Tuesday, November 22, 2011

Jom, Pupuk Budaya Membaca

Assalamualaikum....


haaa...naik giler semalam dengar kawan2 semua menjerit GOOOOOOOOOOOOLLLL....bila pasukan Malaysia berjaya menjaringkan gol semalam....yang yang paling nak luruh jantung ni asenye bile dapat tau yang Malaysia menang lawan Indonesia...perghhhh...memang riuh la kat kawasan ni...yang laki wat cara laki...yang pompuan pun ade yang mengilai macam PONTIANAK!!hahaha...
MAKAN BUDAAKK!!


dah dah...lupekan bola...now we go to the main point of this post...eleh BI konon....hehe..ape salahnye kan, skali skala...huhu..


Baru-baru ni Naim ade beli buku...ntah, aku pun xpaham kenapa tiba-tiba je ade rasa minat nak membaca...selama nii...buku ngan Naim ni memang susah la nk bertemu...haha..analoginye camtu la nak tunjukkan yang kite ni punye la malas nak membaca...tapi kali ni lain..perasaan nak membaca tu tibe2 je datang korang tau x??fuhh...memang dasyat laa...




Dalam Al-Quran sendiri dah ajak kita supaya membaca. Seperti dalam surah al-A'laq yang bermaksud "bacalah"...perkataan tu pun dah jelas menuntut supaya orang Islam khususnya untuk membaca...


Jadi pa lagii..jom kite pakat ramai-ramai membaca k...

Wednesday, November 16, 2011

Sekolah Pun Nak Ambil Kesempatan Ke??

Assalamualaikum kawan-kawan...


Waa...mesti ramai adik-adik yang gembira sebab dapat keputusan cemerlang UPSR kan?? bagus laa...adik Naim pun Alhamdulillah, keputusannya memuaskan...tapi pada sape-sape yang keputusannya xmemuaskan, jangan risau la...xmo sedih-sedih tau..ini beru permulaan korang semua...ade banyak ag peperiksaan besar selain UPSR ni..kita ade PMR, SPM dam lain2 kan??





Baik, nak dimulakan cerita Naim ade dengar pasal Bajet 2012 yang dikeluarkan oleh kerajaan yang ingan memberikan wang bantuan sebanyak RM100 kepada pelajar sekolah. Memang, perkara itu memang sedang dilakukan..tidak ada masalah disitu..
Tetapi masalahnya pada pihak sekolah itu sendiri..ada sekolah yang mengambil sebahagian daripada wang bantuan tersebut atau nama PIBG...perkara itu seharusnya tidak boleh berlaku sebab wang itu adalah wang bantuan untuk pelajar. Sekolah tidak dibenarkan untuk mengambil walaupun sebahagian daripada wang bantuan tersebut..itu salah.


Sekolah yang terlibat dalam kes ni sekolah dekat kawasan Keramat, KL..mereka mengambil RM50 daripada wang bantuan tersebut dan selebihnya diberikan kepada pelajar.


Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan Datuk Khairil Awang berkata beliau telah menghubungi guru besar sekolah itu semalam yang bersetuju untuk memansuhkan pemotongan dan akan segera mengembalikan wang itu.

“Apabila mengetahu hal itu yang dimaklumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, saya terus menghubungi pihak sekolah untuk segera mengembalikan wang bantuan itu,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

“Tidak boleh sesiapa pun, mahupun guru besar sekolah membuat potongan wang bantuan yang diperuntukkan oleh kerajaan untuk pelajar,” katanya.

Isu potongan itu dibangkitkan semalam oleh seorang bapa pelajar di sekolah terbabit ketika sesi soal jawab bersama Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, yang mendakwa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu memotong RM50 daripada RM100 bantuan itu.

Ni la yang akan berlaku apabila mereka yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan atas faedah yang diberikan...macam2 kan??

-SEKIAN-


Tuesday, November 1, 2011

Debat Itu Seni

Assalamualaikum kawan2...


