Wednesday, February 20, 2013

Tips Bina Blog Informatif (Blogger Amateur)


Assalamualaikum kawan pembaca sekalian,



Hari ni aku rase terpanggil nak buat satu entry yang memfokuskan kepada tips untuk blogger-blogger baru yang ingin bina BLOG mereka yang informatif ( macam yang bermaklumat laa...aku pon keliru samada INFORMATIK ke INFORMATIF =,=' ). Gomen (T,T)...wuuwuuuuuu..

Baik, fokus Naim! FOKUS!! Ok, sebuah blog yang dikatakan bermaklumat bermaksud sebuah blog yang mempunyai entry yang memfokuskan kepada maklumat tentang sesuatu perkara sahaja. Berbeza dengan blog yang berunsurkan DIARI atau sebagainya. Kerana, blog yang berunsurkan diari di dalamnya mostly mempunyai cerita berkaitan dengan blogger itu sendiri. Ada juga blog yang menceritakan tentang perkara-perkara pelik macam ular kepala dua laa...kumbang terbang terbalik laa dan mcam-macam lagi. Itu juga blog yang bermaklumat, cuma maklumatnya adalah berkaitan dengan perkara yang pelik.



Blog yang bermaklumat yang ingin aku katakan pada hari ini adalah blog yang menceritakan tentang pembangunan dan isu-isu semasa yang berkaitan dengan negara dari aspek politik, ekonomi dan juga sosial. Kat sini aku nak bagi tips kat korang sume bagaimana nak bina satu blog yang mengandungi maklumat.

1) Blog mestilah ringkas ( Straight to the point...jangan melalut-lalut. Takut nanti lari daripada topik sebenar dan dikhuatiri faktanya salah ).

2) Senang untuk dibuka  ( jangan banyakkan widget-widget yang mengarut macam lagu mp3 la korang bubuh kat blog tu...ade blink2 laa bagai ) Sebabnya berkemungkinan besar page blog korang akan lambat loading sehingga membuatkan pembaca tertunggu-tunggu dan hilang sabar. Anda akan kehilangan pembaca. Internet setiap orang berbeza. Ada yang macam siput, ada yang laju tahap gaban.

3) Pastikan fakta dari sumber yang tepat ( Jangan sampai fakta yang korang timbulkan tu daripada sumber yang tidak betul. Pembaca blog pon ada jugak dalam kalangan Prof, Dr, Pensyarah....sape taw kan..hoho.

4) Masukkan laman-laman web kerajaan yang berkaitan dan yang 'legal' laa. Macam laman web kementerian pembangunan ke, kesihatan ke. Terpulang pada korang laa.

5) Masukkan gambar untuk menarik minat pembaca. Dengan gambar, memudahkan pembaca mengingati tentang sesuatu perkara.

6) PENTING!! Pastikan kotak followers korang berada di kawasan yang senang orang nampak ( supaya senang orang nak follow dan update apa-apa maklumat yang korang masukkan ).

Lepas siap blog, ikut link ini untuk tengok blog korang berat atau tak

Tapi korang kena ingat satu perkara yang paling penting adalah tolong ringankan blog korang supaya orang mudah nak load page blog korang. Tu je laa yang aku mampu nak kongsikan. Aku pon tak hebat dalam dunia blog ni (T,T). Cuma apa yang aku boleh kongsikan, aku cuba nak kongsikan pada korang.

- SEKIAN -

Ulama'? Siapa Ulama'?


Apabila kita terdengar perkataan ' Ulama' ', terbayang dalam fikiran kita seorang lelaki yang memakai jubah dan serban sedang duduk membaca kitab yang berkaitan agama. Ya, memang itulah yang akan kita fikirkan. ( Tapi aku tak kata pon yang Ulama' tak boleh pakai baju T-Shirt =,='' ). Itu cuma hasil penafsiran otak yang menterjemahkan perkataan yang kita dengar kepada imej Ulama' itu  dalam kepala kita. Korang faham tak ni? Hahaha...baik, sekarang mari aku bawak korang semua kepada pengenalan apa itu Ulama' yang sebenarnya.



