Thursday, February 24, 2011

KISAH HATI & PERASAAN


        Pada suatu hari, PERASAAN sedang berjalan-jalan dalam diri seorang Hamba. PERASAAN pergi ke otak, jantung, tangan, kaki dan sebagainya. Sedang PERASAAN sayik berjalan, dalam tidak sedar PERASAAN lalu disebuah kawasan yang agak sunyi. PERASAAN berasa amat pelik kerana sebelumnya apabila PERASAAN lalu di kawasan itu, keadaannya tidak sebegitu rupa. Malahan kawasan itu sungguh meriah pada waktu sebelumnya. Di hujung sudut kawasan itu tiba-tiba PERASAAN ternampak kelibat sesuatu. Apabila diamati, kelibat itu adalah HATI. HATI sedang duduk termenung jauh dan kelihatan HATI bukan dalam keadaan yang gembira seperti sebelumnya. PERASAAN dating menghampiri HATI.

“ Mengapa kau bersedih wahai HATI? Sesungguhnya aku jarang sekali melihatmu dalam keadaan seperti ini. Walaupun aku pernah melihat engkau seperti ini dahulu tetapi aku masih tidak mengetahui apakah punca yang menyebabkan engkau jadi seperti ini, wahai HATI. Ceritalah kepadaku. ” kata PERASAAN.

“ Aku amat bersedih denganmu wahai PERASAAN. Aku sekarang dalam keadaan yang amat sedih. ” jawab HATI.

PERASAAN tersentak, hairan dan terkejut  dengan jawapan yang telah diberikan oleh HATI.

“ Wahai sahabatku HATI, apa yang telah aku lakukan terhadapmu? Aku tak mengerti wahai HATI. ” Tanya PERASAAN, bingung dengan kata-kata HATI itu.

“ Aku amat sedih kerana engkau tidak menjagaku, PERASAAN. Engkau seringkali bertukar-tukar. Kadangkala engkau menjadi SEDIH, MARAH, GEMBIRA, TERTEKAN, KECEWA…tetapi aku ini wahai PERASAAN. Aku ini yang menerima segala-galanya. Aku hanya satu, PERASAAN. Ya, HATI hanya satu tetapi engkau wahai PERASAAN. Engkau punya banyak PERASAAN. Tambahan pula engkau sering meninggalkan aku menghadapi semua ini PERASAAN. ” jawab HATI.

PERASAAN duduk sebelah hati. Merenung HATI dan kemudiannya berkata.

“ Sahabatku HATI, walaupun aku seringkali meninggalkanmu, tetapi engkau punya kawan-kawan yang lain. Mereka ada untuk…..” belum sempat PERASAAN menghabiskan kata-katanya, HATI menjawab.

“ Untuk apa, ha? Untuk temankan aku? PERASAAN, mereka hanya berada di sekelilingku sahaja. Mereka tidak menemani aku. JANTUNG, USUS, PARU-PARU, BUAH PINGGANG mereka semua hanya sekadar berada disekitarku, PERASAAN. Mereka tidak menemani aku sebagaimana yang engkau lakukan kepadaku. Engkau tidak sama dengan mereka PERASAAN, engkau amat berbeza. ” kata HATI.

“ Sahabatku, apa yang berbeza? Apa istimewanya aku ini wahai HATI? ” Tanya PERASAAN.

PERASAAN, apa yang menyebabkan engkau berbeza dengan yang lain ialah engkau sentiasa hadir dalam hidupku. Hadir dalam HATI, yang lain sekadar ada denganku tetapi engkau lebih dari itu. Kau hadir kepadaku dan menemaniku wahai PERASAAN. Tetapi engkau sering berubah-ubah, itu yang membuatkan aku sakit, aku sedih. ” jawab HATI.

PERASAAN terdiam, kelihatan tidak tahu apa yang hendak dikatakan. Sesungguhnya PERASAAN sedar akan semua itu. Tetapi apa yang mampu PERASAAN lakukan.

HATI…” PERASAAN bersuara.

“ Ya, PERASAAN…” HATI menjawab.

