Friday, June 22, 2012

Yang Dekat Semakin Jauh


Kehidupan memang susah nak dijangkakan apa yang sebenarnya yang akan terjadi pada masa akan datang. Betul juga kata pepatah, hidup ini ibarat roda. Sesekali kita di atas dan sesekali kita akan berada di bawah. Sesungguhnya setiap apa yang diaturkan oleh kita, segalanya akan kembali juga kepadaNya.

Dahulu aku mempunyai seorang yang rapat denganku, seorang Teman yang sentiasa ada bersamaku, menemaniku dengan memberikan kata-kata semangat yang mendorong aku untuk terus melaksanakan apa yang seharusnya aku lakukan dengan baik. Sungguh, ini bukan pujian tapi ini adalah hakikat. Walaupun riak wajahku seakan-akan tidak mempedulikannya. (Tersenyum sejenak mengenangkan kenangan lalu)

Tapi kini aku merasakan bahawa perkara seperti itu tidak lagi akan berlaku. Kerana aku perasan bahawa keakraban dahulu semakin pudar dan semakin hilang dari diriku. Yang aku pasti, setiap yang berlaku antara kami, aku pasti akan menyalahkan diri ini. Tetapi ianya sudah terlambat, nasi sudah menjadi bubur. Ia tak mungkin akan terjadi lagi buat kali yang kedua. Keakraban ini...

Ya...yang dekat semakin jauh.

Tetapi apa yang aku tahu, aku akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kamu. Semoga kamu berada dalam keadaan baik-baik sentiasa. Sekarang, aku hanya mampu memerhati dari jauh. Kemaafan kupinta darimu dan aku mohon kamu memaafkan kesilapanku yang lalu.

MAAFKAN AKU...TEMAN


Adalah satu keajaiban seandainya keakraban yang lalu berulang kembali dan aku tidak akan sia-siakannya. Biarlah segalanya menjadi pengajaran buat aku dan segalanya kan kubaiki pada masa akan datang. Insya'Allah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...