Friday, March 30, 2012

Tercipta Untukku 'Ungu' Versi KIDAL (Korang pernah Tengok?)

Assalamualaikum kawan-kawan semua,

Haa...aku nak tanya korang semua, pernah tak korang tengok orang 'KIDAL' main gitar? Of course la pernah kan? Macam Man Kidal tu...
Tapi korang pernah tak tengok orang 'kidal' ni main gitar tanpa menukar setting tali gitar tu? maknanya keadaan tu terbalik.

Kalau orang Kanan biasa main gitar tali atas tu mesti yang tebal kan? Haa...jadii..yang kiri ni main terbalik pulak. Tali gitar yang nipis berada di atas. Cuba korang bayangkan macam mana nak setting jari tu nak tekan fret gitar tu. Hahaha...video kat bawah ni dah buktikan yang orang 'kidal' pun boleh main gitar macam orang biasa.


video
sory..kualiti bunyi xbegitu elok..:P

Haa...caye tak? Aku main gitar terbalik. Hahaha..jangan dengar suara. (sebab memang xsedap pon suara tu) hahaha.

Thursday, March 29, 2012

Bila Aku Bermonolog #7

Phoenix : weh, Naim. Ko pergi mana dua tiga hari ni? Sokmo takde dalam bilik.

Naim : Aku berlatih debat la Phoenix.

Phoenix : Oooo, kenapa? Ko ade pertandingan ke?

Naim : Ha ah, cuma aku sorang je laki dalam team aku. Adoii.

Phoenix : Alaaa..relax la Naim. Biasalah tu. Hahaha..

Naim : Ko gelak pulak, aku ni dah la pening memikir fakta-fakta yang aku nak ingat. Susah jugak berdebat ni Phoenix ooii.

Phoenix : Takpe, yang penting aku doakan ko berjayalah ye Naim. Walaupun ko pendebat baru, belajar menerima kekalahan sebelum menjulang kemenangan.

Naim : ^_^

Monday, March 5, 2012

Bila Bosan


Hmm...aku pun tak tahu la kenapa jari jemari aku ni begitu rajin untuk menaip dan mengupdate blog kali ni. Update update jugak tapi masalahnye aku tak tahu nak cakap ape dalam entry malam ni. Hahaha...tak ke pelik tu kan? Jari jemari aku ni menari-nari di atas papan kekunci menaip sesuatu yang tiba-tiba terlintas kat fikiran aku. Tapi ape sebenarnya yang aku ingin ceritakan kat korang ek?

Fikir....fikir...hmmm....Auuummmmm...

Ahah! aku terfikir sesuatu. Aku sebenarnya sedang tunggu baju yang aku tempah tu siap. sebenarnya beberapa hari yang lepas aku pergi la kat kedai yang boleh cetak gambar kat baju di area Kuala Terengganu untuk cetak lukisan yang aku lukis sendiri pada baju. Hmmm..tak sabar pon ade jugak. Tapi nak buat macam mana kan? Bukan aku yang punye company nak suh diorang siapkan cepat-cepat. Haha..

Apa pon harap baju tu cantek la, hehehe. Nanti aku tunjuk k baju tu bila dah siap.
Korang nak tengok lukisan tu? hahaha...klik kat SINI.


Sunday, March 4, 2012

Yeah, 10 000!! Akhirnya

Assalaumualaikum kawan-kawan,

Tunggu punya tunggu punya tunggu...akhirnya pageview aku mencapai tahap yang boleh aku banggakan.

10 000 PAGEVIEWS!!

YEAAHHH!! Macam tu laa. Bermula denga harapan yang menggunung semasa mula berblog dan disusuli dengan perasaan bersyukur dan riak!! Wahaha pada entry yang dah lama di SINI.

Memang sampai tetido tadi aku tunggu pageview blog ni mencapai 10 000 dan akhirnya aku betol-betol tertidur. Hahaha...dan bila aku bangun, refresh blog aku. WAAARRRHGG!! Terkedu tak terkata bila ianya mencapai 10 000.


Bukan nak bangga, tak pon. Cuma rasa amat bersyukur sebab akhirnya impian aku jadi kenyataan untuk mencapai target yang dah lama aku inginkan. Betul kata orang, sabar dan berusaha itu akhirnya membuahkan hasil!! Thanks korang kerana sudi datang ke blog aku yang tak seberapa ini.
~CHOW~ 

Jom Timbang Blog!

Assalamualaikum...haaaaa...mari mari mari cik kak dan abang-abang oooiii,

Ape ke gila budak Naim sorang ni? Ish..ade pulak nak timbang-timbang berat blog pulak. Kalau timbang laptop tu ade la jugak.