PERASAAN terdiam seketika. Melihat keadaan sahabatnya yang bersedih itu cukup membuatkan PERASAAN berasa sedih.

“ Ketahuilah wahai sahabatku HATI, sesungguhnya aku memang ada sentiasa hadir dan menemanimu. Aku juga sedar bahawa seringkali aku berubah-ubah, kadang-kadang aku bertukar MARAH, GEMBIRA, SEDIH, KECEWA…aku sedar semua itu. Tapi sahabatku, aku Cuma mahu kau tahu satu perkara sahaja…semua yang hadir kepadamu, datang menemanimu itu semuanya adalah AKU, PERASAAN. Walaupun personalitiku berubah-ubah, namun aku tetap akan datang menemanimu. Aku akan sentiasa hadir dalam hidupmu wahai HATI. Sedarlah bahawa sedih yang engkau alami sekarang ini adalah AKU wahai sahabat. Aku tidak akan sekali-kali meninggalkanmu bersendirian. ” kata PERASAAN.

Raut wajah HATI mula mengukirkan senyuman.

“ Terima kasih sahabatku PERASAAN, kini aku sedar bahawa engkau sentiasa akan hadir menemaniku.”

“ Sama-sama sahabat.” Jawab PERASAAN. Gembira dengan perubahan HATI yang kian tersenyum.



APABILA HATI SEDIH, PERASAAN TURUT SEDIH
APABILA HATI KECEWA, PERASAAN TURUT KECEWA
APABILA HATI GEMBIRA, PERASAAN TURUT TERTAWA
APA YANG PENTING…….
SENTIASA BERSAMA..
WASSALAM.

Wednesday, February 23, 2011

EVERYBODY WANTS TO BE MASTER,
EVERYBODY WANT TO SHOW THEIR SKILLS,
EVERYBODY  WANTS TO GET THERE FASTER,
MAKE THE WAY TO THE TOP OF THE HILL...

Saturday, February 19, 2011

Catatan Si Pengembara

Jam menunjukkan pukul 6 pagi. Penggera telefonku berbunyi menandakan aku harus bangun dan bersiap untuk solat Subuh. Lantas aku bangkit lalu aku menelefon seseorang, mengejutkannya untuk bangun solat. Setelah menunaikan solat Subuh, aku baring semula ( agak tidak elok ye tido semula lepas subuh...huhuhu ). Oh...aku terlupa kerana pagi ni aku kena pulang ke kampung, budak-budak nasyid S.K Lepar nak buat persembahan nasyid malam hari Sabtu sempena forum perdana Maulidul Rasul. Jadi aku perlu untuk segera pulang ke kampung.

10 a.m - Aku mengemas pakaian kemudian aku memohon izin Ibu untuk bertolak sekarang. Setelah bersalaman, aku keluar rumah, berjalan menuju ke stesen bas ( agak jauh stesen bas tu...). Sejurus aku tiba, memang rezeki kot sebab bas pun dari jauh dah nampak kelibatnye. Jadiii...ape lagi...naik bas leee....cian kat pemandu bas tu sebab konduktor tiket bas tu xde. Die la yang buat semuanya. Setelah tiba di kuantan aku singgah ke Kuantan Parade. Saje nak jalan-jalan...bosan ekpun..xtau nak buat ape.  Xde ape nak beli aku terus ke benteng untuk tunggu bas ke kampung. Bas ke kampung ni kurang ataupun xbanyak la senang cerita. Kalau tertinggal bas pagi alamatnye tunggu bas petang la jawabnye...huhuhu..

benteng Kuantan

Apabila sampai di benteng, aku duduk atas bangku yang disediakan. Pandanganku menghala ke arah sungai. Aku berfikir sejenak...alangkah seronok jika hatiku ini sentiasa setenang air sungai ni...walaupun di dalamnya terdapat pelbagai jenis hidupan, objek...tetapi permukaannya sentiasa tenang...sentiasa mengalir..sama macam hidupku. Penuh dengan dugaan, dalam hati ni tiada siapa yang tahu pelbagai masalah yang aku hadapi.


