Thursday, August 18, 2011

Berbuka Puasa Bersama Timbalan Menteri Kesihatan


Assalamualaikum kawan2...


Semalam (17 Ogos 2011) Naim ngan 8 orang rakan yang lain bertolak ke Putrajaya untuk meraikan majlis berbuka puasa ORATOR dan Persatuan Cinta Malaysia...dengan kejasama Kementerian Kesihatan Malaysia kat bangunan Kementerian Kesihatan Malaysia...


Turut sama hadir Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Shirlin....memang best la...sebelum kitorang berbuka....sementara menunggu azan berkumandang...ade sedikit pertunjukan debat oleh pendebat2 yang hebat...antara salah seorang yang Naim kenal...dia Johan Pertandingan Pidato Antarabangsa Kategori Nusantara ( wakil Malaysia la tu )...saudara Amiruddin....


Memang meriah majlis tu....makanan pun sodap...heheee..


Haa...korang nak tau x sape lagi yang datang? Haaaaa...artis terkenal pun ade datang...Fauziah Ghous....Ikram Dinzly...dan jugak pengacara yang kita sudah maklum Halim Othman....memang best laaa...


Pagi tadi..Naim dengar Halim Othman bercerita tentang majlis semalam dalam radio...die kate nanti die nak berdebat dengan Dj radio yang lain melawan pendebat universiti....waaaa.....best tu.....ape pun nanti lau ade gambar Naim upload kat sini k..



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...