Tuesday, September 27, 2011

Header Mane Cantek??

Assalamualaikum kawan2...haaa...kali ni macam biasa la Naim nak mintak tolong korang ni....


Korang..korang...hmm...leh tak tolong Naim pilih mane satu header yang sesuai untuk blog Naim ni??leh?leh?..hehehe...ni ade due pilihan...satu yang bewarna..dan satu lagi x...jadiii..korang tolong vote mane satu yang cantek ye??


Header Pertama



Header kedua



jadii..mane satu pilihan korang???cepatcepatcepat..haha

Sunday, September 25, 2011

Ape Yang Biasa Aku Lakukan Bila Melukis

Assalamualaikum kawan2..


Korang minat x ngan melukis?? jangan tanye Naim laa...memang Naim minat sangat..kadang2 lukis kartun..pastu edit gune photoshop...memang cantik laaa..(kot)..


Haha..lagi satu Naim suke buat komik...dulu la kan..masa zaman Naim ambik STAM dulu..Naim ade wat satu komik...tapi xde la terer sangat macam pelukis negara..tapi Naim percaya Naim boleh jadi macam mereka satu hari nanti..ok ok ok..xmo nak melalut lagi..hari ni Naim nak kongsi ngan korang ape yang Naim bese buat bile Naim nak melukis atau buat komik...







Ok..yang macam korang tengok kat atas ni adalah komik panjang pertama yang Naim hasilkan...jumlah keseluruhan page ade dalam 16...ni sikit je la yek...hehehe...tapi yang paling Naim gembira...komik ni pernah masuk dalam majalah KREKO...suuke sangat mase tu...ngan name pena Naim adalah PHOENIX...

Ok first yang naim buat adalah fikirkan watak terlebih dahulu...Naim akan lukis karakter2 yang bersesuaian dengan komik yang akan Naim buat...untuk komik yang kat atas ni..Naim cari karakter  yang ala ala Chibi..sebab COMEL!!hahaha....yang seterusnya Naim akan fikirkan cerita....apa cerita yang akan Naim wat...pastu mulakan draf awal untuk melukis....pastikan jangan terlalu banyak kotak PLOT yang korang wat....satu page tu wat beberapa jek....

Tu sebelum Naim ade laptop...pas ade laptop..Naim belajar untuk gune adobe photoshop...walaupun sikit...sebab belajar sendiri...apepun ni la bakat...jangan siakan bakat yang kite ade...k..nantikan post Naim pasal belajar adobe k..

Tuesday, September 20, 2011

Cari ke Atau Nak Betulkan??

Assalamualaikum kawan2 semua....uihh...busy la sikit semenjk, dua menjak, tiga menjak ni....bukan ape...biasalah bile dah bergelar mahasiswa kan...mesti la sibuk sikit...


Baik...hari ni Naim nak tanye korang tentang satu perkara yang bernama MASALAH...adakah kite nak cari masalah atau nak betulkan masalah?? Jawapannye terletak pada anda....tapi bagi Naim la kan seeloknye lebih baik kita betulkan masalah yang sedia ada terlbih dahulu...banyak sangat masalah..mane leh nak kite betulkan dalam masa yang singkat...


Sekarang ni terdapat beberapa keadaan masyarakat kat negara kita ni...


Yang Pertama - Mereka yang suke timbulkan masalah...maknenye buat masalah la ni...


Yang Kedua - Mereka yang suke carik masalah...haaa..yang ni xberapa suke la...sebab bukan nak bg satu inisiatif untuk selesaikan masalah...tapi menokok tambah masalah tu...banyak yANg leh kite tengok..dari aspek perfileman contohnye....suke timbulkan kontroversi...pastu kite yang bace ni...terpengaruh ngan kate2 tu...
"HA ah..betul jugak ape yang die kate..." mcm TU LA KIRENYE..


Yang Ketiga - orang yang akan menyelesaikan masalh...haaa orang yang macam ni la yang patut kite tolong...bukan nak menambah serabutkan die yang dah serabut...


Kite hidup bermasyarakat....jangn kite hanya mencari masalah tanpa ada sediakan jalan untuk selesaikannye....fikir2 la..Jangan jadik seorang yang suke cari masalah...kite kena fikirkan orang lain....mereka susah payah tolong selesaikan kite sesuatu perkara...jangan sebab satu perkara...kite terus nak pandang serong kat orang tu...

Monday, September 12, 2011

Phoenix VS JPJ??

Hahahaha.....Assalamualaikum semua..


UIIIHH...dah lame xupdate ni....yela...yang last tu pasal cukai perkhidmatan 6% (kot)...haha...lupe laaa..ape pun YANG PERTAMA nak ucapkan ALL THE BEST buat adik2 yang sedang menghadapi UPSR...(eleh...macam la budak2 tu ade blog...mongado la ko Naim!!)
Phoenix2...aku nak kate satu jek...(ape die?)
ADE AKU KISAH!!hahahah...(KUAJAQ KO NAIM)


hahaha....GILE kan aku ni?...tapi ape kebendenye tajuk post Naim ni?
PHOENIX VS JPJ?? ape tu?


Haa...xde la...senanye nak bgtau korang dan nak suruh korang jugak...
Nak bgtau yang besok Naim ade test JPJ...bawak kete tu!!huhuhu....daaaannnn yang paling penting nak suruh korang doakan...moge selamat la penguji tu dalam kete...
"Pak cik-pak cik....duk molek2 ye...shaye nak bawakkete ni...markah tu bio banyok skit eh?? "


Hahaha...ape pun korang doakan la NAim ni...umur da 21 taun...bile ag nak bawak kete...jeles la jugak orang lain leh bawak kete...tapi aku??tolak je laaaa.....



ape pun KITA KAN BLOGGER!!