bangku tempatku lepak..huhu

Memang...aku akui yang aku tidak pandai untuk bercerita. Kerana aku suka mendengar orang bercerita tentang masalah mereka. Kadangkala aku sendiri cemburu dengan mereka kerana mereka seringkali bercerita tentang masalah denganku. Aku ingin sekali ingin menjadi sebegitu rupa. Saat ini baru aku rasa betapa tersiksanya memendam masalah ini.yang seringkali hadir dalam hidup ini. Aku ingin meluahkan segala yang terbuku dalam hati ini, tetapi aku tidak tahu bagaimana untuk aku memulakan semua ini. setiap kali aku ingin bercerita..aku hampir menangis.Air mataku seakan-akan menunggu masa untuk mengalir keluar dari mataku. Kerana itulah aku seringkali menjadi pendengar semata-mata. Aku akan cuba juga untuk bercerita...AKU AKAN CUBA>>>


neenoo neenoo....ambulans mari!!

Setelah itu, kulihat jam tanganku hampir menunjukkan pukul 2 petang. Tandanya masa untuk aku ke pondok menunggu bas yang berhadapan dengan Hospital Tengku Ampuan Afzan. Apabila sampai...kedengaran bunyi siren ambulans memasuki perkarangan hospital...laju siot!! Kalau berlumba dengan F1 ni comfirm kalah F1...memang laju..demi untuk menyelamatkan nyawa. Salute laaa!! Aku bersyukur kepada Tuhan kerana tidak datangkan kepadaku bencana seperti itu...kemalangan..uihh..mintak dijauhkan la...

HTAA

Kemudian pandanganku beralih ke hospital...saat itu aku terbayangkan keadaanku ketika sakit suatu masa dahulu..memang memeritkan tetapi itulah saat paling bahagia bagiku kerana pada masa itu aku sedar bahawa sesungguhnya ramai yang menyayangiku..IBU...AYAH...SAHABAT..KAUM KELUARGA...aku rasa amat beruntung kerana mereka ambil berat tentang diriku....

Saat ini juga aku terfikir..bagaimanakah keadaan mereka bila aku sudah tiada lagi nanti?? Sedih bila timbulkan persoalan seperti itu...aku tidak mahu mereka bersedih..aku tidak mahu mereka mermuram muka...kerana aku juga sedih..menatap wajahku yang sudah tidak bernyawa...Ya ALLAH...KAU TENANGKANLAH JIWAKU INI...

eh eh..ade budak..

Tiba-tiba pendanganku tertumpu pada seorang budak yang berlari-lari di perkarangan taman sambil diperhatikan oleh ibu dan ayahnya. Begitu gembira kulihat budak tu....berlari sambil ketawa...perasaanku tenang melihat telatahnya..
Kemudian...sedang dia berlari...tiba-tiba budak kecil itu terjatuh...Raut wajahnya gembira bertukar sedih...sakit kerana jatuh..namun budak kecil itu bangun semula...dan kemudian terus berlari lagi...Begitulah kehidupan dunia..seringkali apabila kita berjalan menempuh cabaran dan dugaan, kita pasti akan jatuh...tetapi apa yang penting ialah apabila kita jatuh..kita mesti bangun semula..BANGUN DAN TERUS BANGUN NAIM!!! jangan mudah putus asa!!...terus bangkit dan tegak berdiri...kita aturkan semula langkah kita dan terus berjalan..kerana cita-cita kita berada di hadapan...


BEGITULAH PERJALANAN HIDUP SEORANG HAMBA...
TIDAK SUSAH UNTUK TERUS BERJALAN
JUGA TIDAK SUSAH UNTUK TERUS BANGKIT SEMULA APABILA JATUH!!!

Wednesday, February 16, 2011

Bingkisan Rindu



apabila kerinduan menusuk kalbu

ASSLAMUALAIKUM...
Memang tidak dinafikan, setiap detik masa yang berlalu itu pasti akan ada perasaan rindu kepada seseorang. Dengan perasaan rindu itulah yang menguatkan lagi ukhwah antara kita...Bingkisan rindu...Naim harap korang hayati la k setiap patah perkataan yang terdapat dalam ni...selamat membaca dan selamat menghayati....ADIOS!!