Hahaha, bukan timbang guna penimbang la korang ni. Ni aku nak ajak korang timbang website blog korang. Sebabnye, ada la satu hari tu aku jalan-jalan dan menerjah blog orang. Pastu aku nak bukak laa sebab nampak tajuk macam menarik. Bila aku bukak, PERRGGHH!! Lama gile nak tunggu blog tu loading.

So, nak dijadikan cerita, aku pun bosan laa nak tunggu dan dengan ringannya anak panah hamster aku ni aku halakan ke butang pangkah di Browser aku. Tutup! Habis cerita. Mesti korang pon pernah jadi macam ni kan? Maklumlah, kita semua ni ada yang guna wireless dan ada jugak yang guna Broad Band macam aku ni. Kalau mood line tu elok, laju la BB aku. Kalau dapat line EDGE, berjanggut la alamatnye nak tunggu bukak blog korang yang cantek-cantek tu.

Text ni aku petik daripada sebuah laman web : selfseo.com

"It is estimated that if a page doesn't load within 5-8 seconds you will lose 1/3 of your visitors. So if your website speed is slower than that perhaps you should revise your design, site structure or just move to a faster server."

Dan hari ni aku nak ajak korang untuk periksa berapa berat data web korang :

1) Korang klik kat SINI. Mak aih, besonye!!
2) Korang masukkan link blog korang macam dalam gambar ni :

 macam ni..haa..masukkan link korang

3) Korang klik kat "CHECK!"

4) Korang tengok la size website korang..hahaha.

Kat sini ada beberapa pendapat la aku kira tentang skala website korang tu berat atau tidak.

Pendapat pertama : Ringan - blog korang amat la mudah untuk loading (150kb ke bawah)

Pendapat kedua : Sederhana - blog korang ni masih boleh diterima kalau nak tunggu loading pon (200kb - 150kb)

Perdapat ketiga : Nazak - blog korang ni memang terlalu lama untuk loading dan mungkin wat orang yang tak sabar teringin nak tekan pangkah je. (200kb ke atas) 

Sebabnye, korang terlalu letak banyak widget kat blog lorang tu. Lagu la, ape la dan macam-macam lagi. Tak halang pun, tapi biarlah berpada-pada. Blog aku yang simple ni pon dah tahap "SEDERHANA". Wahaha...

Bawah ni adalah website contoh yang paling senang nak loading. WAhahaha.

 FB!!!hahahaha....kecik gila saiz dia

OK..Chow..

 

Engkau OKU, So?

Assalamualaikum kawan-kawan,

Ini adalah entry kedua untuk hari in setelah entry pertama aku awal pagi tadi (dalam pukul 1 pagi asenye). Hahaha..cume entry pagi ni aku wat secara ringkas je la yek? sebabnye aku.....

DAH LAMBAT NAK KE KELAS!!!HUARRRRGHHH!!

Ok, ok! Hari ni aku nak ajak korang bercerita tentang OKU. Ha? OKU? Orang Kuat Umno ke Naim? Chait! bukan laa, tak ada masa aku nak cakap pasal polotik pepagi buta ni. Hari ni aku nak fokuskan pada Orang Kurang Upaya laa.


Gambar kat atas ni adalah bukti kekurangan bukanlah penghalang untuk anda semua mencipta sesuatu yang boleh membanggakan diri, keluarga mahu pun Negara! Kerana Edward Taining yang merupakan anak kelahiran Sabah ini telah berjaya mencipta rekod berjalan mengundur dar Lahad Datu ke Kota Kinabalu sejauh 

404KM!!

OMG! Begitulah ceritanya dan OMG! aku dah lambat nak ke kelas. So, jumpa lagi nanti. Hahahaha...korang ingat tau, kukurangan tidak membuktikan anda seorang yang lemah!!

Keliru Antara Dua

Assalamualaikum kawan-kawanku sekalian..


Hahaha..aku pun tak tau kenapa sejak kebelakangan ni aku selalu update blog. Mungkin mood aku untuk berblog sudah datang kot. Huahuahua...
Ok, forget it! hahaha...mesti mase korang bace tajuk entry ni  korang akan cakap.

"Ah sudah budak Naim ni, ni mesti kes cinta ni."

Uissshhh, mmmane ade la. Ini bukan kes pasal cinta ok, ini kes lain ni. Korang jangan ingat entry aku kali ni berkaitan dengan keliru antara 2 orang wanita ke, calon mak tiri ke. Bukan ye anda semua. Hahaha.