Apabila kita nak bercerita tentang berdakwah. Debat merupakan salah satu daripada metodologi dakwah yang diperlukan untuk berdakwah. Dalam Islam, memang sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini untuk menyebarkan ajaran Islam kepada masyarakat. Seperti sabda Rasulullah "sebarkanlah dariku walau sepotong ayat".


Ahmed Deedad


Tokoh debat Islam seperti Arwah Ahmad Deedad meggunakan kaedah berdebat dengan orang Yahudi untuk menyatakan kebenaran Islam. Pelbagai kitab telah dikaji dan dibandingkan oleh beliau dengan kebenaran Al-Quran sebelum beliau berdebat dengan Paderi-paderi Kristian.


Itu debat dalam konteks Metodologi dakwah. Naim juga adalah seorang pendebat. Sebagai seorang pendebat amateur, banyak yang Naim perlu belajar tentang asas-asas debat. Debat ala-perlimen, itu debat yang sedang Naim pelajari bersama rakan-rakan yang lain. Tujuannya mudah, untuk memudahkan Naim untuk berhujah dan melontarkan pendapat dalam bentuk Ilmiah dan bukan sekadar retorik bahasa.


Bagi Naim, debat itu adalah seni. Seni untuk berkata-kata. Memang tidak dinafikan, semua orang boleh berkata-kata ( pengecualian kepada mereka yang bisu ), tetapi adakah setiap frasa yang kita keluarkan itu bermanfaat kepada pendengar ? setakat berborak kosong semua orang boleh. Tetapi untuk mengeluarkan kata-kata yang berilmu itu perlukan pembacaan. Senang cerita, DEBAT ADALAH SENI BERKATA-KATA YANG BERILMU. Setiap apa yang kita keluarkan adalah melalui pembacaan kita. Setiap hujah yang dikeluarkan oleh kerajaan mahupun pembangkang ( 2 pihak yang perlu ada dalam perdebatan ) dan segala pembuktian itu adalah berdasarkan apa yang kita baca.



Kawan, ramai orang kata berdebat ini senang. Tetapi realitinya kawan, jauh api dari panggang. Sungguh berbeza. Itulah debat. Tetapi bukan secara menyeluruh, tetapi sekadar pengenalan untuk anda yang ingin berdebat.


Jangan semata-mata fikirkan "KENAPA" tetapi fikirkan juga "BAGAIMANA".


SEKIAN

Monday, October 31, 2011

Hak Islam Pada Mereka Yang Berhak



Dah lama dah kite dengar pasal nak jalankan hukum hudud...dah bermacam-macam respon kita dengar...dari kalangan Ulama', masyarakat, artis....dalam hal ni kite perlu letakkan satu persoalan.


" SIAPA YANG BERHAK UNTUK BINCANGKAN HAL INI?? "


Terkejut bile dengar kite mintak pandangan kaum lain..mintak pandangan CINA...INDIA dan sebagainye...hei KAWAN, ini HUKUM agama siapa? KITA ke MEREKA??
seharusnya perbincangan dibuat dengan mereka yang seagama...bukan agama lain..memang la kita ni hidup berbilang bangsa dan agama..tapi pandai2 la bezakan antara HAK AGAMA dan HAK KAUM...


Lagi satu...bila nak mintak pendapat..tanye la yang berhak..tanye la orang yang tahu hukum hakan Islam..korang mintak pendapat Artis buat ape?? nak cari publisiti ke?? korang salah la Bro, Sis...korang salah kaunter pertanyaan...


Bukan nak menyalahkan sape2..cume mohon untuk kite renung dan fikirkan...Malaysia sebuah negara Islam...dalam perlembagaan, agama rasmi kita agama Islam...pemimpin Islam...jadi Fikirkan cara Islam...bukan nak kate kite ketepikan kaum lain...x..hak mereka ada...tapi hak Islam tu nak campak mane??


