Dengan tindakan REMAJA-REMAJA ini korang rasa macam mana? Kerajaan nak teruskan pertimbangan atau tidak? Fikir-fikirkanlah ye kawan-kawanku sekalian.
pintu kaca klinik yang dipecahkan