ANTARA KITA TIADA RAHSIA 

SUSAH DAN SENANG TETAP BERSAMA 

TERPATRI NAMAMU 

KAU TAKKAN KU LUPA 



SUDAH BERTAHUN LAMA 

KITA TIDAK LAGI BARSUA 

HANYA TINGGAL KENANGAN 

YANG TAK MUNGKIN KITA LUPA 



HULURKAN KHABAR SELALU 

SEIRINGAN BISIKAN BAYU 

SEKADAR MENGUBAT 

RASA RINDU DIKALBU 



PANTAS MASA BERLALU 

MENINGGALKAN KITA SEMUA 

TANPA KUSEDARI 

BERTAMBAHLAH USIA KITA 



POTRET LAMA MASIH KU SIMPAN 

KU BINGKAIKAN KENANGAN 

HINGGA TERKADANGKU 

TERSENYUM SENDIRIAN 



PERJALANAN KITA MASIH JAUH 

JALAN YANG BERLIKU BAKAL KITA TEMPUH 

IMBASLAH KENANGAN SEMALAM 

JADI AZIMAT PENGUAT SEMANGAT 

MENEMPUH MASA HADAPAN 

HARAPAN KU 

KAU KAN BAHAGIA SELALU 



SEMATKANLAH BINGKISAN RINDU DIKALBU


macam gedik je pompuan ni kan???hahaha

Friday, February 11, 2011

Ape? Ko xtau nak tulis ape?

Assalamualaikum....

Hadoyaii..sebenarnye xtau nak tulis ape ni...Idea oh Idea, dimanakah anda. Puas dah tunggu ni tapi xdatang-datang lagi ni..traffic jam kot...mungkin mak sedare die sakit agaknya..huhu.(ape yang ko merepek ni Naim?)

Hahaha...xde lah sobonanyo den ni...eh eh kua Nogori plak..huhu.
Tibe-tibe teringat plak mase muda-muda dulu..huhu (ko dah tua ke Naim?)
Alaa...muda tu tak semestinye budak kecik..adoyaii...ko diam je la..bia aku cite..haaa...(yela yela...cer cite...cer cite..)

guest who?

(WEHHH....NAIM!! TU..TO..TOMOK KAN?) ha ah...tomok. Nape? ko jeles ke? hahaha...mase ni ko xlahir ag..tapi takpe..ko tetap aku..haha..camni la, ni teman nak citer ni kat kome semua..atoii..bakpe kua Perak plak ni? Lantak laa...haa..ni Naim nak cite tentang keadaan diri kita bila dah ber jaya nanti..

Mase ni Tomok baru je pas wat persembahan kat pekan..Naim try la cube test (bukan ke same je maksudnye tu?) tau la..saje je nak menambahkan jumlah perkataan..hehehe...ok ok sambung semula..Naim cube la nak jumpa die mase ni..ingatkan x dapat jumpe..tp disebabkan si Tomok ni sporting orangnye...akhirnye kitorang dapat bergambar same2 pada taun tu (2008)..huhu...

Camtu la..bile kita dah berjaya...dah terkenal..kita kena sedar dari mana asalnya kita sebelum kita berjaya ni...ada yang asalnye dari penyanyi restoran ataupun kugiran yang dok wat persembahan masa kenduri tu..

Tapi yang penting kita kena selalu belajar untuk menghargai orang yang telah banyak menyokong kita dalam proses untuk berjaya. Kerana apa? dek kerana merekalah yang telah banyak memberi semangat kat diri kita ni...mak, ayah, kaum keluarga, 
kawan-kawan..jangan kita lupakan bila dah berjaya nanti k..INGAT TAU..huhu...

tu je la nak kongsi...sedikit sebanyak kita ambil pengajaran.
CHOW!! huhu

Saturday, January 15, 2011

Criminogenic Risk Factor??

