Monday, January 30, 2012

Ingat Telur Untuk Makan je ke?

Assalamualaikum kawan-kawan semua.
Korang mesti pelik kan ngan tajuk entry kali ni? "Ingat telur untuk makan je ke?". Haa...kalau bukan sekadar makan, telur ni digunakan untuk apa pulak? Hmm...musykil-musykil. 

Hahaha, ape pun Naim nak korang sume tengok apa la yang sorang ni buat dengan telur ek. Hehe.






 Haaa...amacam? korang percaya tak? Haha...ini la SENI namanya. Telur pon jadik

Saturday, January 28, 2012

Bila Aku Bermonolog #2



Phoenix : Naim, ooo Naim.

Naim : Ye, mende gok ko ni Phoenix?

Phoenix : Wah, guane leh tubik (keluar) loghat Ganu ni? hahaha.

Naim : Aku kan belajar kat Ganu. Ha, ape hal ko panggil aku ni?

Phoenix : Aku nak tanya la, kenapa ko minat melukis?

Naim : Kenapa aku minat melukis? Hmm..sebab aku suka la. Hahaha.

Phoenix : Aku tanya serius la ni Naim oooiii.

Naim : Hahaha, aku gurau je la. Sensitif betul die ni. Tak ada la, bagi aku dengan melukis ni aku dapat hilangkan tension. Setiap lukisan ada makna yang tersendiri. Walaupun mata kasar tak dapat nak terjemahkan maksud yang tersirat, tapi mata hati ni dapat terjemahkannya sebab satu lukisan yang kita tak tahu maksudnya tu terlalu subjektif maknanya.

Phoenix : Oooo..maksud ko lukisan yang macam orang simbah cat tu ke? Aku fikir diorang saje je nak habiskan cat, tapi rupanya ada mesej yang tersembunyi.

Naim : Macam tu la pelukis-pelukis meluahkan perasaan mereka. Tapi aku takde la macam tu. Aku cuma melukis kartun je, hehehe. Lagipun aku ni tak pandai sangat melukis, sikit-sikit tu leh laa...hehehe.

Wednesday, January 25, 2012

Untuk Pemancing Tegar (Kawasan Pekan Pahang & Berdekatan)

Assalamualaikum kawan-kawanku Blogger sekalian...

Ini ada satu pengumuman yang nak Naim buat, khususnya untuk mereka yang tinggal di kawasan Pekan & Kuantan Pahang serta area yang berdekatan. Kepada sesiapa yang gemar memancing atau ayah dia, atau sedara-mara dia atau kawan-kawan dia yang suka sangat memancing, jom sertai :

PERTANDINGAN MEMANCING 1MALAYSIA 1 JORAN 1 JUARA PEKAN 2012


Tarikh : 5 Febuari 2012 (Ahad)
Masa : 8.00 Pagi - 3.00 Ptg
Tempat : Pekan River Front, Pekan Pahang.

Moh warga PEKAN...memancing sambil MENDERMA & Pelbagai Aktiviti MENARIK !!!

Pendaftaran : RM 50.00 (Satu Joran)
Anjuran : ZR JORAN MANAGEMENT, RAZMAN PRODUCTION & ZZZUM ENT.

Aktiviti :
-Pertandingan memancing
-Persembahan Pentas & Artis Jemputan
-Penampilan KHAS JUARA IDOLA KECIL 2 (DAYANA)

Dapatkan borang Pertandingan & Menyewa Tapak Jualan hubungi :
EN RAZMAN - 017-9141046
ZACK ZINIE - 012 -9496406
EN ZABIDI - 019-9002072

Haaa...apa lagi, jom pakat ramai-ramai kita daftar masuk pertandingan ini!!
 

Monday, January 16, 2012

Jika Diberi Pilihan Siapa Yang Mati dulu



Jikalau boleh membuat pilihan siapa mati dlu..Isteri atau suami

 
Lelaki 1

(dua-dua)-Mati bersama sebab kami saling menyayangi dan sanggup mati bersama sperti Romeo dan Juliet.

tidakkah indah cintaku ini...


Lelaki 2


(suami)- saya dulu sebab tak boleh hidup tanpanya yang boleh membuat aku gila kerana tlampau sayang kepadanya seperti cinta Taj Mahal. Adakah ada yang lebih indah dari cinta ku ini?


Lelaki 3


(isteri)-isteri ku jikalau boleh memilih kerana aku akan memandikan sendiri jenazah isteriku, aku menjadi imam sembahyang jenazah nya , aku menanam sndiri istri ku, dan aku mahu maafkan semua kesalahannya thadap ku dari mula diijab kabul smpai menghembuskan nafas terakhirnya... tidak kah lagi indah cintaku shingga disyurga pun dia tetap ku mahu jadikan isteriku.

apakah pilihan pasangan anda!! sila tanya!!
 

Sunday, January 15, 2012

Menteri Kabinet 2006 (Top Saman Trafik)


Assalamualaikum...

Hari ni aku nak bawak korang lihat realiti kehidupan Menteri-menteri Kabinet sama ada yang dah naik jawatan atau tak. Ini adalah Senarai nama menteri kabinet yang kena saman dengan Polis Trafic. Korang jangan ingat orang besar tak kena saman. Hahaha..kena jugak bro ngan sis sekalian. Sama ada diorang dah bayar atau tak, tu aku tak tau la sebab ni taun 2006 punye. Dah 6 tahun berlalu beb. Korang tengok kat bawah ni k.



Hahaha..amacam agak-agak ada tak nama Menteri yang korang kenal? PM pon ade jugak. Hehehe, ok CHOW dulu!!

Monday, January 9, 2012

BEN ASHAARI : PESAN DIA , IBUKU

BEN ASHAARI

Teringat kata-kata bonda yang penuh makna walaupun tidak panjang seperti semua...

" ALONG, JANGAN TINGGAL SOLAT. "

Pendek, tapi penuh yang tersirat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...