Friday, June 22, 2012

Yang Dekat Semakin Jauh


Kehidupan memang susah nak dijangkakan apa yang sebenarnya yang akan terjadi pada masa akan datang. Betul juga kata pepatah, hidup ini ibarat roda. Sesekali kita di atas dan sesekali kita akan berada di bawah. Sesungguhnya setiap apa yang diaturkan oleh kita, segalanya akan kembali juga kepadaNya.

Dahulu aku mempunyai seorang yang rapat denganku, seorang Teman yang sentiasa ada bersamaku, menemaniku dengan memberikan kata-kata semangat yang mendorong aku untuk terus melaksanakan apa yang seharusnya aku lakukan dengan baik. Sungguh, ini bukan pujian tapi ini adalah hakikat. Walaupun riak wajahku seakan-akan tidak mempedulikannya. (Tersenyum sejenak mengenangkan kenangan lalu)

Tapi kini aku merasakan bahawa perkara seperti itu tidak lagi akan berlaku. Kerana aku perasan bahawa keakraban dahulu semakin pudar dan semakin hilang dari diriku. Yang aku pasti, setiap yang berlaku antara kami, aku pasti akan menyalahkan diri ini. Tetapi ianya sudah terlambat, nasi sudah menjadi bubur. Ia tak mungkin akan terjadi lagi buat kali yang kedua. Keakraban ini...

Ya...yang dekat semakin jauh.

Tetapi apa yang aku tahu, aku akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kamu. Semoga kamu berada dalam keadaan baik-baik sentiasa. Sekarang, aku hanya mampu memerhati dari jauh. Kemaafan kupinta darimu dan aku mohon kamu memaafkan kesilapanku yang lalu.

MAAFKAN AKU...TEMAN


Adalah satu keajaiban seandainya keakraban yang lalu berulang kembali dan aku tidak akan sia-siakannya. Biarlah segalanya menjadi pengajaran buat aku dan segalanya kan kubaiki pada masa akan datang. Insya'Allah..

Monday, May 28, 2012

Enam dihukum mati kerana menyanyi, menari


ISLAMABAD: Empat wanita dan dua lelaki dijatuhi hukuman mati di utara Pakistan kerana menyanyi dan menari dalam satu majlis perkahwinan.

Pemimpin agama mengeluarkan satu perintah selepas rakaman telefon bimbit menunjukkan enam tertuduh bersuka ria dalam kejadian di sebuah kampung pedalaman di daerah pergunungan Kohistan, 176 kilometer ke utara ibu negara Islamabad. 
 
Pihak berkuasa Pakistan di kawasan terbabit berkata ulama tempatan mengarahkan hukuman terhadap lelaki dan wanita terbabit yang didakwa, perbuatan menyalahi adat tempatan puak yang mengasingkan wanita dan lelaki dalam majlis perkahwinan.
“Pemimpin agama tempatan mengeluarkan perintah menjatuhkan hukuman mati terhadap semua wanita dan lelaki yang dirakamkan video berkenaan,” kata pegawai polis daerah, Abdul Majeed Afridi, semalam.

“Mereka memutuskan bahawa lelaki terbabit akan dibunuh terlebih dulu, tetapi tertuduh sempat melarikan diri jadi wanita yang dituduh selamat setakat ini.

“Saya menghantar satu pasukan menyelamatkan mereka dan menunggu berita selanjutnya,” katanya sambil menambah bahawa wanita terbabit dikurung di rumah mereka.

Afridi berkata, permasalahan itu berpunca daripada satu pertikaian membabitkan dua pihak dan tiada bukti menunjukkan bahawa lelaki dan wanita terbabit bergaul bebas.

“Semua tertuduh dilihat menerusi rakaman berasingan dalam video berkenaan. Saya melihat rakaman yang diambil daripada telefon bimbit saya sendiri, menunjukkan empat wanita menyanyi dan seorang lelaki menari dalam adegan berasingan manakala rakaman lain menunjukkan seorang lelaki lain duduk,” katanya.
 
Fuh, macam-macam kat dunia ini yang masih kita tak tahu rahsianya. =,='
 

Sunday, May 27, 2012

Komik Pendek Pertama!! (T,T)


Assalamualaikum semua..

Fuh, aku rasa dah lama aku tak update blog ni (Tak payah nak rasa-rasa la, memang ko dah lama tak update pon). Hahaha...erk? LOL. Yelah-yelah, aku salah sebab tak update. Tapi kali ni aku nak cerita apa ek kat korang semua?

Hmm..ha, baru-baru ni aku ade buat satu komik yang pendek je. Dalam dua muka surat macam tu la, aku fikir tak jadi tapi bila aku tengok semula macam cantik la pulak dan aku pun dengan ringan tangannya meneruskan pembuatan komik pendek tersebut dan akhirnya. (T,T) hasilnya korang tengok la kat bawah ni ye. Huhu..


So, macam mana? Ok tak? hehehe...aku harap ini sebagai permulaan aku untuk terus menceburi bidang seni macam ni. Walaupun aku belajar kat Universiti ambik kos lain (T,T) wuuuwuuu....Tapi, bakat tak mangenal siapa..kan?kan?haha...



Friday, April 13, 2012

Warkah Buat 'Assignment'ku


Warkah buat Assignment.

Ke hadapan assignmentku yang amat kuingati, semoga kau berada dalam keadaan yang baik dan sihat di sana. Aku di sini ingin memohon jutaan kemaafan kerana telah membuatkan kau semakin jauh dariku. Aku sedar, semua ini salahku kerana melupakanmu wahai assignment kesayanganku.
 
Kini aku telah sedar, dan aku ingin membaiki semula hubungan antara kita berdua. Aku harap kau tunggu aku di sana kerana aku akan kembali kepadamu nanti dan aku harap kita bersama-sama menyiapkan segala yang sudah tertangguh selama ini.

Akhir kata, terimalah salam maaf dariku buat dirimu.

ASSIGNMENTKU...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...