Aku ni sebenarnya keliru mana satu aku nak pilih ni, antara : 

INI

 Samsung Galaxy Mini

ATAU INI


 Sony Ericsson Vivaz

Warrrgh....aku dalam dilema!! Makkk, tolong anakmu ini. Hahaha, kan? Aku dah cakap bukan pasal cinta. Hehehe..jadi korang rasa la, yang mana lebih elok? Samsung atau Sony Ericsson ni? Tolongg plezz... (T_T)

 

Debaran PABM



Tinggal beberapa jam lagi, gelanggang Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2012 akan dibuka.

Tepat pukul 9 pagi (Isnin), 72 peserta dari 67 buah negara akan mula menunjukkan kehebatan dan kepetahan masing-masing dalam berpidato menggunakan bahasa kebangsaan ini.

Ia akan dimulakan dengan peringkat saringan bagi kategori antarabangsa. Mereka yang terlibat akan ‘bertarung’ di Dewan 7, PICC Putrajaya. Orang ramai dijemput hadir dan masuk adalah percuma. Untuk rekod, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadualkan merasmikan PABM yang ke-6 bertemakan “Pengantarabangsaan Bahasa Melayu” pada 8 Mac ini.

PABM yang diilhamkan dalam usaha untuk memberi penekanan untuk memperkukuhkan kedudukan dan martabat Bahasa Melayu di peringkat antarabangsa. Pertandingan itu dibahagikan kepada dua kategori iaitu Kategori Nusantara dan Kategori Antarabangsa dan seramai lapan peserta akan bertanding di peringkat akhir PABM 2012.

Johan setiap kategori PABM akan menerima hadiah wang tunai AS$5,000, Piala Pusingan, Piala Perdana Menteri, piala iringan serta kamus dan buku-buku dalam Bahasa Melayu.

Naib johan pula akan menerima wang tunai AS$3,000 dan piala iringan manakala pemenang tempat ketiga pula akan membawa pulang wang tunai AS$2,000 dan piala iringan.

Di bawah Kategori Nusantara, negara-negara yang digolongkan sebagai pengamal Bahasa Melayu sebagai bahasa utama atau bahasa ibunda, antaranya adalah Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan Thailand.

Bagi Kategori Antarabangsa, seramai enam peserta mewakili 62 negara dari enam benua. Mereka ini terdiri daripada para pelajar institusi pengajian tinggi yang mengambil jurusan Bahasa Melayu sebagai kursus elektif.

Orang ramai boleh menonton siaran langsung pertandingan akhir PABM 2012 di TV1 pada pukul 8.45 malam, 8 Mac. Acara kemuncak itu juga disiarkan ke seluruh dunia di 1Malaysia 1TV (http://www.1malaysiaiptv.com.my) dan juga Utusan Online (http://utusan.com.my)

Saturday, March 3, 2012

Budak Maut Dihempap Pintu Pagar


Assalamualaikum dan selamat pagi Naim ucapkan...

 mangsa

Pagi-pagi macam ni entah kenapa tiba-tiba hati ini terdetik untuk bagun awal (kantoi sokmo bangun lambat). Setelah selesai membersihkan diri, teringin untuk membaca berita di internet. Dan akhirnya, Naim tertarik dengan satu kejadian yang berlaku di Kuala Besut.

Kejadian ini berlaku apabila seorang budak lelaki yang berusia 3 tahun maut dihempap pintu pagar rumah datuknya. Menurut laporan, budak itu dipercayai sedang bergayut di pintu pagar datuknya dan apabila disedari oleh datuknya itu, budak tersebut telah pun dihempap dan berlumuran darah. Apa lagi, si datuk terus mambawa mangsa ke hospital dan disahkan maut di tempat kejadian.

Ya Allah kawan-kawan semua, begitu terasa maut itu berada di sekeliling kita. Menurut apa yang Naim baca, malaikat maut melihat kita 70 kali sehari!! Tunggu masa je bro, sis. Apa pun, mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah.

Belajar Buat Triffles


Assalamualaikum semua,

Hari ini anda bersama saya, Chef Naim untuk sama-sama kita belajar mcam mana kite nak buat TRIFFLES!! ting ting ting ting Alexander..haha. Ok, sebelum tu mari kita lihat bagai mana la ghupenye mende alah ni ye. Jom tengok kat bawah ni.

TADAAA!!



Haaa...cik kak ooooiii...macam tu la ghupenye triffles tu. Dan resepinya? Jom sama-sama kita cuba!!

TRIFFLES ( sumber : Dapur hanieliza )
Bahan-Bahan:
·         1 bungkus kek swiss roll
·         1 kotak agar-agar segera (Lady’s Choice) – perisa strawberry
·         1 tin fruit cocktail
·         2 sudu besar tepung kastard
·         3 sudu besar gula
·         3 cawan susu segar

Cara:
1.   Campurkan tepung kastard, gula dan susu dan masak sehingga menggelegak      dan kepekatan. angkat dan biar sejuk.