Friday, September 9, 2011

Perdana Menteri Mahu Pihak Yang Terlibat Kaji Semula Kenaikan 6 Peratus Cukai Perkhidmatan

Hadooooiii...dulu kes minyak..skang ni nak naikkan plak cukai perkhidmatan..ape pun ni reaksi Perdana Menteri kita...yang bawah ni Naim petik dari Berita Harian,,


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta syarikat telekomunikasi supaya mengkaji semula keputusan mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus kepada pengguna ke atas produk tambah nilai dan pek permulaan kerana keputusan itu kini dilihat membebankan rakyat. 

Najib berkata, keputusan itu yang diambil sendiri syarikat telekomunikasi merupakan satu keputusan yang tidak popular selepas beliau mengambil kira pandangan dan maklum balas dari pengguna.

Menurutnya, fokus utama ketika ini, sepatutnya untuk mengurangkan beban rakyat dan bukannya mengambil keputusan untuk menambah beban itu.
"Saya dah dapat banyak reaksi dan maklumat timbal balas dari orang ramai bahawa langkah yang dibuat oleh syarikat telekomunikasi mengenakan cukai perkhidmatan kepada pengguna adalah suatu yang tidak popular dan sukar diterima oleh rakyat. 

"Saya berharap syarikat telekomunikasi dapat kaji semula langkah ini kerana hari ini kita hendak kurangkan beban kepada rakyat. 

"Kini rakyat terpaksa menanggung kos perbelanjaan serba-serbi dan ada sesetengah bahan makanan sudah bertambah harga, kita hendak kurangkan bebanan pada rakyat," katanya selepas melancarkan logo baru Maybank di Menara Maybank di sini, hari ini. 

Najib berkata, kerajaan tidak pernah meluluskan apa-apa berkenaan caj cukai 6.0 peratus berkenaan sebaliknya ia dibuat syarikat telekomunikasi sendiri. 
"Kita tidak pernah luluskan, keputusan dibuat pihak syarikat telekomunikasi sendiri," katanya. 

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, mengulas satu kenyataan bersama syarikat telekomunikasi hari ini yang mengumumkan caj berkenaan akan dikenakan kepada produk-produk prabayar bermula Khamis depan. 

Menurut kenyataan itu, cukai perkhidmatan bukan sesuatu yang baru, namun sejak perkhidmatan prabayar diperkenalkan pada 1998 cukai berkenaan diserap oleh syarikat telekomunikasi. 

Langkah itu diambil bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berikutan kadar panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) prabayar adalah tinggi berbanding pasca bayar. 

Menurutnya, dengan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap perkhidmatan prabayar, pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, yang mana 60 sen adalah cukai perkhidmatan. 

Pulang Untuk Menuntut Ilmu

Assalamualaikum...


Akhirnya setelah 3 bulan berlalu..berpuasa di rumah...beraya di rumah...kini tiba masanya untuk Naim kembali pulang ke tempat Naim menyambung Ijazah dalam bidang Sains Sosial di Universita Sultan Zainal Abidin ( UniSZA ), Kuala Terengganu...




Ape pun...baru nak masuk semester 3...masih jauh lagi perjalanan Naim untuk mengejar cita2...ape pun...doa adalah yang terbaik buat setiap hamba di dunia ni....setiap ujian..dugaan dari Tuhan kepada kita pasti ada hikmahnya...


Korang doakan Naim semoga berjaya dalam bidang ni k...nak masuk u dah ni weh....

Sunday, September 4, 2011

The Women Golfer (cite best - english version)

A Woman was out golfing one day when she hit the ball into the woods. 

She went into the woods to look for it and found a frog in a trap.


The frog said to her, 
"If you release me from this trap, I will grant you three wishes." 



The woman freed the frog, and the frog said, 
Thank you, but I failed to mention that there was a condition to your wishes. 



Whatever you wish for, your husband will get times ten!"



The woman said, 
"That's okay." 



For her first wish, she wanted to be the most beautiful woman in the world.



The frog warned her, 
"You do realize that this wish will also make your husband the most handsome man in the world, an Adonis whom women will flock to". 



The woman replied, 
"That's okay, because I will be the most beautiful woman and he will have eyes only for me."



So, KAZAM-she's the most beautiful woman in the world!



For her second wish, she wanted to be the richest woman in the world. 



The frog said, 
"That will make your husband the richest man in the world. And he will be ten times richer than you."



The woman said, 
"That's okay, because what's mine is his and what's his is mine." 



So, KAZAM-she's the richest woman in the world!



The frog then inquired about her third wish, and she answered, 
"I'd like a mild heart attack."




Moral of the story: Women are clever. Don't mess with them. 





Attention female readers : 
This is the end of the joke for you. Stop here and continue feeling good. 



Male readers: Please scroll down.



.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



.

.
.
.
The man had a heart attack ten times milderthan his wife ..





Moral of the story: Women are really dumb but think they're really smart.



Let them continue to think that way and just enjoy the show 


PS: If you are a woman and are still reading this; it only goes to show that women never listen!!! 



Forward this to all the guys for a good laugh, and to all the ladies who have a good sense of humour.

Selamat membace!!!hahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...