Dalam hidup ini aku melihat pelbagai jenis dan ragam manusia. Aku yakin, kalian juga seperti aku, melihat darisegenap aspek penjuru ruang lingkup persekitaran kemanusiaan yang penuh perbezaan antara mereka. Ada yang begitu dan ada yang begini. Perbezaan aku dengan kalian? Sudah tentulah perspektif kita. Ya, perspektif kita yang berbeza daripada semua. aku memandang perkara lain, kalian pula memandang perkara yang lain. Namun persamaannya tetap ada, kita sama-sama memandang.
Ramadhan yang dilalui saban tahun setiap kali menjelma pasti berbeza. Kalian pasti tertanya-tanya kenapa aku selalu menyebut perkataan "berbeza" bukan? Kerana setiap yang kita lalui, pasti akan berlaku perbezaan. Memang benar dari pandangan kasarnya kita menjalankan rutin yang sama setiap hari, ada yang bekerja, ada yang belajar dan ada juga yang pelbagai rupa. Tetapi kita tidak sedar, ada perkara yang berbeza. Kita semakin meningkat remaja dan membesar.
Kalau dahulu aku menyambut Ramadhan dalam keadaan aku ini tidak tahu apa-apa berkaitan dengannya, sekarang dalam tidak sedar sudah 15 tahun aku bertemu Ramadhan. Berkenalan dengan tarawikh, berbual dengan sahur dan bergembira dengan tu Iftar. Namun percayalah, kalau dulu kita berpuasa kerana terpaksa atau mengikut orang, sekarang kita berpuasa dengan penuh kerelaan dan ketakwaan demi Tuhan yang tercinta.
Akan tetapi bagi mereka yang masih tidak menyedari perbezaan ini, mereka akan berada pada takuk yang lama. Berpuasa dalam keadaan mereka hipokrit, tahu tetapi mereka tidak mahu mengikuti apa yang telah di suruh oleh agama. Ingatlah, dalam persamaan pasti ada perbezaa..
Salam Ramadhan