Haaa....kite berjumpe lagi kali ni..tp dengan permasalahan yang baru. Sebagaimana yang kita tahu, kadar jenayah di negara kita ni semakain hari semakin meningkat. Kes-kes seperti bunuh, dadah, rompakan, buang bayi dan baaaanyak lg semakin berleluasa. Jadi, kali ni Naim nak berkongsi sedikit ilmu yang Naim dapat ni dengan koramg semua..jadi kali ni kite akan berbicara tentang " CRIMINOGENIC RISK FACTORS " ataupun dengan kata lain..." FAKTOR-FAKTOR YANG BERISIKO DALAM CRIMINOGENIC" ...jadi kalau ade yang tersilap, tolong betulkan k!!
kena gari weh!!

 Jadi sebelum tu..apakah yang dimaksudkan dengan perkataan 'criminogenic' ni?
CRIMINOGENIC ni sebenarnya bermaksud perkara yang berkaitan dengan ciri-ciri atau faktor-faktor yang dikenalpasti oleh kajian sebagai sesuatu yang meramal kejahatan ataupun PREDICTOR kejahatan dan bersangkut-paut dengan RECIDIVISM...
LAAA....ape plak RECIDIVISM tu?Haa...RECIDIVISM tu adalah " kecenderungan individu atau kelompok untuk mengulangi perbuatan tercela walaupun ia sudah pernah dihukum krn melakukan perbuatan itu " atau dengan erti kata lain...orang yang dahulunya pernah masuk penjara dan dibebaskan, kemudian ditangkap semula (sekali kena tangkap balik daaa..) tu la yang dimaksudkan dengan RECIDIVISM.
  
Jadi, dalam untuk kita memahami apakah sebenarnya CRIMINOGENIC ni, eloklah kita tahu apakah yang diperlukan dalam untuk menjadikan ianya sebagai CRIMINOGENIC ataupun apakah faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya CRIMINOGENIC ni.

  
bacalah buku...huhu

Menurut
Edward J. Latessa, Ph.D. dan Christopher Lowenkamp, Ph.D. yang merupakan profesor dan ketua profesor Bahagian Undang-undang Jenayah, Universiti Cincinnati telah menyatakan bahawa telah banyak kajian yang telah dilakukan terhadap perlaku jenyah, hukuman kemasyarakatan dan program kemasyarakatan dalam tempoh jangka masa yang begitu lama. Malahan beratus-ratus kajian telah jicuba untuk mengenalpasti faktor risiko berkaitan dengan jenayah ini (menakutkan...) ya, menang menakutkan. Tetapi hasilnya bukan sekadar untuk mengenalpasti faktor risiko, tetapi telah menentukan faktor mana yang paling kuat.
Kajian yang telah dilakukan oleh Andrews, Bonta dan lain-lain telah mengenalpasti enam faktor risiko utama yang berkaitan dengan perlakuan jenayah.

1. antisosial / pro-jenayah sikap, nilai, dan keyakinan
2. persatuan pro-jenayah
3. faktor kelakuan dan keperibadian 4. sejarah perilaku antisosial
5. faktor keluarga
6. rendahnya tahap pencapaian pendidikan, vokasional atau kewangan 

Itu adalah faktor yang menyebabkan berlakunya CRIMINOGENIC ataupun  "CRIMINOGENIC NEEDS (keperluan Criminogenic)"

Jika kita perhatikan dengan betul, kita akan dapati bahawa terdapat beberapa perkara boleh dipengaruhi atau bertukar. Sementara beberapa perkara yang lainnya tidak boleh. Perkara yang tidak boleh diubah ini dipanggil 'statik'. Contohnya kita libatkan rekod jenayah sebelumnya atau rekod jenayah keluarga. Pada permulaan sebelum berlakunya jenayah itu kita lihat keadaan dan sifat penjenayah amat baik perilakunya
sehinnga tidak pernah terlintas dalam fikiran kita behawa dia akan menjadi seorang penjenayah dan itulah yang dikatakan statik kerana ia memang tidak boleh diubah.
Jika anda pertama kalinya dahulu pernah ditangkap pada usia sepuluh tahun, maka kenyataan itu tidak boleh diubah kerana anda memang telah ditangkap pada usia sepuluh tahun dahulu. Faktor-faktor yang boleh diubah pula dipanggil 'dinamik'. Ini juga melibatkan faktor-faktor seperti pergaulan, perlaku dengan sekitarnya, sikap
perlaku, kurangnya kemahiran untuk menyelesaikan masalah, penggunaan dadah dan juga status pekerjaan mereka. Semua ini berkolerasi dengan RECIDIVISM yang telah diceritakan dan semua dapat disasarkan untuk perubahan.

