Haaa....kite berjumpe lagi kali ni..tp dengan permasalahan yang baru. Sebagaimana yang kita tahu, kadar jenayah di negara kita ni semakain hari semakin meningkat. Kes-kes seperti bunuh, dadah, rompakan, buang bayi dan baaaanyak lg semakin berleluasa. Jadi, kali ni Naim nak berkongsi sedikit ilmu yang Naim dapat ni dengan koramg semua..jadi kali ni kite akan berbicara tentang " CRIMINOGENIC RISK FACTORS " ataupun dengan kata lain..." FAKTOR-FAKTOR YANG BERISIKO DALAM CRIMINOGENIC" ...jadi kalau ade yang tersilap, tolong betulkan k!!
kena gari weh!!
Jadi sebelum tu..apakah yang dimaksudkan dengan perkataan 'criminogenic' ni?
CRIMINOGENIC ni sebenarnya bermaksud perkara yang berkaitan dengan ciri-ciri atau faktor-faktor yang dikenalpasti oleh kajian sebagai sesuatu yang meramal kejahatan ataupun PREDICTOR kejahatan dan bersangkut-paut dengan RECIDIVISM...
LAAA....ape plak RECIDIVISM tu?Haa...RECIDIVISM tu adalah " kecenderungan individu atau kelompok untuk mengulangi perbuatan tercela walaupun ia sudah pernah dihukum krn melakukan perbuatan itu " atau dengan erti kata lain...orang yang dahulunya pernah masuk penjara dan dibebaskan, kemudian ditangkap semula (sekali kena tangkap balik daaa..) tu la yang dimaksudkan dengan RECIDIVISM.
Jadi, dalam untuk kita memahami apakah sebenarnya CRIMINOGENIC ni, eloklah kita tahu apakah yang diperlukan dalam untuk menjadikan ianya sebagai CRIMINOGENIC ataupun apakah faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya CRIMINOGENIC ni.
bacalah buku...huhu
Menurut
Edward J. Latessa, Ph.D. dan Christopher Lowenkamp, Ph.D. yang merupakan profesor dan ketua profesor Bahagian Undang-undang Jenayah, Universiti Cincinnati telah menyatakan bahawa telah banyak kajian yang telah dilakukan terhadap perlaku jenyah, hukuman kemasyarakatan dan program kemasyarakatan dalam tempoh jangka masa yang begitu lama. Malahan beratus-ratus kajian telah jicuba untuk mengenalpasti faktor risiko berkaitan dengan jenayah ini (menakutkan...) ya, menang menakutkan. Tetapi hasilnya bukan sekadar untuk mengenalpasti faktor risiko, tetapi telah menentukan faktor mana yang paling kuat.
Kajian yang telah dilakukan oleh Andrews, Bonta dan lain-lain telah mengenalpasti enam faktor risiko utama yang berkaitan dengan perlakuan jenayah.
1. antisosial / pro-jenayah sikap, nilai, dan keyakinan
2. persatuan pro-jenayah
3. faktor kelakuan dan keperibadian 4. sejarah perilaku antisosial
5. faktor keluarga
6. rendahnya tahap pencapaian pendidikan, vokasional atau kewangan
2. persatuan pro-jenayah
3. faktor kelakuan dan keperibadian 4. sejarah perilaku antisosial
5. faktor keluarga
6. rendahnya tahap pencapaian pendidikan, vokasional atau kewangan
Itu adalah faktor yang menyebabkan berlakunya CRIMINOGENIC ataupun "CRIMINOGENIC NEEDS (keperluan Criminogenic)"
sehinnga tidak pernah terlintas dalam fikiran kita behawa dia akan menjadi seorang penjenayah dan itulah yang dikatakan statik kerana ia memang tidak boleh diubah.
Jika anda pertama kalinya dahulu pernah ditangkap pada usia sepuluh tahun, maka kenyataan itu tidak boleh diubah kerana anda memang telah ditangkap pada usia sepuluh tahun dahulu. Faktor-faktor yang boleh diubah pula dipanggil 'dinamik'. Ini juga melibatkan faktor-faktor seperti pergaulan, perlaku dengan sekitarnya, sikap
perlaku, kurangnya kemahiran untuk menyelesaikan masalah, penggunaan dadah dan juga status pekerjaan mereka. Semua ini berkolerasi dengan RECIDIVISM yang telah diceritakan dan semua dapat disasarkan untuk perubahan.
Tetapi bagaimanakah tindakan kebajikan boleh mengata masalah 'CRIMINOGENIC RISK FACTORS' ini? Hmm...pada pendapat Naim la..kite ambik satu contoh Kes mancuri makanan. Apakah faktor yang mendorong mereka melakukan kegiatan mencuri ni? Mungkin keadaan keluarga mereka yang sukar untuk mendapatkan bekalan makanan mendesak mereka untuk melakukan kegiatan mencuri ni. Jadi, tindakan yang perlu diambil adalah dengan memberikan bekalan makanan yang secukupnya pada mereka yang sukar untuk mendapatkan bekalan makanan...hmm..tu cume pandapat Naim je...betul atau salah nanti kita tanya orang yang lebih arif k..huhu
Jadi, itu saje sedikit perkongsian tentang CRIMINOGENIC yang Naim boleh cerita..kalau ada apa-apa lagi Insya'Allah Naim akan update dari masa ke semasa. Kalau ada yang salah tolong betulkan k...maklumlah kite ni same-same belajar...ADIOS!!