Tuesday, December 28, 2010

Antara Pen, Kertas, Idea dan Seni...


Ahaa....hehe (ha, suke sangat ye ko Naim). Mesti la suke, huhu...ni post kedua dalam blog ni. Bukan ape, cume nak cerita sedikit sebanyak tentang hobi Naim yang minat melukis. Biasa la, bile dapat pensel sebatang ngan pemadam serta sekeping kertas, tangan ni mula la menggatal nak melukis...ops..bukan tulis surat cinta yek!!hehe.

Memang tak dinafikan semua orang ade bakat masing-masing, cume kite semua ni ada yang dah jumpa dan ada jugak yang sedang mencari ape la bakat kita yang sebenarnya ade terpendam dalam diri kita ni kan? Naim dulu pun macam tu jugak, selalu mencari ape la bakat yang ade dalam diri ni.

  
Dan akhirnya Naim jumpe....sonok sangat mase tu..hehe. Semuanya bermula masa Naim berumur 6 tahun, mase tu Naim belajar kat sebuah tadika di Peramu Jaya (ape la ko Naim sume tu kena cite ke?)..eh..suke ati la kan, sibuk je die ni la. Ok ok kite teruskan, mase tu cikgu suruh semua murid-murid lukis buah kelapa...hahaha (kenape ko gelak naim ? ko ni pelik la..) Ish ko ni...sabar la..aku tiba-tiba je teringat kisah lalu..lawak pulak bile fikir semua tu. Takde la, cikgu suruh semua lukis pokok kelapa kan...tapi semua lukis pokok pisang + kelapa sebab batangnye pokok kelapa, tup tup pelepahnye...pisang..hahaha. Mujur Naim sorang je lukis betul. Bukan nak bangga tapi mase tu bukan senang nk lukis pelepah kelapa. Hahahaha...uhuk2, terbatuk pulak..hehe..tu la bila PEN, KERTAS, IDEA dan SENI bersatu, semuanya jadi x mustahil.


Kita sedar, walaupun kita tidak tahu ape bakat kita. Tapi Naim percaya, semua orang ada satu bakat yang dinamakan SENI. Seni ni la yang buat kita sedar ape la bakat yang kita ada. Cuba kita ambil sebatang pen, sehelai kertas dan berbekalkan idea yang kita ada. Cuba kita lukis sebiji Donut, hiasi Donut yang anda lukis dengan perbagai corak. Haa...kan nampak cantik. Itu la seni yang dikurniakan olehTuhan kepada kita. Kalaulah setiap kita dapat menilai setiap lukisan yang kita buat tadi Naim percaya, pasti akan ada yang ketawa, menangis, terharu dan pelbagai perasaan lain yang akan timbul sebab kita mempunyai seni yang tidak ternilai. Kita boleh buat orang ketawa, kita boleh buat orang menangis hanya dengan lukisan yang dah kita corakkan dalamnya. WAAAAHH!! korang memang hebat. sekarang ni, ayuh cari bakat yang terpendam dalam diri kita!! Tapi ingat...dengan pen dan kertas tu bukan kita hanya boleh melukis je....tapi kita jugak boleh menulis, buat lirik lagu, menghasilkan barang-barang. Sebab tu la ade yang jadi komposer dan penulis lirik, ade yang jadi pembuat kraf tangan dan ada jugak yang jadi penulis novel. Hahaha.....tengok..kan betul apa yang Naim cakap...hahaha 
CHOWW DULU!!

2 comments:

  1. kite xpandai melukis even suruh lukis orang lidi sekalipon!hehe

    ReplyDelete
  2. xpe...leh cuba banyak kali...nanti elok la tu..hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...