Assalamualaikum kawan pembaca sekalian,
Hari ni aku rase terpanggil nak buat satu entry yang memfokuskan kepada tips untuk blogger-blogger baru yang ingin bina BLOG mereka yang informatif ( macam yang bermaklumat laa...aku pon keliru samada INFORMATIK ke INFORMATIF =,=' ). Gomen (T,T)...wuuwuuuuuu..
Baik, fokus Naim! FOKUS!! Ok, sebuah blog yang dikatakan bermaklumat bermaksud sebuah blog yang mempunyai entry yang memfokuskan kepada maklumat tentang sesuatu perkara sahaja. Berbeza dengan blog yang berunsurkan DIARI atau sebagainya. Kerana, blog yang berunsurkan diari di dalamnya mostly mempunyai cerita berkaitan dengan blogger itu sendiri. Ada juga blog yang menceritakan tentang perkara-perkara pelik macam ular kepala dua laa...kumbang terbang terbalik laa dan mcam-macam lagi. Itu juga blog yang bermaklumat, cuma maklumatnya adalah berkaitan dengan perkara yang pelik.
Blog yang bermaklumat yang ingin aku katakan pada hari ini adalah blog yang menceritakan tentang pembangunan dan isu-isu semasa yang berkaitan dengan negara dari aspek politik, ekonomi dan juga sosial. Kat sini aku nak bagi tips kat korang sume bagaimana nak bina satu blog yang mengandungi maklumat.
1) Blog mestilah ringkas ( Straight to the point...jangan melalut-lalut. Takut nanti lari daripada topik sebenar dan dikhuatiri faktanya salah ).
2) Senang untuk dibuka ( jangan banyakkan widget-widget yang mengarut macam lagu mp3 la korang bubuh kat blog tu...ade blink2 laa bagai ) Sebabnya berkemungkinan besar page blog korang akan lambat loading sehingga membuatkan pembaca tertunggu-tunggu dan hilang sabar. Anda akan kehilangan pembaca. Internet setiap orang berbeza. Ada yang macam siput, ada yang laju tahap gaban.
3) Pastikan fakta dari sumber yang tepat ( Jangan sampai fakta yang korang timbulkan tu daripada sumber yang tidak betul. Pembaca blog pon ada jugak dalam kalangan Prof, Dr, Pensyarah....sape taw kan..hoho.
4) Masukkan laman-laman web kerajaan yang berkaitan dan yang 'legal' laa. Macam laman web kementerian pembangunan ke, kesihatan ke. Terpulang pada korang laa.
5) Masukkan gambar untuk menarik minat pembaca. Dengan gambar, memudahkan pembaca mengingati tentang sesuatu perkara.
6) PENTING!! Pastikan kotak followers korang berada di kawasan yang senang orang nampak ( supaya senang orang nak follow dan update apa-apa maklumat yang korang masukkan ).
Lepas siap blog, ikut link ini untuk tengok blog korang berat atau tak
Lepas siap blog, ikut link ini untuk tengok blog korang berat atau tak
Tapi korang kena ingat satu perkara yang paling penting adalah tolong ringankan blog korang supaya orang mudah nak load page blog korang. Tu je laa yang aku mampu nak kongsikan. Aku pon tak hebat dalam dunia blog ni (T,T). Cuma apa yang aku boleh kongsikan, aku cuba nak kongsikan pada korang.
- SEKIAN -