Sama2 kita fikirkan...bukan aku nak menunding jari mana2 pihak...tapi Fikirkan..mana hak Islam..


Sekian

Friday, October 28, 2011

Mercedes-Benz bawa masuk smart fortwo






Assalamualaikum...

Baru2 ni dengar ura-ura dalam akhbar yang bgtau bahawa Sayarikat Mercedes-Benz nak bawak masuk sebuah kereta baru keluaran mereka "Smart Fortwo" namenye...ini adalah kerana permintaan dari kite sendiri yang mahukan kereta hybrid macam ni..hmm bagus jugak tu..at least kite dapat jimatkan minyak dan selamatkan alam sekitar daripada pencemaran udara...

Model smart fortwo dijana oleh penggunaan bateri khas dengan teknologi dibangunkan oleh Tesla Motors Inc yang menepati sistem Kitaran Pemanduan Baru Eropah.
Bateri kereta itu yang dicas penuh boleh bergerak sehingga 135 kilometer dan sesuai bagi kegunaan di bandar, khususnya di kawasan bandar raya yang padat berikutan reka bentuknya yang ergonomik. Secara purata, pengguna hanya perlu mengecasnya selama tiga atau empat jam mengambil kira penggunaan harian antara 30 hingga 40 kilometer sehari.

Kereta itu boleh dicas di punca kuasa biasa di rumah dan mengambil masa kira-kira lapan jam untuk dicas sepenuhnya. Model yang boleh menempatkan dua orang itu dilengkapi motor elektrik berkuasa 30 kilowatt yang diletakkan di bahagian belakang kereta. Ia sekali gus menyediakan daya pecutan yang baik serta keseimbangan tinggi dengan tork sehingga 120 Newton meter (Nm).

Smart fortwo boleh memecut dari 0 ke 60 kilometer sejam dalam tempoh 6.5 saat, hampir sama dengan keupayaan model serupa yang menggunakan petrol...hmm..boleh tahan kereta ni..

Tuesday, October 18, 2011

Beza Kita dengan Mereka

Assalamualaikum...


Hari ni Naim nak ajak kite semua ni renungkan realiti kehidupan seharian kita kat bumi ni...sejak kebelakangan ni..masalah sosial dalam kalangan masyarakat kite di Malaysia ni semakin kronik...khususnye dalam kalangan remaja...


Bila semua ni dah semakin berleluasa..maka..akan timbul fenomena buang bayi...skang ni bagi kite memang dah perkara biasa dah kes buang bayi ni...sampai kerajaan nak buat BANK BAYI..khas untuk merekA yang nak buang bayi...sampai macam tu sekali....


mari..kite lihat mereka di negara lain...ape PERBEZAANNYE>>>


KITA


MEREKA


Fikir2 la...jangan kita tau buat je..tapi nk tanggung xsanggup...kalau nak...KAHWIN laa...jangan ikut jalan yang salah...



Friday, October 14, 2011

Fenomena Planet Musytari Hampir Dengan Bumi

Assalamualaikum kawan2..


hari ni Naim nak cite something kat korang..malam tadi...lepas Naim join program...tergerak hati nak pandang ke langit...pastu kan..tibe2 terkejut bile Naim tengok ade satu bintang kecil berhampiran dengan bulan..
Naim terfikir tentang fenomena yang dihebahkan diinternet pasal Planet Musytari berada berhampiran dengan bumi...klik kat sini..tapi malam sebelumnya hanya boleh dilihat di kawasan Sabah jek..pastu terkejut beruk la Naim...cik Fatin wat muke donno jek..hahaha...xtau la tu..


Pastu Naim ade snap gambar..kalau korang nak tengok..jom tengok kat bawah ni..





haaa...tu la sikit sebanyak gambarnye...jaraknye skang kira2 628 juta kilometer....bayangkan la beso mane planet ni....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...