2.  Potongkan kek swill roll dan susun ke dalam bekas [kalau nak cantik..masukkan dlam bekas kaca..nanti nampak lapisan triffle ni] sehingga penuh.

3.   Kemudian ambil sedikit jus buah cocktail dan tuangkan keatas kek tadi.

4.   Tuangkan kastard tadi keatas kesemua kek sehingga rata.

5.   Taburkan buah cocktail keatas kastard tersebut.

6.  Bancuh agar-agar segera mengikut arahan yang telah disediakan dan tuangkan keatas buah cocktail tadi.

7.   Masukkan ke dalam peti sejuk.


Haaaaa....akhirnya triffles kita siap untuk dihidangkan. Makin bertambah sayang la
suami-suami cik kak oooiiii.

 




Apa Yang Aku Nak Fokus Pada Blog Aku

Assalamualaikum semua,

Tengah online tadi bace blog-blog orang tiba-tiba pulak terfikir sesuatu. Lantas aku bertanyakan kepada diriku sendiri. Alaaa...bermonolog lagi. Uishh, mana ada bermonolog. Biasalah tu apabila terfikir sesuatu mesti la timbul persoalan. Persoalannya begini, "apa yang aku nak ceritakan dalam entry blog aku selepas ini." Tak adalah, sebenarnya aku baru tersedar, setelah berpuluh-puluh blog aku jalan-jalan (kot) aku dapati ada beberapa blog yang berfokus. 



Hamboih, hang Naimmmmmm....ada yang berfokus pulak ye? Eh, mesti la. Sebab aku tengok ada beberapa blog yang berfokus macam blog Encik Mimpi yang fokusnya kepada bidang seni dan pembuatan lagu yang dikarang oleh beliau sendiri. Ada jugak blog yang berkaitan dengan diari. Malah, ada jugak blog yang berkaitan dengan seni lukisan seperti penghasilan komik dan sebagainya.

Jadi perkara ini mendorong aku untuk menimbulkan persoalan.

"Blog Aku ni Berfokus ke Tak?"

Dan akhirnya aku membuat keputusan untuk menjadikan blog aku ni bersifat kontemporari. Aku akan masukkan segalanya dalam entry blog ini. Lukisan, lagu ciptaan sendiri, diari aku, isu semasa dan macam-macam lagi. Haha, macam tu la kot. Hehe..namun siapalah aku tanpa sokongan daripada kalian semua.

Thursday, March 1, 2012

Bila Aku Bermonolog #6 (Isu LYNAS)


Phoenix : Naim, aku tertanya-tanya kenapa syarikat Lynas nak bina kilang gas nadir kat Gebeng?

Naim : Sebab kerajaan Australia memang takkan benarkan kilang tu dibina di Australia. Jadi sebab tu diorang bina kat Malaysia ni.

Phoenix : Habis, apa yang rakyat dapat?

Naim : Kita tak dapat apa-apa yang berfeadah pun melainkan penyakit dek kerana gas yang bocor. Ko tunggu jela beberapa tahun lagi selepas kilang tu siap dan mula beroperasi. Ko lihat la sendiri berapa ramai orang Pahang akan menderita dan sengsara akibat risiko kebocoran gas Nadir tu.

Phoenix : Kenapa kerajaan tergamak nak lakukan perkara yang macam tu sedangkan ramai rakyat Pahang turun membantah pembinaa tersebut?

Naim : Tu la, mungkin sebab nak bina satu hubungan politik yang baik dengan negara luar. Rakyat menerima risiko perbuatan mereka. Mereka bukan tak tahu syarat kalau nak bina kilang tersebut.

Phoenix : Ha? Apa syaratnya?

Naim : Antara syarat yang penting ialah kilang ini hendaklah dibina dalam lingkungan 35km kawasan yang sekelilingnya tidak berpenghuni. Tapi ko tengok la, 2km pun dah ada kawasan penempatan penduduk berdekatan dengan kilang tu. Satu lagi ko tengok, pendapatan kilang tu mencecah berbillion ringgit tetapi kenapa kerajaan tidak kenakan cukai?

Phoenix : Kalau macam tu diorang duk bina kilang tu xpayah bayar cukai laa...sedapnye hidup kalau macam tu. Kita pun setiap bulan kena bayar cukai tanah la, cukai pintu laa, diorang? free nampak.

Naim : Tu laa phoenix, aku risaukan orang Pahang. Aku pun anak Pahang, aku dilahirkan di sana. Kenapa perlu untuk korbankan rakyat sendiri untuk kepentingan teknologi. Dah nampak sangat ke rakyat ni tak penting untuk kerajaan? Sampai sanggup nak lakukan tindakan yang merosakkan hidup rakyat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...