"Kadang-kadang, kita terlepas pandang bahawa Allah mengatur segala-galanya. Mungkin Dia mahu kita bertemu orang lain, yang lebih baik untuk kita dan memberikan orang yang lebih baik kepada orang yang kita cintai."
Bila difikirkan semula, ada betulnya juga ayat tu. Dalam sebuah percintaan, ada yang beruntung bercinta sampai ke jinjang pelamin. Yang tidak beruntung, terputus ditengah jalan. Namun kita tidak sedar bahawa setiap apa yang terjadi itu semuanya di bawah pengetahuan Tuhan. Tuhan telah mengatur segalanya buat kita semua hambaNya.
Ayat di atas amat mudah untuk kita fahami terutama aku ni...hehe. Sebenarnya, dalam percintaan seandainya terputus di tengah jalan, kita sambung kat tepi jalan pulak. Hahahaa....oh oh oh sory..sory, Naim gurau jek. Sebenarnya macam ni, kita semua dah sedia maklum tentang pasang surut dalam percintaan. Ada mereka bila dah putus cinta, menangis tak tentu pasal (macam aku dulu), nak bunuh diri sebab cinta (aku tak macam tu), ada yang tak makan dan tak minum sampai seminggu (aaaaaaa.....no komen..hoho) frust punye pasal.
Kita kena percaya, setiap kehilangan tu pasti akan diganti dengan yang lebih baik. Boleh jadi pengganti tu orang yang sama, tapi bukan dengan personaliti yang kita kenal dulu. Kini dengan personaliti yang lebih baik, brand new la katakan. Tu je point sebenarnya nak cite...haha..Kawan-kawan, percayalah yang hilang akan diganti lebih baik dari sebelumnya. Tuhan akan beri apa yang terbaik untuk kita semua. BELEIVE IT!!
Chow....