Tetapi bagaimanakah tindakan kebajikan boleh mengata masalah 'CRIMINOGENIC RISK FACTORS' ini? Hmm...pada pendapat Naim la..kite ambik satu contoh 
Kes mancuri makanan. Apakah faktor yang mendorong mereka melakukan kegiatan mencuri ni? Mungkin keadaan keluarga mereka yang sukar untuk mendapatkan bekalan makanan mendesak mereka untuk melakukan kegiatan mencuri ni. Jadi, tindakan yang perlu diambil adalah dengan memberikan bekalan makanan yang secukupnya pada mereka yang sukar untuk mendapatkan bekalan makanan...hmm..tu cume pandapat Naim je...betul atau salah nanti kita tanya orang yang lebih arif k..huhu

Jadi, itu saje sedikit perkongsian tentang CRIMINOGENIC yang Naim boleh cerita..kalau ada apa-apa lagi Insya'Allah Naim akan update dari masa ke semasa. Kalau ada yang salah tolong betulkan k...maklumlah kite ni same-same belajar...ADIOS!!

haa...kan dah kena tangkap, ish3...







Thursday, January 6, 2011

Phoenix? Naim? Orang yang same ke?

Hui hui....(ape hui hui?demam ke?) Ish...sibuk jela sorang ni..  Haha...dalam post yang lepas korang mesti tertanye-tanye atau musykil...sape laaa yg dalam kurungan tu ek? Haaa...jadi untuk mengelakkan dari kekeliruan berlaku antara dua pihak maka kami berdua (aku aku aku!!!huhu) ish...biar la Naim cite dulu...ko ni..(haaa..yela yela..aku bukan ape exited sangat ni..hahahaha) sabar ye..ok berbalik pada topik asal...Naim nak bagitau yg kami ni...PHOENIX & NAIM adalah orang yg same...hehe..sebenarnya ade cerita disebaliknya...haa...sape nak tau? (aku!!aku!...aku nak tau la Naim...aku sebenarnya dah lupe pasal sume ni..hahahaha..jd aku serahkan kat ko ye supaya cerita..) yelaaa...Naim cerita la ni...Haa...Phoenix (ye ye ye!!) dah sume yg len duk kat depan ni ye....Naim nk mule cite dah ni..huhu

Haaa...sebelum ni Naim dah cite kan pasal bakat setiap orang tu kan? Ade yg jadi pelukis. penulis lirik, novelis dan baaaaaaaaanyak lg..jadii..(ha? jadi ape Naim?) ish..sabar laa..jangan la mencelah..atoyaaaiii.(yela...yelaaaah) ok..Naim sambung semula...sebenarnya PHOENIX ni adalah nama yang Naim berikan untuk bakat Naim. Dengan erti kata yg lain, PHOENIX adalah nama kepada bakat Naim..haaa...jadi sebab ap Naim beri nama ye?(soklan tu bukan aku ye yg tanya..ko Naim..huhu) Alaa..ko ni Phoenix..Naim saje je nak timbulkan persoalan kat sini.Jadi kenapa ye? Jawapannya adalah sebab Naim sangat-sangat menghargai bakat yg ada kat dalam diri Naim ni. Apa salahnya kalau kita namakan sesuatu yg penting dalam idup kita ni kan? sebab semua orang ade perkara ni...

(Erm...Naim..) ye..kenapa ngan ko ni? ( (T-T) )..ha?kenapa ko nangis Phoenix? (aku terharu la Naim bile ko kate ko hargai aku...WAaaaaa waaaAAA) ish..bile masa plak ko jadi manje ni?...haaa...jadi mcm tu la ceritanya....Mengarut betol kan?tp ni la hakikatnya...Adios. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...