Assalamualaikum,
Setiap kali aku 'online', tak terniat langsung untuk update blog...hehe. Bukan sebab apa pon, sebabnya aku tak tahu nak update pasal ape. Tu je sebenarnye masalah yang aku hadapi. Kronik kan? kan? kan?..haha. Ok ok..sejak kebelakangan ini sering kedengaran khabar yang menceritakan tentang orang Islam di Palestin diserang oleh tentera Israel. Aku akui, memang itu pun isu sebenarnya.
Dan hasil daripada itu, ramai yang bertindak menyebarkan beberapa perkara seperti "pesanan daripada seorang hamba untuk membacakan beberapa ayat daripada surah-surah tertentu dari dalam Al-Quran ", ajakan untuk memBOIKOT barangan daripada Israel dan bermacam lagi status-status yang bertemakan 'ajakan'. Tambahan pula lagi, ada juga yang bertindak selaku pemerhati sahaja. Membaca ajakan tersebut dan cuma sekadar membaca semat-mata. Terus-terang aku katakan bahawa.
LAKUKAN SAHAJA APA YANG INGIN KALIAN LAKUKAN ASALKAN TINDAKAN KALIAN TIDAK MELANGGAR HUKUM BATAS AGAMA.
Hanya itu sahaja pesan aku untuk kalian para pembaca. Namun aku percaya, dan aku percaya kalian juga percaya sejak dahulu lagi kita sudah sedia maklum bahawa DOA ITU SENJATA MUKMIN. sedangkan dalam Al-Quran itu sendiri Allah Ta'ala berfirman. "Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan doa itu."
Aku bukan bertindak sebagai medium untuk mengritik tindakan sesetengah pihak. Aku cuma ingin kalian berfikir semula dengan fikiran yang waras. Aku juga marah apabila rakan-rakanku di luar sana ditindas, dibunuh sesuka hati oleh mereka yang dilaknat oleh Tuhan sejak zaman para Rasul lagi. Cuma pesanku, bialah tindakan yang kita lakukan seiring dengan apa yang di bawa oleh Islam.
Akhir kata, percayalah. ISLAM PASTI AKAN MENANG. BERDOALAH!!
No comments:
Post a Comment