Dari segi perkataan ( literal ), Ulama' berasal daripada kata dasar 'ALIM dan setelah dijama'kan ia akan menjadi ULAMA'. Daripada perkataan ini menerangkan maksud sebenar perkataan Ulama' dari segi bahasa adalah orang yang tahu, berilmu dan berpengetahuan tentang sesuatu perkara. Secara mudahnya macam ni, Ulama' adalah semua orang yang berilmu dan berpengetahuan dan mereka akan dipanggil Ulama'. Maksudnya, kalau orang itu pakar dalam bidang perubatan mereka akan dipanggil Ulama' perubatan. Kalau pakar dalam bidang muzik, mereka akan dipanggil Ulama' Muzik. 

Akan tetapi, itu adalah pada bahasa je. Korang jangan cakap aku sesat pulak sebab cakap macam tu sebab itu adalah pendefinisian secara literal je. (Kang  tak pasal-pasal aku yang kena =,='). Haaa...tapi korang kena ingat, sekarang ni mereka yang pakar dalam sesuatu bidang dah ada gelarannya. Macam aku cakap tadi la, kalau orang tu pakar dalam bidang perubatan akan diberi gelaran DOKTOR. Manakala pakar dalam bidang muzik pulak akan dipanggil PEMUZIK atau KOMPOSER. Nampak tak perubahannya? Nampak kan? So, keliru lagi tak? Tak dah kan?hehe..macam tu laaa

Baik, sekarang ni kita pergi kepada definisi Ulama' yang sebenarnya. Dari segi ISTILAH . Macam yang kita bayangkan bila terdengar perkataan Ulama', itulah yang akan aku definisikan dalam definisi Ulama' dalam Islam.

Dalam Islam, Ulama' merupakan orang yang mempunyai ilmu dalam bidang Syariat iaitu ilmu-ilmu Islam dengan segala cabang-cabang Islam seperti TAFSIR, HADITH, FEQAH, KALAM, BAHASA ARAB termasuk alat-alatnya seperti Ilmu nahu, sorof, balagah, bayan, badi' & lain-lain. Secara ringkasnya, Ulama' perlu mahir dalam ilmu-ilmu seperti ini yang merangkumi ilmu AQIDAH, IBADAH, SYARIAH, MUAMALAH & AKHLAK.

Dah faham kan siapa itu Ulama'? Ilmu perlu dikongsi, untuk manfaat kita bersama. Ulama' adalah pewaris Nabi. sepatutnya Ulama' kedudukannya bersama pemerintah sebagai penasihat. Supaya setiap tindakan yang pemerintah lakukan selari dengan tuntutan agama. Jumpa lagi pada ENTRY yang berkaitan Ulama' pada masa akan datang. CHOW!!!

Tuesday, February 5, 2013

Apa Status Telefon Korang?


Ohoooooooo.....hooii
Ape hoi hoi? tak pandai bagi salam ke?
Hehe..ok ok..ASSALAMUALAIKUM kawan-kawan para pembaca sekalian.

Haaa..hari ni ak nak kong dengan korang salah satu tips untuk tahu adakah telefon anda semua ORIGINAL atau TIDAK. Salah satu caranya adalah dengan memeriksa no EMEI telefon korang atau dengan nama panjangnya adalah.......

INTERNATIONAL MOBILE EQUIPMENT IDENTITY

iphone 3gs

Haaa..jom tengok caranya

Okay ikut langkah langkah seperti di bawah nih :

1. Taip *#06#
2. Akan keluar IMEI number ( International Mobile Equipment Identity)
3. Semak no IMEI anda, pada kedudukan ke 7 dan 8. Contoh, 358671017470473
4. Kedudukan no 7 dan 8 adalah seperti ******01*******
5. Untuk semak sama ada phone korang ori atau tidak, check kod di bawah.


•02 atau 20 : dari China = LOW QUALITY
•08 atau 80: dari Germany = FAIR QUALITY
•01 atau 10: dari Finland = VERY GOOD
•00 atau 03 oatau 04: dari kilang asal handphone = BEST MOBILE QUALITY
•13 : dari azerbaijan =VERY BAD QUALITY & DANGEROUS FOR HEALTH


Tapi ade jugak telefon yang no EMEI 7 dan 8 die '05' dan kebanyakannya adalah produk SAMSUNG yang latest punye. Haaa...yang tu aku tak pasti lagi dari mana. Nanti aku kaji semula k.

P/S : Aku dah cek nset aku..hoho...Alhamdulillah ORIGINAL. Korang pulak? Jom kita cek


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...